Jumaat, 11 November 2011

Kek Coklat Kukus Basah

Salam kepada semua peminat kek coklat.Harap anda tak jemu bertandang ke dapur masakan Rahel.Kita memang peminat tegar kek coklat,so setiap kali ada free kita merajinkan dirilah mengadun kek coklat.Resepi kek ni pulak memang mudah nak siapkan,tak perlu guna mixer,hanya kacau-kacau guna whisker ja,so apakata korang cuba pula resepi yang satu ni.



KEK COKLAT KUKUS BASAH

Bahan-bahan:
200g tepung superfine
100g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur B
200g gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak/minyak jagung
1 cawan air panas

Cara:

1.Ayak tepung,soda bikarbonat,serbuk penaik dan serbuk koko.

2.Dibekas yang lain pukul telur,susu pekat manis, dan gula dengan whisker.

3.Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sebati.

4.Masukkan minyak,kacau sebati.

5.Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.

6.Tuangkan adunan ke dalam loyang 8" yang telah digris dengan minyak dan dialas baking paper.

7.Kukus kek selama 1 jam atau sehingga masak.

TOPPING:

250g cream cheese
50g gula kastor

Mix bahan di atas sehingga lembut.Sapukan atas kek.Tabur sedikit coklat parut atas cheese jika suka.



13 ulasan:

  1. selamat pagi rahel.sedapnya kek coklat.nak sepotong

    BalasPadam
  2. Assalam rahel. kek coklat kukus yg basah2 mmmg sedap sangat, dan menjadi kesukaan anak2

    BalasPadam
  3. As'salam Rahel


    wahh..mengoda betul kek cekelat ni. nampak mois betul kena cuba ari ni..hehehe. okey k.ct masuk saya cinta kek lah nak intai resepi..maceh Rahel cayanggg..muahhh

    BalasPadam
  4. tgk pun dh tau sedap ni rahel...nyummm3

    BalasPadam
  5. Waaaa...byk betul menu sedap2 kak cek terlepas...kek menggoda jiwa....adoiyai!...ada lagi ke...kak cek nak rasa sikit...:D

    BalasPadam
  6. uwaaa..sini pun ada kek coklat..bestnya..yana mmg suka kek yang dikukus..nyumnyummm :=)

    BalasPadam
  7. kak rahel nii memang pandai buat kek...semuanya nampak sedap!

    BalasPadam
  8. Mat petang Nonierahman..
    dah siap minum petang k? alah kek dah abis laa..

    BalasPadam
  9. Wsalam EmbunRosaliza
    mak budak pun suka gak dengan kek coklat basah..seeedap..

    BalasPadam
  10. Kak CT..
    Cuba jangan tak cuba...hehe..
    dah cuba..jangan lupa ajak kitaorang skali ek..


    Ida,Japan
    tengok pun dah tentu sedap...kalau rasa lagi la sedap..

    BalasPadam
  11. Kak Cek..
    iyola..lama tak nampak...kek pun dah abis..hihi..


    Yana Shaiful..
    dah lama gak tak buat kek coklat ni,skali skala ok jugak kan..


    Nuwairani..
    Terima kasih sudi singgah selalu..dapat jugak tengok2 kek yang akak buat..hehe..

    BalasPadam
  12. nak kekkkkk !!!!.. mari sepotong ... hihi dah lama betul tak buat kek kukus coklat ni ..asyik bakar je

    BalasPadam
  13. Wani
    nape lambat sangat sampai..kek da abis...

    BalasPadam