Ahad, 23 Februari 2014

Steamed Moist Chocolate Cake

Salam manis dan selamat sejahtera...


STEAMED MOIST CHOCOLATE CAKE
Zubaidah Bt Chepa

Bahan A:(loyang bulat 8 inci)
100g serbuk koko
250g gula pasir
1 tin susu cair (400g)
200g minyak masak
250g susu pekat manis

Bahan B:
150g tepung gandum     )
1 tsp soda bikarbonat   ) diayak
1 tsp serbuk penaik       )
4 biji telur B

Cara-cara:
1.Campurkan bahan A,kecuali serbuk koko dan kacau sebati.
2.Masak atas api seketika.
3.Di bekas yang berasingan pukul telur dan curahkan ke dalam adunan A.
4.Akhir sekali masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak.
5.Guna mixer dengan slow speed dan kacau sehingga tepung tak bergentel.(sekejap sahaja)
6.Kukus dalam loyang yang sudah digris selama 60-80 minit.

Catatan:
Balut tudung periuk ketika mengukus kek
Cucuk kek dg lidi,jika lidi keluar bersih maknanya kek dah masak sepenuhnya.
Setelah kek masak biarkan selama 10-15 minit kemudian lorek tepi kek dg spatula &
tanggalkan dari loyang.Biar kek betul2 sejuk baru potong kepada 3 lapisan.

Cream Cheese
Sumber:Kak Nor 

250g cream cheese
500g fresh cream
60g gula icing
100g unsalted butter
2 titik lemon paste,jika suka

Cara-cara:
Pukul fresh cream hingga kental.Ketepikan.
Dalam bekas lain,pukul krim keju bersama semua bahan lain sehingga berkrim.
Satukan fresh cream bersama krim keju,gaul sebati,boleh juga pukul dengan mixer dengan
kelajuan perlahan.

Penyelesaian:
Ambil sekeping kek,letak atas papan kek.Letak krim,kemudian tompok satu keping kek lagi
kemudian letak krim,kemudian tompok satu keping kek lagi kemudian letak krim pada
seluruh permukaan kek.Simpan kek dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum curah ganache.

Ganache Coklat
Sumber 1:Chef Amer Hamsah
             2:Azlita aziz 

Bahan-bahan:
300g krim tenusu-whipping cream
30g sirap glukos
500g coklat gelap-hiris halus
20g butter

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yang berisi coklat gelap.
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya.
Tambahkan butter.
Kacau hingga adunan licin dan berkilat.
Tuangkan atas kek yang telah disapu dengan krim tadi.
Tuang ketika adunan masih cair dan licin untk mendapatkan permukaan yang licin
dan cantik.


Demikianlah resepi kek coklat moist yang sememangnya membuat kita menjilat jari.Terima kasih tak terhingga kepada penyumbang resepi.Ijinkan Rahel perpanjang di sini untuk tatapan dan rujukan pembaca rahel blogspot..semoga bermamfaat.Kek ni Rahel buat khas untuk my darling sempena harijadi dia pada 19,Februari.Selamat Hari Jadi Sayang.



11 ulasan:

  1. kemas je rahel, kak ruby suka tngok coklat yg kat kek tu......

    BalasPadam
  2. mewahnyaaaa kek... kalau lah dapat sepotong

    BalasPadam
  3. Canteknya... pasti sedap kan Rahel?

    BalasPadam
  4. elok je layer yg Rahel buat tu... memang perfect... bilalah akak nak pandai buat kek ni...

    BalasPadam
  5. salam rahel, liza datang bawak pinggan kosong ni...hihihi
    cantik banget kek tu...perghhh

    BalasPadam
  6. salam rahel..

    memang nampak marbeles la kek tu dengan cream cheese dan salutan coklat ganache..rasa yang cukup mewah dan yang tengok pun meleleh air liur..huhu..

    BalasPadam
  7. Kayumanis
    hehehe...ramai yg suka tengok coklat kat kek...n ramai yg suka makan kan..


    Wani
    Kalaulah kita berjiran boleh juga pas2 kan..hehe


    Gee
    tq,memang sedap


    Kak Madiha aka Ratna
    ala...akak pun terer bah tu..hehe


    Lisa
    wsalam,mari sini gue kasi sepotong kek coklat moist...nyammm


    Bbwana
    Wsalam,tq sudi singgah...syukran..kek memang enak dan nyaman banget...

    BalasPadam
  8. Salam kenal Rahel. resep kek coklat ni beda dengan entry yang sebelumnya ya? mana yg lebih enak?

    BalasPadam
  9. sedapnya Rahel. Boleh cubani. Tq so much for sharing. Haritu saya panic x dpt buka blog Rahel. Byk yg saya pelajari dan masih menanti

    BalasPadam
  10. kalo dah macam tu rupanya..kompemmm 1 slice xcukup!!

    BalasPadam
  11. Sedap nya sis tergoda dgn coklat tu kemas sgt😍😍

    BalasPadam