Jumaat, 1 Julai 2011

Whole Orange Cake


Selamat pagi kepada semua..apa khabarnya pagi ini? dah siap  sarapan k belum? Kalau ada yang belum sarapan tu..boleh join Rahel sarapan,ada hidangan kek & secangkir teh hangat.Klu nak ikutkan hati..macam nak bedal abis je kek oren ni,sedap sangat rasa dia..dah dekat-dekat dengan rasa blended orange cake tu..

Kali ni Rahel letak pula coklat ganache kat lapisan-lapisan kek,biar tambah enak.Becakap  pasal kek ni  memang lembut dan  ringan teksture  dia dan senang nak potong kalau nak letak inti..tapi kalau tak letak inti pun tetap sedap dan tak jemu kita makan..

whole orange cake
Oklah kawan-kawan,resepi kek lemon yang simple dan mudah disediakan ni akan Rahel letak kat sini sebagai rujukan Rahel dan juga kepada korang semua...


Whole Orange Cake

 Bahan:
1 buah oren saiz sedang
160ml minyak
3 biji telur L
1 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung naik sendiri}
1/4 sudu teh baking powder},ayak bersama

Cara:
1.Panaskan oven 170c.
2.Cuci bersih buah oren,buang biji dan empulur (tak perlu buang kulitnya).
3.Blender isi oren,kulit oren bersama telur.
4.Tuang ke dalam mangkuk.Masukkan tepung,minyak,gula.Gaul rata.
5.Tuang ke dalam loyang 4x8" yang sudah digriskan & dilapik kertas minyak.
   Bakar  kek selama 45 minit pada suhu 170'C.


Untuk Ganache:
250g dark cooking chocolate,potong kecil2
100g susu sejat

Cara:
*panaskan susu hingga mendidih,kemudian tuang ke dalam mangkuk yang
  berisi potongan coklat,kacau perlahan hingga coklat larut.
*Sapukan pada lapisan kek dan permukaan kek.




Selamat menjamu selera..

3 ulasan:

  1. Raheelllll....
    pagi2 dah menggoda dengan kek yang mengancam nie. Aduiiiii...x tahan dengan godaan kek Rahel.

    BalasPadam
  2. Kak Kama Azura...sabar je la tengok ni ek..gue yg mkn semua tu..


    Melly..
    makan 2 potong dulu sebagai pembuka selera..hehe..

    BalasPadam