Isnin, 10 Oktober 2011

Ikan Goreng Tepung

Salam hari isnin semua..apa khabar?? masak apa hari ni?? Sederhana dan senang je hidangan hari ni,skali-skala tukar selera pulak,tak tahan dengan lauk yang sedap2 dan berlemak selalu.Rahel masak ikan goreng tepung & rebus sayur sawi sama buat jugak sikit sambal belacan perah limau kasturi emmm ternyata lebih menyelerakan..hehehe..




Ikan Goreng Tepung
Resepi:Rahel


Bahan Ikan:
4 ikan kembung sederhana besar,bersihkan}
2 biji limau kasturi,ambil jusnya}
1/2 sk garam}
3 ulas bawang putih,ditumbuk halus}
2 sk serbuk ketumbar},satukan bahan ini,perap selama 20 minit.

minyak untuk menggoreng ikan

Bahan untuk batter (disatukan):
130ml air
80g tepung gandum
3 ulas bawang putih,ditumbuk halus
1 sk serbuk kunyit
2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk garam

Cara:
1.Panaskan minyak dalam kuali hingga benar-benar panas.
2.Celupkan ikan ke dalam batter,kemudian goreng dalam minyak panas
   dengan api sedang hingga agak garing.Angkat dan toskan.
3.Enak dihidang bersama sayur rebus dan sambal belacan.


10 ulasan:

  1. salam kenal..nak mkn nasi sini boleh? :)) mmg kena sgt ikan goreng dgn sawi n sambal..kecur tgk! :)

    BalasPadam
  2. adoi....sambalnya!!!!! slrrppp! berair sudah mulutku...

    BalasPadam
  3. Salam perkenalan gak Deliah's Deli.
    Jomlah kita makan sesama...sedap lauk ni...hehe.

    BalasPadam
  4. Nuwairani-
    mari sini ambil sambal belacan,sawi bening,ikan grg tepung...ni kira menu utk yg mau diet..hehe.

    BalasPadam
  5. Alamak! pancit lak tayar basikal kak cek...he he..sampai jugak ghumah Rahel...masak apa lak hari ni...Wah! macam2 ada tu...lengkap sumenya...nak tumpang makan sekali lah...:D

    BalasPadam
  6. mas suka lauk gini...
    menyelerakannn...

    BalasPadam
  7. Kak Cek,meh la kita makan sesame..dap lauik ni..

    BalasPadam
  8. Mas
    sesekali hidang lauk cam ni memang menyelerakan..tak muak...lagi2 ada sambal belacan..tambah power..hehe..

    BalasPadam
  9. rahel... adeeh terliur sudah tgk set nasi kat atas tu.. geramnya... nie kalau makan ngan nasi panas tu.. pasti laju jer masuk dlm mulut ek ... sedap!!

    BalasPadam
  10. Betul tu Diana,memang laju jer time makan ni..menyelerakan sungguh..

    BalasPadam