Selamat pagi semua..dah siap sarapan k? Pagi ni Rahel buat sarapan yang ringkas je..takde masak yang spesial la..hehehe..buat bihun goreng je sikit bab teringin sangat makan bihun goreng yang letak cili banyak-banyak.
BIHUN GORENG
Bahan:
250g bihun,dicelur dan toskan
2 batang sosej,dipotong nipis
3 biji bawang putih,cincang
2 biji bawang merah,cincang
5 helai daun bawang,potong2
3 sudu makan kicap pekat
Sedikit garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 biji bawang putih,cincang
2 biji bawang merah,cincang
5 helai daun bawang,potong2
3 sudu makan kicap pekat
Sedikit garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Cara:
1.Gaulkan bihun yang telah di toskan tadi bersama kicap,garam dan lada sulah.
2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang hingga layu.
3.Masukkan sosej,kacau sebentar.Kemudian masukkan bihun & daun bawang.
4.Kacau sehingga masak.Angkat.Siap untuk dihidangkan bersama telur mata lembu.
Nampak suci bersih je telur tu
BalasPadamwahh baru je pagi tadi buat breakfast hihi.. telur pon comel bulat jer ..;p
BalasPadammacam kak sam cakap la..nampak suci bersih je telur tu...hihih...
BalasPadamKak Sam
BalasPadamiye k...bersih suci..hehehe..secret2...
Wani
breakfast ape pagi tadi? sonang jew nak comelkan telur tu.
Nuwairani
Memang suci betul nampak telur ni..hihihi.