Isnin, 24 September 2012

Puding Roti Bakar

Selamat bersua kembali walau pun hanya di alam maya...semoga kawan-kawan semua sihat dan ceria serta bahagia bersama keluarga tercinta..
Kali ni apa pula menu untuk minum petang? Semua dah siap minum petang ka? kalau ada yang belum minum petang mungkin sempat lagi buat hidangan yang simple macam puding roti bakar ni...nampak enak kan?


Cakap pasal puding roti ni memang Rahel suka makan tapi jarang buat..kena ada orang yang belikan roti paun dulu...n my darling la yang rajin beli roti itu.Kali ni Rahel buat puding roti yang bakar pastu letak parutan keju cheddar dan blueberry fruit filling...ternyata enak loh...yuk bikin yuk



Puding Roti Bakar
Sumber Resepi:Rahel Blogspot 

Bahan-bahan:
5 keping roti sandwich(140g)-dipotong dadu kurleb 1 cm
400ml susu segar
3 biji telur L
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan kismis-dicincang halus
4 susu besar gula pasir

Topping:
30g keju cheddar-parut
50g blueberry fruit filling

Cara memasak:

1.Susu segar,telur,esen vanila dan gula pasir disatukan dalam mangkuk.Kemudian kacau hingga gula larut.Ketepikan.

2.Satukan pula roti yang telah didadu tadi bersama kismis cincang.Gaul rata.

3.Siapkan 8 biji ramekin saiz 2.5'',sapu permukaan ramekin dengan butter.Kemudian isi
kan dengan bahan no.2 (isi penuh/rata).Kemudian tuangkan 4 1/2 sudu besar bancuhan susu ke dalam setiap adunan roti.Biarkan selama 10-15 agar roti dapat menyerap bancuhan susu tadi.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C selama 15minit.

4.Taburkan keju parut di atas roti dan paipkan juga blueberry filling di atasnya.

5.Bakar puding roti selama 30 minit.Hidangkan panas-panas atau pun dinginkan dalam peti  sejuk sebelum dihidang.


Terima kasih.

17 ulasan:

  1. Salam kak! waaaaaa... nmpk curlastttt sgt2 puding niii mesti sedap kalau dpt makan free hihihi... lama sgt tak buat puding2 gini sbb yg makannya kita sorang yg lain2 dlm rumah ni jakun payah betul nak suruh makan dessert2 mcm ni :D

    BalasPadam
  2. rajinnya Rahel.... minum petangnya enak sgt ni. puding roti bakar yg maveless. rasa nk je rasa ni he he
    kat rumah akak roti kadang2 x sempat nk buat apa sb terus dimakan anak2 sapu nuttella je

    BalasPadam
  3. Enak banget pudding roti bakar nyaq, melly malas ah buat nya minta aja dong dari Rahel.. hehe

    BalasPadam
  4. Salam Rahel.ptg2 dpt puding roti sebekas tu sedapnya...tp nak extra cheese..yummm...

    BalasPadam
  5. salam Rahel
    kalau lu bikin apa pun akak suka tau mmg terbaik lah nak cuba jugak tapi entah jadi ke tidak sbb roti ada ni dlm esbok tu menariksss

    BalasPadam
  6. sedappnya..baru lps mkn malam nie..tgk nie kecurrnya:)

    BalasPadam
  7. perghhhh Rahel..ni dtg nk kidnap 3 remekin tu..hehe..nmpk sedap sgttt..

    BalasPadam
  8. nampak sedap sangat. bahan pun mudah..

    BalasPadam
  9. salam Rahel,
    nampak cedap sangat...
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. pewhhh!! gila meroyan tgk puding tu pg2 ne..

    BalasPadam
  11. sedapnyaaaa....k.gee terlior la rahel

    BalasPadam
  12. Kalau kakak suka dapat makan panas-panas nie Rahel. Sedapnya dan teringin nak mencuba juga..

    BalasPadam
  13. salam Rahel..banyak syokkkk akak tatap puding ni..compem menepati citarasa tekak akak nie..sukeeee!!

    BalasPadam
  14. sedapnya rahel

    nanti nak trylah, nampak menarik dgn filing & cheese

    BalasPadam
  15. hallow geng... lama sungguh tak bw & drop komen kat sini... gambar makin cantik.. resepi makin kelasss... adessss geram i tengok tau

    BalasPadam
  16. bekas ramekin dah ada...tapi kerajinan n masa belum cukup ada...alahai...

    BalasPadam