Isnin, 16 Julai 2012

Pandan Sponge Cake

Salam manis kepada semua...
Hari ni Rahel mencuba satu resepi kek span lagi,tapi yang ni guna tepung span campuran aje..emm memang sangat lembut dan gebu kejadiannya kek itu..oleh kerana udah biasa makan kek dengan fresh cream,maka Rahel hidang kek kecik ni dengan inti kiwi dan fresh cream..memang kelasss rasa dia.

Tak sedar udah makan berketul-ketul kek kecik ni...sedap sangat.



Pandan Sponge Cake


Bahan (A):
300g tepung kek span campuran
300g telur (5 biji telur gred A)
60ml air

Bahan (B):
60mlminyak masak

1 sudu teh pandan paste (i yg tambah ni utk jadikan pandan sponge cake)

Cara:
1.Masukkan bahan A ke dalam pembancuh elektrik dan kacau hingga sebati.

2.Pukul bancuhan sehingga kembang berkrim.

3.Campurkan bahan B  perlahan-lahan dan bancuh hingga sekata.Masukkan pandan paste dan kacau rata.

4.Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9'' yg sudah digris dg marjerin.Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 30-35 minit.

5.Setelah siap dibakar,terlangkupkan kek ke atas rak kek selama 5 minit dan terbalikkan semula kek itu.Ini menghalang kek daripada tenggelam di bahagian tengah..

Berikut ialah cara Rahel menyiapkan kek cawan span pandan:

100g non-dairy whipping cream-diputar hingga gebu

inti kiwi secukupnya (pilihan)

1.Bakar kek pada suhu 170'C selama 25 minit.



2.Setelah masak,suam-suam paipkan kiwi filling ke dasar kek.


3.Kemudian paipkan fresh cream di atasnya.

4.Kemudian bolehlah dihidang.Jika suka kek yang dingin,letak dalam peti sejuk sebelum dihidang.


23 ulasan:

  1. salam Rahel cayang,,
    kalau Rahel yg buat mmg semua sedap2 belaka jeles lah akak tengok semuanya menjadi je,ni yg buat bertambah geram dgn Rahel dari memasak sampai menggambar pun mesti first class punya ini orang tau,bikin akak jeles bah....

    BalasPadam
  2. yummyyy..nampak gebu jew..cantik sangat2:) nk join makan sama

    BalasPadam
  3. Rahel cayanggg.. sungguhlah menggoda jiwaku.. :b

    BalasPadam
  4. Waaa..mengoda iman nengok kegebuan kek tu...kalau rahel kata sedap, mesti sedapkan...kena cuba ni dan belum pernah buat guna fresh cream...

    BalasPadam
  5. uwaaa... mmg nmpk gebu bangat kek nii..

    BalasPadam
  6. uishhh...gebus... ada lak fresh cream ngn fruits tu lagi menggoda

    BalasPadam
  7. sedapppnya....
    yg digigit tu...
    menggoda...

    BalasPadam
  8. menggodanya...! nmpak filing dlmnya tu..nmpak pulak kegebuannya tu...mmg teruja lah...!

    BalasPadam
  9. salam rahell.. wahh gebunyaaa .nak 5 ketoi buat minum petang jap .hihi..

    BalasPadam
  10. Cantik nya Rahel...tergoda akak!!

    BalasPadam
  11. Rupa dah kelas.. mestilah rasa pun kelas.
    Yummy!!!!

    BalasPadam
  12. sedap n gebu je nampak kek sepan ni :)

    BalasPadam
  13. ni kalau duk dekat kita tempah kat rahel je..heheheh

    BalasPadam
  14. aiyoooo! berair mulut kite tengok kek ni. siap meleh lagi fillingnya tu...

    BalasPadam
  15. aduh rahel lembut betul tangannya, setiap kek yg dihidangkan mesti cantik, gebu dan elok kejadiaannya. Nyummmmmm....nyummmm

    BalasPadam
  16. As'salam Rahel

    wahhh... tak nak cakap banyak2, mahu pindah dok jiran dengan Rahel hari2 dapat makan sedap boleh naik badan k.ct nanti ni Rahel hehehe

    BalasPadam
  17. ~~uwaaa..tersangatlah gebu itu..geram nk amek 2 3 bijik..mkn kek span kecik2 cani mmg xsedar dh telan berketul2 kan Rahel hikhikkk

    BalasPadam
  18. salam Rahel, pasal mendeco Rahel memang terbaik! memang tergoda siapa yg memandang.. hai..telan air liur je la...org2 yg jauh ni..huhu..

    BalasPadam
  19. wah....2 hari berturut2 kalor hijau....sememangnya hijau itu menawan..
    hari ni masak ape pulak ye rahel..tak sabar dah ni nak tumpang mkn...hahaha..

    BalasPadam
  20. Memang nampak gebu ba kek ko nih rahel..semua kek pun cantek ja.. bah,campak sini seketul gue mau rasa

    BalasPadam
  21. s.e.d.a.p hehe, apa lg nak ckp, semua kek rahel pun menggoda jiwa, tapi tgh bz sekarang jadi tak sempat nak mengekek

    harus masuk list resepi yg ni

    BalasPadam
  22. Nampak gebu kek itu dg filing kiwi..yummyy....

    BalasPadam