Rabu, 13 April 2011

Ikan Bakar Asam

Selamat bertemu kembali..apa khabar semua? harap semua sihat.Hari ni masak lauk yang simple-simple aja,hidang ngan nasi putih.Kalau selalu makan yang sedap berlemak memang pandai jemu gak kan..so hari ni Rahel buat sikit ikan bakar,tapi bakar dalam kuali leper sahaja.Paling sedap digandingkan dengan sambal belacan perah limau kasturi.



Oh ya..sebelum Rahel pegi makan ikan bakar..Rahel letak dulu resepinya kat sini ek..jom layan dulu ikan bakar asam ni..

Ikan Bakar Asam


Bahan:
6 ekor ikan kembung-bersihkan
1 sk garam
1/2 sudu makan asam jawa
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara:

1.Lumur ikan dengan garam,asam jawa,serbuk kunyit.Panaskan kuali leper.Sapu dengan sedikit minyak.Tunggu kuali panas.

2.Bakar ikan sampai masak.

Sambal belacan:
1 inci belacan,dibakar
1 buah tomato saiz besar,dibakar
2 buah limau kasturi
Cili padi secukupnya,ikut nak pedas mana
Garam secukupnya

Caranya:
Tumbuk cili padi bersama garam hingga lumat.
Masukkan belacan,tumbuk lagi hingga belacan hancur.Tambahkan tomato.Tumbuk hingga halus.
Perah asam limau.



Terima kasih sudi singgah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan