Selasa, 27 Mei 2014

Lidah Kucing Pelangi

Salam penuh ceria selalu...


Ni tahun rajin pulak buat biskut yang penuh kaler ni,biasanya malas betul mau menunggu depan oven...lebih-lebih lagi mau letak kaler2 tu...aduhaiii.Sejak beberapa hari ni memang Rahel banyak berkurung dan bertapa depan oven untuk menyiapkan beberapa balang Biskut Lidah Kucing Pelangi.Macam berjanji pulak diorang semua mengoder..syukran rezeki masuk.Rasanya biskut yang satu ni memang sudah dikenali ramai n boleh guna mana2 resepi asas Lidah Kucing untuk Lidah Kucing Pelangi...tengok u orang rajin atau tidak...

Lidah Kucing Pelangi


Bahan-bahan:
250g mentega
175g gula halus
100ml putih telur
200g tepung gandum
50g tepung jagung
1/4 st emplex (perangup biskut)

Pewarna Ungu,biru,hijau,kuning,oren dan merah

Loyang Lidah Kucing digris dengan mentega

Cara-cara:

1.Ayak tepung gandum,tepung jagung dan emplex.Ketepikan.

2.Pukul mentega dan gula hingga berkrim.Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

3.Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.

4.Bahgikan adunan kepada 6 bahagian dan letak pewarna berlainan.

5.Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.

6.Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 15 minit.Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menenggelamkan warna pelangi.

7.Biarkan biskut suam2 kuku dan terus simpan dalam bekas kedap udara.Biskut ini cepat lemau jika dibiar terdedah pada udara.Biskut yang lemau boleh dipanaskan semula selama 5-8 minit dalam oven yang dipanaskan dahulu dan akan rangup kembali.


Selamat mencuba.

6 ulasan:

  1. wah cantiknya Rahel!!...

    saya ada order dgn akak sorang nie utk buat hantaran sempena majlis pertunangan adik saya pada hari Sabtu nie...

    tak sabar saya nak tgk hasilnya...tungguuu...

    BalasPadam
  2. cantiknya rahel, akak pun tahun ni macam nak amik tempahan jugak dgn rainbow ni sbb baru ada acuan nya hehe

    BalasPadam
  3. memang cantik..suka tengok kalerful macam ni..semangat mau makan..hehe..

    BalasPadam
  4. Slalu beli je. Pasni boleh la buat ;)

    Visit sy semula hudakassim.blogspot.com

    BalasPadam
  5. tak larat buat biskut ni.sakit pinggang dibuatnya.

    BalasPadam
  6. Salam Rahel, cantiknya biskut lidah kucing. Tak mungkin kakpb boleh buat mcm tu.

    BalasPadam