Isnin, 5 Disember 2011

Pulut Inti

Selamat  malam semua...dah siap makan malam? k ada yang masih  sebok-sebok kat dapur? Oklah,saja nak  menyapa  korang awal  malam sebab  skarang tengah lepak kat blog ni..nak letak entri tertunda lagi dan yang ni pun saja jer tayang kat sini untuk cuci mata bab satu  hari tak  nengok blog....rindu jugak nak  jalan-jalan kat blog kawan2 semua,tapi kadang timbul rasa malas bila line tenet tak menentu.




Ohya,resepi kita kali ni memang sangat2 simple jer..orang yang baru belajar masak pun tau nak buat kan,hehehe...tp takpelah,nak share sikit gak hasil air tangan sendiri,bila jalan2 dalam blog ada jugak yang ditengok-tengok kan..jomlah ni jer resepi untuk nasi pulutnya..

Nasi Pulut
Resepi:Rahel

Bahan:
500gram beras pulut-direndam 1 jam-kemudian toskan
150ml cawan santan  pekat
1/2 sudu kecil garam 
2gram bunga telang direndam bersama 100ml air

Cara:

1.Kukus beras pulut selama 15 minit.Kemudian satukan dengan santan yang telah dipanaskan tadi.Gaul rata.

2.Kukus kembali nasi pulut sehingga masak.Angkat dan hidang bersama inti kelapa gula merah.

Nota:
Santan,air bunga telang dan garam dipanaskan terlebih dahulu sebelum dicampur dengan pulut.

  


Ha,dah buat nasi pulut kan..so skarang kita tengok pulak bahan-bahan untuk membuat inti kelapa dan gula merah kat bawah ni..

Inti Kelapa Gula Merah
Resepi:Rahel

Bahan:
100g gula merah
180g kelapa parut putih
100ml air


Cara:

1.Masak gula merah bersama air sehingga larut,kemudian tapiskan.

2.Masak semula air gula merah bersama kelapa parut sehingga agak kering.

3.Siap dihidang bersama nasi pulut.



 

Selamat mencuba.

8 ulasan:

  1. As'salam Rahel

    Nasib baik k.ct belum tido. tadi lagi tunggu my laling balik kerja tu yang ronda2 sana sini. terus terjah blog Rahel..hihihi.

    rajinnnya buat warna warni memang nampak cantik dan kemas jer tu, nasib baik suh jamu mata. kalau suh makan mana cukup 3 ketul tu dik Rahel cayanggg..hehehe

    BalasPadam
  2. rahel....cantinyaaa, sayang nak makan...akak selalu bli nie brbungkus dlm daun pisang sedap 7 wangi sbb bau harum daun pisang.....tergoda uuuuu!!!!1

    BalasPadam
  3. rahel..rajinnya awak mewarna..kreatif sungguh
    kita selalu gak buat pulut inti..tapi selalu putih jer...

    BalasPadam
  4. Salam Rahel..

    aduhaiii power gedemak ko nyer pulut kaler maler..lawoo!!

    BalasPadam
  5. Rahel..cantiknya..belum pernah tengok pulut berwarna warni

    BalasPadam
  6. Rahel...tadi dah tgk serimuka pelangi...ni ada pulut inti pelangi la pulak...u turn kak cek ni...cantik je kukusan pulut Rahel....nak buat pulut inti la pulak pas ni....teringinla pulak...:)

    BalasPadam
  7. Terima kasih banyak kepada yang sudi singgah dan tinggalkan komen manis:

    Kak CT Delima
    Khairiah Khaizu
    Puan Ros @ sinaran menu.blogspot
    Sally Rashid
    Yat Maria
    Acik Erna
    Kak Cik Cek

    BalasPadam