Salam ceria selalu.
Ramai sudah geng masak2 yang mencuba kek minyak kukus ni,semua cakap sedap,jadi kita pun nda mau ketinggalan.Memang sangat mudah penyediannya,tak perlu mixer..hanya masukkan mesin pengisar ja tapi hasilnya kek sangat lembut dan gebu.Saya letak pandan paste untuk kaler hijau dan yam paste untuk kaler ungu yg agak suram kaler tu perasa capucino dan yg putih tu perisa vanilla...memang wangi la time kukus kek ni...jom tengok resepi pula..
KEK MINYAK KUKUS
Sumber resepi:Kak Fida
Bahan-bahan (loyang 8x8/9x9)
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (300gm)
1 cawan susu segar (210gm)
3/4 cawan susu pekat manis (200gm)
1/2 cawan gula halus (60gm)
1 cawan minyak masak
4 biji telur -A
1 sk esen vanila
Cara-cara:
1.Ayak tepung ke dalam mangkuk.
2.Masukkan kesemua bahan yang lain ikut urutan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati.
3.Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi tepung dan whisk hingga sebati.
4.Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan dialas kertas.Tutup loyang dengan
alum foil.Kukus selama 45 minit atau hingga kek masak.
5.Adunan boleh dibahagi dua dan bubuh serbuk koko pada satu bahagian.
6.Atau dibahagi kepada beberapa bahagian,warnakan dan ditambah perasa ikut suka.
7.Kek juga boleh dibakar.
Enjoiii......
kek minyak senang buat dan sedap kan rahel..tapi wana belum lagi try buat kukus..mgkin lagi moist hasilnya kan :)
BalasPadamcantiknya rahel.. tak sabar akak nak cuba :)
BalasPadamKalau yg versi bakar pun dh sedap..apatah lg yg kukus kan rahel
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamakak pun nak try jugak rahel menarik lah
BalasPadamsedapnya... rupanya resepi kek minyak ni ada pelbagai ye
BalasPadamsedapnya... rupanya resepi kek minyak ni ada pelbagai ye
BalasPadamLawanya rahel, pastu ada flavour kan sedap lah sikit takde lah kosong je rasanya
BalasPadamSalam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
BalasPadamJika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)