Jumaat, 23 Mac 2012

Gula Melaka Chiffon Cake

Selamat petang semua..tengah buat tu? Hari ni Rahel cuba lagi buat satu kek chiffon yang sebenarnya sudah lama disimpan resepinya,ramai gak geng masak-masak yang dah buat kek cifon gula melaka,tapi kali ni keknya agak pucat la..mula-mula nampak kat buku memang cantek betul kaler dia..hampir-hampir macam kaler gula melaka itu yang semangat nak buat,tapi bila dah siap bakar dan tengok kaler dia memang tak sama la..pudar je kaler gula melakanya..


Tapi kan...tadi ingatkan kek takkan naik gebu sebab telor yang Rahel guna tu kurang fresh le..mula-mula tu berfikir jugak tak nak teruskan..tapi bila dipandang balek kuning telur dan putih telur yang dah terpisahkan rasa sayang pulak..so dengan perlahan-lahan gue kasi siap semua itu bahan dan putar putih telur dengan niat agar keknya menjadi dan sodap..


Kata orang..kalau niat kita baik time menyediakan makanan tu...maka kejadiannya akan baek juga dan itu jer yang jadi panduan dalam diri  Rahel ketika membuat kerja di dapur..sentiasa dalam keadaan yang tenang sambil berfikiran positif (jangan memaki-maki atau berfikiran tak baek ketika menyiapkan/memasak makanan untuk keluarga)..nanti masakan pun tak keruan rasanya...


Ok lah,nak pendek cite ni...gula melaka chiffon cake ni memang sedap sangat dan sangat lembut,tanpa topping pun dah sedap..lagi2 klu dikasi topping..lagi bertambah sedapnya,so jangan ragu-ragu untuk mencuba yer..mesti menjadik punya.

Gula Melaka Chiffon Cake


Bahan Kuning Telur:
6 biji kuning telur
150g gula melaka
100ml santan
4 sudu besar minyak masak
1/4 sudu teh garam
140g tepung gandum

Bahan Putih Telur:
6 biji putih telur
1/4 sudu teh cream of tartar
50g gula kaster

Cara:
1.Untuk menyediakan adunan kuning telur,cairkan gula melaka bersama santan dengan
   api perlahan.Angkat dan tuang ke dalam mangkuk.Biarkan sejuk.
2.Tambahkan kuning telur,minyak masak dan garam,kacau rata.Tambahkan tepung
   gandum sambil diayak ke dalam mangkuk adunan.Gaul rata.Ketepikan.
3.Untuk menyediakan meringue,putar putih telur bersama cream of tartar sehingga kembang
   tambahkan gula kaster sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kaku (frothy and stiff-
   peaks form).
4.Masukkan adunan putih telur secara bertahap (3x) ke dalam adunan putih telur sambil
   dikaup balikkan hingga rata.
5.Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar pada suhu 165'C selama 45 minit atau sehingga
   masak.
6.Setelah masak,keluarkan dari oven dan terbalikkan kek selama 5 minit kemudian ter-
   balikkan semula.Biarkan sejuk.Lorekkan tepi loyang dengan pisau dan keluarkan kek
   dari loyang.



Enjoiii...

19 ulasan:

  1. nampak cantik jer tengok org buat chiffon..apakan daya, anak2 tak berapa suka

    BalasPadam
  2. kak g nk tumpang minum petang kat sini lah Rahel... sedap jer mata memandang kek cipon yg gebu geban tu...

    BalasPadam
  3. assalam rtahel..acik ni peminat gula melaka..acik menanti resepinya..teringin nak mencuba buat kek yang cantik,gebu dan sedap ni.buat chiffon kalau tak guna yang lobang tengah ni tak pe ke rahel..acik tak de acuab yang ada lobang ni

    BalasPadam
  4. Rahel xelok mbazir tu tau...nsib baik berfikiran positifff...elok n molek benar kejadian chiffon ni...bleh cuba la nti...resepi lain dr yg lain..

    BalasPadam
  5. Thanks Sally...kadang2 memang susah nak sediakan makanan utk anak2 kan...

    BalasPadam
  6. Boleh jer Kak Gee...silahkan2..hehe..

    BalasPadam
  7. Wsalam Acik Erna,resepi dah ada kat dapur yg satu..silahkan ditinjau-tinjau resepinya yer..kalau takde loyang chiffon boleh je guna loyang biasa tapi kejadiannya mungkin tak sama...cuba la..

    BalasPadam
  8. Qasey Honey..tu lah...naseb baek berfikiran baek...akhirnya menjadik juga kek sifon ni..sedap pulak tu..

    BalasPadam
  9. cantik kek Rahel ni..sy takut buat kek Chiffon..takut tak jadi!

    BalasPadam
  10. mak akak suka kek chiffon camni. tapi akak belum penah cuba buat

    BalasPadam
  11. cantikk gebu la kek cipon kek rahel tu......
    mas gak dah lama tak mencipon...

    BalasPadam
  12. amboi...tengok je dah tahu kegebuan kek tu...

    BalasPadam
  13. hai rahel,
    sy suka kek ciffon..dah lama x buat..aritu tgok kat blog cik mat..ada ciffon pulut hitam..dh masuk kt list nk cuba..tp masih terskip lg..rahel punya resepi nie pun dh masuk list..adoii semuaya sedap2..:)

    BalasPadam
  14. rahel,, hari ni goda dengan kek cifon lak ya ..gebushh je nampak x pelah tu asal niat baik ,, nanti hasil masakan pun memang sedap

    BalasPadam
  15. Takpe Rahel, yang penting enak dan laju masuk mulut..cantek aje akak nengoknyer...

    BalasPadam
  16. As'alam Rahel

    Rahel..! lamanya k.ct tak makan chiffon kek. nak buat stok telur segar dah habis, kena tunggu beli yang baru boleh mulakan projek kuih dan kek..hehehe

    mintak merasa yang Rahel buat ajelah, kalau udah habis, jilat tapak tangan jer lerrrr..hehehe

    BalasPadam
  17. kek chiffon sentiasa sedap wei... nampak cantik gebujer kek ni...

    BalasPadam