Jumaat, 28 September 2012

Thai Style Fried Fish

Salam...

Thai Style Fried Fish
Sumber Resepi:Q N E Hawker's Fair/Chef Alan Kok

Bahan:
1 ekor ikan tilapia merah (600g)---->saya guna ikan garoupa merah
3 cawan minyak untuk menggoreng

Bahan A:
1 biji bawang besar-dihirishalus
1 sudu besar hirisan cili merah
1/2 sudu besar hirisan daun limau purut
1 sudu besar hirisan serai

Sauce (gaul sebati)
3 sudu besar sos ikan
3 sudu besar jus limau
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil cili padi cincang
100ml air panas

Cara:
1.Panaskan minyak.Goreng ikan sehingga keperangan.Angkat dan letak dalam pinggan.
2.Bahan A di gaul rata,kemudian letak di atas ikan goreng tadi.
3.Kemudian tuangkan bahan sauce di atasnya.Hidang.

Selamat menjamu selera.

13 ulasan:

  1. wahwahhh Rahel.. tak tau nak cakap apa dahh.. pandang jerlah yang boleh ni sambil lap air liur.. :b

    BalasPadam
  2. Salam kak rahel! waaahhhh! best2!!! kita ni pun suke jugak makanan thai paling best dia org suke letak nampla, penyedap tuuu :D

    BalasPadam
  3. aduhhh Rahel...pepagi lagi dh menayang lauk ikan yer...kecur dah tgknye..nmpk mnarik dan menyelerakan la...rasa dh tentu sedap ni...mkn dgn nasi panas..mesti kaw2 lagi rasanya...

    BalasPadam
  4. adoiyaaiiiii...tisu mana? ayaq liuq meleleq2 neee...

    BalasPadam
  5. Salam,,,pg2 dah buat org kecur ni....

    BalasPadam
  6. sedapnya

    simple je entri kali ni ye rahel, tapi padat hehe

    nak copy resepi lah, ada stok ikan boleh buat nanti

    BalasPadam
  7. salam rahel...amboooii seksi nya ikan tuuu..sampai terkecur air liur nie...mana nasik panas nih..:)

    BalasPadam
  8. kurus panjang plak ikan talapia ni.. ingat tadi ikan kerisi.. hehehe.. :)
    leh cuba ni.. :) thankss

    BalasPadam
  9. bagi la menu thai apa2 pun semua suka :-)

    BalasPadam
  10. Salam Rahel,lama kak ros tak jenguk rahel.Sedap dan menyelerakan ni.

    BalasPadam
  11. emm sedapnya simple tapi sedap .. suka sangat dengan menu cam ni hihi

    BalasPadam