Isnin, 27 Januari 2014

Bebola Cheese

Salam sejahtera dan selamat menikmati indahnya suasana malam...semoga mimpi yang indah...



Yang sebenarnya dari semalam Rahel pusing2 di google mencari resepi bebola cheese,tapi macam tak berapa kena di hati.Ada juga beberapa teman di facebook yg pernah share resepi,tapi Rahel terlupa pulak siapakah orang tersebut..huhu..penatnya mencari di facebook.Jadi hari ni Rahel buat Bebola Cheese ikut selera Rahel...hehehe..menjadi juga walaupun tak sesedap Bebola Cheese yang dijual di KFC tu,yang penting sudah bentuknya bulat dan intinya cheese maka diberilah ia nama Bebola Cheese...boleh gitu kan? 


BEBOLA CHEESE
Sumber:Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
200g serbuk roti
2 biji telur gred A~dipukul sedikit
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cheddar cheese secukupnya~disagat atau dipotong kecil

Untuk Doh:
Kentang (dibuang kulit kemudian timbang 490gram)~potong~rebus empuk
210g tepung gandum + 1/2 tsp serbuk penaik ~ayak
1/2 tsp serbuk lada putih
1 1/2 tsp serbuk pati ayam 
1 tsp garam
1 biji telur gred A

Cara membuat:
1.Kentang yang sudah direbus panas2 dilenyek sampai halus bersama garam,lada putih,pati ayam.

2.Tambahkan 1 biji telur,kacau rata.

3.Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli hingga boleh dibentuk.

4.Sapu sedikit minyak pada tangan,ambil sedikit doh,bulatkan,leperkan,beri sedikit cheddar cheese.Bulatkan kembali doh.

5.Setelah semua doh dibentuk,celupkan bebola ke dalam telur yg dipukul tadi.Kemudian golekkan ke dalam serbuk roti.Kepal2 bebola agar serbuk roti melekat dengan elok.Celup kembali bebola ke dalam telur,kemudian golekkan lagi ke dalam serbuk roti.Buat sampai habis.

6.Panaskan minyak.Goreng bebola dengan api perlahan sambil dikacau agar ia masak sekata.(bebola cheese akan merekah jika ia digoreng terlalu lama).


Enjoi.

6 ulasan:

  1. Rahel... sedapnya bebola cheese tu... tukar suka sama suka nak? k.gee ada bebola ikan... hehehe

    BalasPadam
  2. salam rahel..

    wah, siuknya ni makan bebola cheese..memang sedap..apalagi kalau panas2 kan..cheese cair masuk dalam mulut..nyum2..best..best!

    BalasPadam
  3. salam pagi rahel...cantik n sedap bebolah cheese ni.

    BalasPadam
  4. akak, minta dong bola kejunya. Pingiiiinnnnn.....

    BalasPadam
  5. Waahh..menarik nya..teringin nk cuba..:-)

    BalasPadam
  6. dah buat.. sedapkan hiii .. ramai dah orang dok tayang nihh tak terbuat lagi

    BalasPadam