Isnin, 11 Julai 2011

Apam Pisang

Salam sejahtera dan salam manis kepada semua pengunjung setia dapur Rahel,semoga sentiasa sihat dan ceria bersama orang yang tersayang.Pagi ni Rahel sempat juga buat sedikit apam pisang untuk sarapan..teksture apam ni ala-ala kek pisang kukus la pulak...mungkin sebab ada penggunaan minyak dalam batter...tapi tetap sedap dan gebu..sesuai ditemankan dengan nescafe panas atau pun teh panas...jom semak bahan-bahan untuk Apam Pisang...


Apam Pisang
Sumber:Internet

Bahan:
200g pisang,dihaluskan
150g tepung gandum
100g gula kastor
2 st baking powder
1/8 st soda bikarbonat
90g gula pasir
2 biji telur gred A
75ml minyak jagung

Cara:
1.Ayak tepung dengan baking powder,soda bikarbonat.
2.Dalam mangkuk pukul telur dan gula sehingga kembang selama
   8 minit.Masukkan pisang halus & sebatikan.
3.Perlahan-lahan masukkan tepung & minyak berselang seli.
4.Sudukan 3/4 penuh ke dlm acuan apam yg dilapik acuan kertas.
5.Kukus 15 minit dengan api yg kuat.

*panaskan terlebih dulu air untuk mengukus apam*


Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan