Jumaat, 17 Februari 2012

Mini Black Forest Cake

Salam manis kepada kawan-kawan semua,apa pulak yang kawan2 buat untuk minum petang ni? Rahel rileks je sambil ngadap laptop,faham-fahamlah..semalam dah buat kek mini ni,pastu letak dalam peti sejuk,so petang nanti bolehlah hidang Mini Black Forest Cake,tapi tunggu my laling balek kerja,baru makan kek sambil dating..hihihi...






Ha,yang kat bawah ni pulak dah jadi kek gulong coklat,korang boleh buat macam ni gak kalau rasa-rasa malas nak buat yang bertingkat macam dalam pic kat atas tu..buat je mana-mana yang sesuai dengan selera korang ye.

Mini Black Forest Cake

Bahan Adunan Kuning Telur:
70g coklat masakan
150ml susu cair
60ml minyak masak
6 biji kuning telur
1 sudu teh emulco coklat
110g tepung gandum
20g serbuk koko
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Bahan Adunan Putih Telur:
6 biji putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar
150g gula kastor

Cara:
1.Untuk membuat adunan kunig telur,cairkan coklat masakan dan susu cair dengan cara
   double-boil.

2.Dalam mangkuk kecil,satukan minyak masak,kuning telur dan emulco coklat,kacau
   rata.

3.Satukan bahan cara 1 dan 2,kacau rata.

4.Ayakkan tepung gandum,serbuk koko,soda bikarbonat ke dalam cara no.3,kacau
   rata.

5.Untuk membuat adunan putih telur,putar putih telur dan cream of tartar hingga
   berbuih,masukkan gula kastor secara bertahap (3x) sambil diputar hingga gebu
   dan bertanduk.

6.Tuangkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur secara bertahap (3x)
   sambil dikaup balikkan hingga rata.Kemudian masukkan ke dalam bag piping
   dan picitkan ke dalam dulang pembakar sebesar 2''.Bakar dalam ketuhar selama
   10 minit pada suhu 170'C.
   (alas dulang pembakar dengan baking paper tanpa disapu butter)

7.Setelah masak,biarkan sejuk,kemudian potong tepi dengan kemas.

8.Ambil satu keping kek,picitkan whip cream di permukaan,kemudian beri 1/2 sudu
   kecil inti blueberry,kemudian tompok satu keping kek di atasnya dan picitkan lagi
   whip cream di permukaannya,kemudian beri lagi 1/2 sk inti blueberry dan akhir
   sekali tompokkan satu keping kek lagi di atasnya,picitkan whip cream,kemudian
   tabur coklat kikis di atasnya.Ayakkan sedikit serbuk koko di atas coklat kikis tadi
   dan hias dengan hirisan strawberry.

9.Simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dihidang.

Sediakan bahan untuk topping dan inti:
150g blueberry fruit filling,campur dengan sedikit air panas jika terlalu pekat
80g coklat masakan,dikikis kasar
1 1/2 cawan non-dairy whipped cream,diputar hingga gebu (bertanduk)
buah strawberry secukupnya untuk hiasan,dibelah empat (ikut selera)
30g serbuk koko






24 ulasan:

  1. OMG.. SEDAPNYERRRR RAHEL... aduhhhh... :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...nanti nak makan sepuas-puasnya..nyam nyam nyam..

      Padam
  2. hai Rahel..

    rajinnya dia...
    Sedap makan utk minum petang rahel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai Kak Ita,ni tekak punya pasal,macam2 yang dinak..hehehe..

      Padam
  3. Rahel.. melly datang rumah yah, mau makan kek dan initp yang mau dating.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh aja Melly,tapi kamu nggak bole ngintip loh..

      Padam
  4. haih....rajinnya dia buat bertingkat2 mcm tu...adui....cumil2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu Nani,biasa la..orang takde kerjaan ni..

      Padam
  5. bestest! cantik tul cotet2 buttercream tu...u olsss dating, ai makan kek? aci?

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks Chah,kami mkn kek sambil dating..hii..hi.

      Padam
  6. fuiyooooo..dapnyer..x tahan nengok..jeles aar owg dating mkn kek cenggini..fuhh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ina,awak pun kena buat gak kek kecik cam ni,bole mkn sambil dating ngan laling.

      Padam
  7. amboi.. cantik nye kak rahel.. dah lama teringin nak buat kek black forest tapi tak buat2 lagi.. sedih nye.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nurul,akak pun kdg dtg malas gak,tp klu asyik layan malas je..memang takde benda yg nak jadi.

      Padam
  8. rahel tadi tersilap komen ingat yng dorayaki tu mini black forest .. sebab ternampak sama hiih... tergoda dan terus tergoda .. apasal tayang kek banyak2 ni jealous tau ..meh sepiring :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah hagak dah..huhuhu...
      gue suka makan kek,klu tak mkn kek dalam sehari gue boleh fening2 tau..hehe..

      Padam
  9. tak dapat yg bertingkat yg bergulung pun tak pe...tp stawberi x nak sebelah nk sebiji tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je Kak Ucu,datang sini la kita mkn kek sama2.

      Padam