Isnin, 4 Februari 2013

Melty Hershey

Selamat malam kepada semua yang setia berkunjung ke dapur Rahel Blogspot pada malam ini...semoga belum mengantuk lagi...

Seperti yang dikatakan Kak Azlita,masam manis bahwa ramai di luar sana yang menunggu resepi Melty Hershey yang bakal meletops di pasaran...ermm memang betul..sebab gue pun salah satu daripadanya...so sejak Kak Ita memperkenalkan bahan-bahan dalam Melty Hershey di blognya tu memang Rahel pun ndak sabar-sabar mo menerai skalian merasa.Macam yang Kak Ita cakap tu kita bole pelbagaikan bahan2 yang dirasa sesuai,jadi untuk pertama kalinya Rahel memilih untuk meletakkan kek span coklat sebagai dasar dan white chocolate + cream cheese + whipping cream untuk lapisan putih dan di tambah dengan lapisan puri mangga...waduh! memang mantap banget.Terima kasih banyak-banyak yea Kak Azlita...
Sponge Cake Mix
Sumber:Bicara Kek

Bahan A:
300g Chocolate Sponge Mix
300g telur/5 biji telur gred A
60ml Air

Bahan B:
60ml Minyak masak

Cara membuat:
1.Masukkan bahan (A) ke dalam pembancuh elektrik dan kacau sehigga sebati.
2.Pukul bancuhan sehingga kembang berkrim.
3.Campurkan bahan (B) perlahan-lahan dan bancuh hingga sekata.
4.Tuangkan campurkan kek ke dalam acuan bersaiz 9" yang sudah digris dengan marjerin.Bakar
   dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 45 minit.
5.Setelah siap dibakar,terlangkupkan kek ke atas rak kek selama lima minit dan terbalikkan
   semula kek itu.Ini untuk menghalang kek daripada tenggelam di bahagian tengah.


Lapisan Krim
Olahan:Rahel

350g non-dairy whipping cream-diputar hingga kental/soft peak
100g white chocolate-dicincang
250g cream cheese
60g gula kastor

Cara membuat:
1.Putar cream cheese dengan gula kastor sehingga lembut.Ketepikan.
2.Cairkan white chocolate dengan cara double boil.
3.Tuang coklat cair ke dalam bancuhan cream cheese.Putar rata.
4.Tambahkan whipping cream.Kaup balik hingga bercampur rata.

Bahan Pelengkap:
600g isi mangga-diblend (boleh ganti dengan buah atau filling kesukaan masing2)
100g white chocolate/dark chocolate-disagat
50g almond nib-disangai/dibakar sebentar dalam oven
Perahan lemon
Buah Strawberry sebagai hiasan

Penyelesaian:
1.Kek span coklat dipotong sesuai saiz balang/bekas yang akan diguna.Kemudian letaklah
   kek span dalam balang sebagai dasar.Sapu sedikit perahan lemon di atas kek span.
2.Paipkan lapisan krim di atasnya.Kemudian sudukan puri mangga di atas krim.
3.Paipkan lagi krim di atas puri mangga.Taburkan coklat sagat dan almond nib di atasnya.
   Hias dengan buah strawberry atau buah kegemaran anda.
4.Melty Hershey sedia untuk dinikmati atau pun simpan Melty Hershey dalam peti sejuk
   selama 2 jam untuk rasa Melty Hershey yang dingin.


Resepi Melty Hershey ni bukan yang ori tau...yang ni Rahel dah ubah suai ikut apa yang ada kat dapur..jadi memang nampak lain sikit,sebab yang ni Rahel guna puri mangga dan juga kek span coklat.Kalau nak Melty Hersey yang ori...kena la pergi kelas....belajar betul-betul...baru la bole dapat yang ori...dah dapat yang ori..baru la bole buat bisnes..(Rahel macam nak buat kelas Melty Hershey la pulak)...

Selamat menikmati.

19 ulasan:

  1. morning kak rahel..sedapnye melty hersheyy..nak sebekas hehe

    BalasPadam
  2. seleraku mula goyah...bagai mau lajukan meter..

    BalasPadam
  3. mengancamnya...
    terliurrr tengok....

    BalasPadam
  4. Raheeeeellll cayang.... k.gee dh terlior ni...

    BalasPadam
  5. thanks ye sis for d resepi, nanti i nak try la.. mmg sedapp ni.. emm mengancam

    BalasPadam
  6. waduhhhh..smlm dh tergoda kat umah kak ita..ari ni tergoda lg kat siniiii..^^

    BalasPadam
  7. As'salam Rahel

    memang ngences dah ni...bila mahu coba hehehe

    BalasPadam
  8. dessert yang menarik rahel.... pasti tak tolak punya.. hehe..

    BalasPadam
  9. Salam rahel...wah ngancam habis nih...mmg skrag ni tgh trend kek comel yang dipanggil melty hershy atau kek petite. pastu letak pulak bekas cenggini...memang awesome gitewww..muahsss dari sha

    BalasPadam
  10. Nampak sedap n mengancam je..hasil tgn kamu mmg terbaik..:-)

    BalasPadam
  11. Salam..Oh...bercream2 macam ni budak2 mesti suka....

    BalasPadam
  12. Waduh waduhhh desert mahal ni membuatkan air liurku melelh lg he hee Rahel sgt2 mengoda tu
    dgn puri mangga sgt2lah mabeless kan

    BalasPadam
  13. wahhh bestnye..mkn sejuk2 sedap..

    BalasPadam
  14. cantiknye lapisan2 tuuu... nak satu ;)

    BalasPadam
  15. cantik.. cantik.. cantik.. sedap.. sedap.. sedap..

    BalasPadam