Khamis, 28 Julai 2011

Puding Kastard

Selamat bersiaran kembali..dan salam manis buat semua yg sudi menjengah dapur Rahel.Harap semuanya sihat dan ceria selalu.Kali ni Rahel buat puding segera pulak untuk penyejuk tekak..kalau cuaca panas2 macam skarang mesti kena buat sikit hidangan yg sejuk..dan untuk puding ini Rahel gunakan serbuk puding berperisa mangga aje...sedap rasa dia & kurang manis gitu..Rahel suka.Okla,kita teruskan aje share resepi puding kastard yang tersangat simple ni.





Puding Kastard
Resepi:Rahel Blogspot


Bahan:
1 kotak serbuk puding perisa mangga (85g).
1 sudu makan penuh tepung jagung
300ml air
100ml susu rendah lemak

Cara:

1.Masukkan air dalam periuk,kemudian masukkan tepung jagung dan kacau rata.

2.Tambahkan susu rendah lemak,kemudian diikuti dengan serbuk puding,kacau rata.

3.Panaskan di atas api hingga mendidih dan larut.

4.Tuang ke dalam acuan.Biarkan sejuk dan beku atau sejukkan dalam peti sejuk.


Enjoiiii....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan