Jumaat, 9 Mac 2012

Bun Pisang Inti Coklat

Selamat bersiaran dan salam manis kepada semua,semoga sihat dan ceria selalu.Seperti selalu awal malam sentiasa lepak di sini sambil hantar laporan.Kali ni Rahel mengroti lagi,tapi kali ni ada guna buah pisang pulak dalam doh ditambah lagi dengan inti coklat filling memang bertambah sedap la.Best  juga sekali-skala bertukar selera sebab Rahel suka mencuba sesuatu yang lain dari lain.






Ok la,kalau korang nak tau gak,resepinya gue intai-intai di Dapur Mama Ghock,dia memang banyak resepi yang best2 tau,kebetulan ari tu saya cari-cari adunan roti yang guna pisang,sudah puas search di google baru jumpa ni resepi..setelah diperhatikan bahan-bahannya memang mudah didapati dan mudah jugak cara penyediannya.


Bun Pisang Inti Coklat



Bahan:
500g tepung roti
10g yis (Rahel guna 1 sudu besar yis)
10g bread improver (Rahel ganti dengan 1 sudu teh pelembut roti)
5 g garam (Rahel letak 2 cubit garam)
200g pisang emas-dilecek
60g marjerin (Rahel guna butter suhu ruang)
75g gula kastor
150ml susu segar (tuang sedikit2,tambah jika perlu)
50g coklat urai (Rahel tak letak pun)

Chocolate Filling secukupnya untuk inti (yg ni Rahel tambah sendiri)


Eggwash:
1 biji telur,mix


Cara:

1.Campur mentega,pisang lecek dan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun.

2.Putar perlahan sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti dg kelajuan sederhana,masukkan air/susu sedikit-sedikit.Uli hingga adonan elastik.Perap hingga adunan naik 2x ganda (Rahel perap 30 mnt) Uli semula.

3.Ambil adunan sebanyak 38g,bulatkan dan susun atas papan,rehatkan selama 15 minit.tekan2 dih hingga leper,intikan dengan chocolate filling,kemaskan dan canai bentuk bujur,kemudian letak dlm tray yg dilapik baking paper.

4.Biar adunan kembang semula selama 25 minit).Sapu dengan egg wash dan bakar selama 25 minit dalam suhu 170°C 

Note:
Setelah masak,panas-panas oles dengan mentega.Siap untuk disajikan.

Sebahagian doh saya bubuh inti peanut n roll.Sedap.



Selamat menikmati Bun Pisang Inti Coklat.

28 ulasan:

  1. aslmkum roti.. musim mroti telah tiba nmpknya.. 500 gm tpg byk dapat bun ni.. comel2 n tembam..

    BalasPadam
  2. bun pisang inti nutella mesti sedap tu! pisang bersama coklat serasi sangat. Sedapnya...gebu betul bun pisang rahel :)

    BalasPadam
  3. wowwww mbulottt rotinye...geram tgk...mesti sedap ni brintikan nutella...nyummm3

    BalasPadam
  4. salam Rahel,

    bah, kasi la satu bun tu. bikin lapar jak mlm2 ni, hehe..

    BalasPadam
  5. Kak Rahel teruja tgk bun ni...pelembut roti dgn shortening sma ke? klu tak ada plmbut roti bole tak guna shortening? Qaseh eena

    BalasPadam
  6. as-salam Rahel
    wahhh!! mesti sedap ni kan Rahel..npk gebu dan lembut roti tu rahel...

    BalasPadam
  7. As salam Rahel..
    mesti sedap gabungan pisang & coklat kan..so tempting berkilat n gebu jer bun Rahel nie :)

    BalasPadam
  8. Salam KakRahel..cantik benor kejadian roti ni...geram jeee nak ngap...CnP resipi yaaaaa..mana tahu sampai seru nanti nak cuba buat juga

    BalasPadam
  9. Qaseh Eena..pelembut roti tak sama dengan shortening.Kalau takde pelembut roti guna pemantap roti atau water roux.

    BalasPadam
  10. Wsalam Kak Dzana..500g tpg roti memang bole dapat byk bun..tapi berbaloi.

    BalasPadam
  11. Mas..
    memang best rasa dia..tapi terpulang la nak bagi inti apa,sebab dlm resepi asal pun tak guna inti,hanya letak coklat rice dalam doh je..cuba la.

    BalasPadam
  12. QH,kalau dah berintikan nutelle mesti la sedap..susah nak elakkan..hehe..

    BalasPadam
  13. Wsalam Zack...
    Bah..singgah jak ambik bun..saya kasi double lagi..hihi..

    BalasPadam
  14. Kak Paty..biasanya begitu klu buat bun..letak dlam tin muffin..senang kerja.

    BalasPadam
  15. Wsalam Ady..sedap..lagi2 klu masih panas..ngam banget hidang ngan milo panas..teh o..kopi o..

    BalasPadam
  16. Wsalam Mama Hawa..
    berkilat selepas dioles dengan mentega.hehe..

    BalasPadam
  17. Wsalam Sue @Ninie..
    silahkan..buat byk2 ye..pastu ajak Rahel join makan skali..

    BalasPadam
  18. Rahel..... kalo roti mkn panas2 mmg sedapp lawan plak ngan kopi o...fuhhhhh
    Rahel kalo sy nutella ni...satu sudu wat inti 2 sudu masuk mulut...hahahaa

    BalasPadam
  19. wahhhh sedapnya..elok cantik je roti nya rahel..rasa nak ngap je...hehehe

    BalasPadam
  20. Rahel... Cantik kejadian Bun pisang tu ... Nampak gebu ler...

    BalasPadam
  21. cantiknya bun rahel, kalo akk buat mesti x cantik gitu

    BalasPadam
  22. Aduinaaaa... cantik bun Rahel! Berkilat2....pinjam tangan boleh tak? Haaaahaaaahaa... teringin nak buatlah!

    BalasPadam
  23. Mimie..tu la..tadi ngap roti dg secangkir teh o panas..memang pergh..peminat nutella gak ni..

    BalasPadam
  24. Quinnie...mekasih..naseb baek menjadik..kira berbaloi la nguli doh ni.

    BalasPadam
  25. Thanks Diana...berbaloi jugak walaupun letih sikit uli doh..

    BalasPadam
  26. Kak Amie..boleh bah pinjam tangan..tapi kena belanja kopi O..hihi..cuba la kak buat..senang dan sedap.

    BalasPadam
  27. Rosaliza,hehe..biasa je ni..nak kena belajar lagi..

    BalasPadam