Rabu, 2 Oktober 2013

Seri Ayu

Salam sejahtera dan salam ceria selalu.
 
 
Kuih seri ayu,kuih putri ayu,putu ayu dan macam2 lagi la nama yang diberi,tapi rasa dan bentuk tetap sama.Sudah lama teringin makan kuih yang satu ni,tapi asik terbantut jak sebab ada beberapa kerjaan yang harus didahulukan.Hari ni bukan bermakna Rahel nda' sebok,tapi kerana sudah terlanjur beli kelapa parut semalam jadi diselit-selit la di tengah2 adunan kek..
 
Waktu sarapan Rahel lebih suka makan kuih basah gitu..contoh..kuih talam..kuih pulut..seri ayu..dan macam2 lagi la...tapi kalau petang hari pulak Rahel lebih suka yang goreng2 punya...contoh kuih pisang yang digoreng,cekodok,donut,kuih bom,karipap dan tak ketinggalan yang sama waktu dengan pastry puff...aha...sedap2 kan...
 
Balik pada cerita kuih seri ayu yang Rahel buat untuk sarapan ni,memang sangat gebu dan lembut..sesuai banget pekena the O panas..memang ngam betul.Ucapan terima kasih banyak2 kepada Rohaya selaku penyumbang resepi kuih seri ayu.Mohon pamit ya...kita mau share resepi di sini sebagai rujukan buat pembaca blog Rahel BlogSpot dan juga khasnya kepada diri sendiri.Terima kasih.
 
 
Seri Ayu
Sumber:Rohaya1710
 
Bahan-bahan:
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum ~Rahel guna tepung gandum cap rama2
1 cawan santan
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil perisa pandan~Rahel guna pandan paste
pewarna hijau
 
100g kelapa parut putih
1/2 sudu besar tepung jagung
secubit garam
*mix ketiga bahan di atas
 
Cara-cara:

1.Pukul gula dan telur hingga kembang,masukkan ovalette dan pukul lagi.

2.Masukkan tepung,santan,perisa pandan dan pewarna,pukul lagi hingga sebati.

3.Isikan kelapa putih dalam acuan,tekan sedikit supaya mampat,tuangkan adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.
 
Nota daripada Rahel:

1.Pukul gula dan telur selama 3 minit,kemudian masukkan ovalette dan pukul lagi selama 4 minit.Kemudian tambahkan tepung dan santan secara selang seli sambil diputar perlahan hingga sebati.Akhir sekali tambahkan perisa pandan & pewarna hijau.Gaul rata.Jangan overmix.

2.Kukus selama 8 minit dengan api sederhana.

3.Untuk seri ayu saiz Loyang besar,kukus selama 15-18 minit.
 
 
selamat mencuba.


7 ulasan:

  1. cantik pla kuih seri ayu tu di buat dalam Loyang yang besar tu kan..good idea rahel..

    BalasPadam
  2. geramnya tengok kuih ni... pandai beli je buat tak reti lagi.. acuan dah ada dah ni.. bila la nak terbuat ...huhu

    BalasPadam
  3. kreatif rahel buat dlm loyang...bole diaplikasikan ni, bila2...uhhh... dap tau kuih ni....

    BalasPadam
  4. Sedapnya rahel, bagus jgk buat loyang besar senang kukus sekali harung kan

    BalasPadam
  5. hello..ni datang nak mkn seri ayu..

    BalasPadam
  6. Sungguh ayu rupannya Rahel he hee akak kuih ni yg blm tercuba lg walaupun acuannya sudah lama terbeli he hee
    Sama ya kita Rahel pagi2 suka kuihmuih basah gini sbgai sarapan
    Ptgnya cari goreng2 he hee

    BalasPadam
  7. assalam rahel, akk suka kuih putri ayu ni, tapi jrg2 buat, sedap mkn suam2

    BalasPadam