Sabtu, 31 Disember 2011

Happy New Year 2012

Selamat bersiaran  kembali...apa khabar semua?  tengah bersiap-siap untuk menyambut tahun  baru 2012? Hari ni  Rahel buat  kek yang  simple  aje untuk menyambut tahun  baru tapi tergoda dengan macam-macam jenis  kek kat  blog list,hancur diet untk sehari bab macam-macam makanan yang datang dalam fikiran..dan sudah  pastinya yang  sedap-sedap belaka..sebab kalau  tak sedap...harus ditolak ke tepi.






KEK KALAMANSI

Bahan-bahan:
6 biji kalamansi diambil jusnya
150ml minyak jagung*
3 biji telur*
150g gula kastor*
1/2 sudu teh esen vanilla*
200g tepung naik sendiri

Sedikit pewarna hijau
Nutella secukupnya untuk inti kek

Cara membuat:
1.Satukan bahan bertanda*,kemudian blend hingga halus.
2.Tuang ke dalam mangkuk.Ayakkan tepung naik sendiri sambil digaul hingga rata.Bubuh pewarna hijau.Bahagi kepada dua bahgian.(gunakan 2 loyang 4x6inci untuk membakar kek)
3.Tuang adunan ke dalam loyang.Bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
4.Setelah kek masak,biarkan sejuk kemudian sapu dengan nutella dan tindihkan dengan kek yang satu lagi.Bubuh topping cream cheese di permukaan kek dan buat corak ikut kreativiti anda.

Topping Cheese 
120g cream cheese
3 sudu besar madu
1/2 sudu teh esen vanila

Cara:
Pukul cream cheese hingga lembut,tambahkan madu dan esen vanila.Pukul lagi hingga rata.Bubuh pewarna dan kacau rata.Sapukan krim pada permukaan kek.


Selamat mencuba.

17 ulasan:

  1. SEDAPNYA kek .. cantik lagi .. siap dengan wish happy new year ... tak pe tahun depan tetapkan azam baru untuk lebih berdiet lagi hihi... selamat tahun baru buat rahel sekeluarga .ya .semoga tahun depan penuh dengan surpriseeeee!!!;)

    BalasPadam
  2. Selamat Tahun Baru 2012 Rahel! Moga keknya tambah menawan!

    BalasPadam
  3. Selamat Tahun Baru 2012 Rahel...Tahun Hijrah pun dah sambut baru gak kan...hehe.. Moga tahun ni lebih memberi erti kepada Rahel dan keluarga...terima kasih byk sudi bersilaturrahim dengan akak dan rajin mengunjungi HSH...muaahhh!

    BalasPadam
  4. Wah rajin nya. Selamat Menyambut Tahun Baru

    BalasPadam
  5. Selamat tahun baru 2012 rahel.. dah lama rasa tak baking2.. dah mula buzy dgn pen n ketas2 .. mmg trasa rindu nk main2 tepung.. sedapnya klau dpt menguyah sepotong kek ni..

    BalasPadam
  6. Selamat tahun baru Rahel..rajinnya di penghujung tahun..

    BalasPadam
  7. Selamat Tahun Baru Rahel..

    Semoga tahun ni lebih memberikan keceriaan dan kegembiraan buat Rahel dan keluarga..

    Kek tu dah mengambarkan betapa gembiranya Rahel menyambut alaf baru.. dan semoga ianya satu permulaan yang baik buat tahun 2012

    BalasPadam
  8. Selamat Tahun Baru Rahel.. kalo tau ada cake cantik begini,tadi malam mampir dulu kesini makan cake baru liat firework.. ;)

    BalasPadam
  9. Assalam rahel, cantiknya kek kalamansi tu, selamat tahun baru 2012 buat rahel n famili

    BalasPadam
  10. As'salam Rahel cayanggg

    Happy New Year 2012 dear..

    wahh...santeknya kek, meriah sungguh mesti tambah sedap makan bersama darling ni kan..jelesss!..hehehe

    maaf ya Rahel cayang, k.ct sikit sibuk awal2 tahun ni. uruskan anak2 yang nak kesekolah pulak. jadi kalau lambat singgah blog Rahel maaf ya. Jika ada kelapangan pasti k.ct singgah kerap lagi macam biasa ya dear :)

    BalasPadam
  11. Terima kasih buat:
    Wani
    Kak Amie
    Kak Ummi
    Kak Sam
    Dzana
    Kak Azlita Aziz
    Melly Oktaviana
    EmbunRosaliza

    Selamat tahun baru 2012...semoga sentiasa sihat
    dan bahagia selalu...

    BalasPadam
  12. wsalam Kak Ct...
    hehehe...takpe Rahel faham...memang time sebok utk org yg nak masuk sekolah..terutamanya emak budak sekolah..hehe

    mekasih Kak CT...selamat tahun baru 2012..

    BalasPadam
  13. assalamualaikum buat rahel.. happy new year..semoga terus menyajikan menu2 yang lazat2 ya.. cantiknya kek topping biru. nak tengok i love cake kjap. tq

    BalasPadam
  14. Selamat Tahun Baru Rahel...
    tergodanya tengok kek u..
    kalau ikutkan hati, semua i nak cuba
    tapi terpaksa pilih2 jugak sebab kalau masak yg anak2 tak makan..membazir..

    BalasPadam
  15. Salam Kak Rahel..Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru buat akak sekeluarga...Semoga kedatangan tahun baru ni membawa seribu kegembiraan...

    emmm sedap nya kek ni...kalau dekat2 ni ada yang datang ketuk pintu bawa punggan kosong ni...

    BalasPadam
  16. tergoda dgn air biru itu lah wak.....luvlehhh!!!

    BalasPadam
  17. Thanks buat:
    Izah daut
    Sally Rashid
    Sue @ Nenie
    Lidasarrah

    Selamat tahun baru 2012...

    BalasPadam