Khamis, 17 November 2011

Apam Pisang

Salam manis kepada semua..dah siap sarapan k belum? Pagi Rahel ada buat sikit apam pisang untuk sarapan..resepinya mudah banget & senang di sediakan.Rahel ada letak resepinya kat Rahelcake.blogspot..jom layan dulu.


Apam Pisang
Resepi:Rahel

Bahan:
120g pisang ranum,dilenyek halus
100g gula pasir
150g tepung naik sendiri
1/4 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen pisang/vanila
1 biji telur B,dipukul sedikit
1 sudu besar minyak masak
50ml susu segar/susu cair
sedikit pewarna kuning

coklat nutella untuk inti

Cara:

1.Satukan semua bahan dalam mangkuk.Gaul sebati.

2.Tuangkan 1 sudu makan adunan ke dalam acuan,kemudian beri 1/2 sudu kecil inti,tuangkan lagi adunan di atasnya hingga 90% penuh.

3.Kukus apam selama 15 minit dengan api kuat.



Selamat mencuba..

11 ulasan:

  1. Assalam Rahel, sedapnya apam pisang buat bf atau minum ptg ni

    BalasPadam
  2. Apam pisang mekar menggebu...bak kak cek seketul dua...leh makan kat opis ni...:D

    BalasPadam
  3. gebunyer apam!! and hepi anniversary utk rahel & husband...semoga kekal bahagia selamanya

    BalasPadam
  4. wsalam Embun..yup sesuai untuk bf and minum petang..sedap.


    Kak Cek..mau aje Rahel bagi tp jauh la..hehe..sodap kek karamel tu..mengancam kaler dia.


    Terima kasih Kak Ida,Japan
    aminn...


    Tanpa Nama
    yup memang sodap ni.

    BalasPadam
  5. As'salam Rahel


    udah petang ni masih ada balance muffi pisang tu tak? k.ct tengah malas ni asik baring2 aje sakit kepala. jadi mahu masuk dapur macam liat jer gitu. bukan main mekar lagi apam pisang tu haa..cantik jer.

    BalasPadam
  6. Salam Rahel,
    Happy belated Anniversary ya, cantik kek yg Rahel buat, apam pun mekar menguntum, suka akak melihatnya.

    BalasPadam
  7. mekar setaman apam pisang tu..geram tgknya..ada lg x hehee

    BalasPadam
  8. assalam Rahel..gebunya apam pisang rahel..mesti sedap tu..

    BalasPadam
  9. tgh malam ni teringat pulak pisang kt dapur tu...tunggu sabtu le nampaknya nk buat mcm rahel...
    happy belated anniversarry....

    BalasPadam
  10. Wsalam Kak Ct
    walaupun dah petang..apam pisang ada lagik..hihi.
    Agaknya Kak Ct tengah fening lagi tu..pikir2 mo masak apa lagi..


    Terima kasih Wattie sudi singgah selalu.


    Yana Shaiful
    apam masih ada..tapi cam na...u jauh laa..


    Acik Erna
    emm lagi sedap klu dapat makan..hehe..


    Terima kasih Kak Ucu Faridah
    hahaha..tengah mlm pun masi ingat pisang lagi..hihihi..kena buat jugak apam pisang ni..

    BalasPadam