Jumaat, 22 Mac 2013

Belajar Membuat Kek Ais Krim Vanila

Salam...


KEK SPAN COKLAT GEBU

Bahan:
200g tepung kek/tepung superfine
180g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40g serbuk coklat
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila


Cara:

1.Panaskan oven.Griskan acuan.Alas dasar acuan dg baking paper.

2.Pukul telur,gula,ovallet,tepung s'fine,BP sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.

3.Perlahankan mixer,masukkan susu cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan lagi memukul selama 5 minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.

4.Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 45 mint atau hingga masak.

5.Bila kek sudah masak,telangkupkan selama 5 minit.


Bahan-bahan:
1 1/2 liter ais krim vanila
kek span coklat
450g non-dairy whipping cream-diputar hingga kental (soft peak)
chocolate rice-untuk topping
chocolate syrup-untuk topping (boleh guna syrup Hershey atau pun syrup Hoko,Van Houten)

Cara Penyediaan Kek Ais Krim Vanila:

1.Adunan kek span coklat dibahagi kepada dua.Satu adunan di bakar dalam Loyang bulat 9" & satu adunan dibakar dalam loyang 10 1/2" x 7 1/2 " (lihat gambar di bawah)
 

2.Setelah kek span masak,keluarkan dari oven kemudian biarkan ia sejuk sepenuhnya (lihat gambar di bawah).Setelah itu kek 9" dibahagi kepada dua bahagian yang nipis untuk diguna sebagai dasar dan penutup.Kek span yang empat persegi dipotong memanjang mengikut tinggi loyang.
   

3.Guna loose tin 9".Letakkan satu lapisan kek span coklat di dasar loyang,kemudian letak juga potongan kek yang panjang di tepi loyang,letak dengan kemas agar ais krim tak mudah meleleh.(lihat gambar di bawah yang berbentuk perigi)


4.Setelah itu,ambil ais krim vanilla dan sudukan ke dalam bekas tadi.Buat kemas-kemas yea.(lihat pada gambar di bawah).Pastikan ais krim yang kita guna tu tak cair sangat agar kek ais krim kita nantinya tidak keras macam batu.


5.Bila semua ais krim sudah diisi penuh ke dalam bekas.Ambil satu lapisan kek lagi dan tutuplah adunan ais krim itu (lihat pada gambar di bawah).


6.Kek kita sudah hampir siap.Tutup kemas yea (lihat gambar di bawah).Kemudian simpan kek ais krim dalam peti sejuk bahagian beku selama 5 jam atau semalaman.


7.Bila kek ais krim dah betul-betul beku.Keluarkan dari peti sejuk.Tanggalkan loyang.Sapu seluruh permukaan dan tepi kek dengan whipping cream.Kemaskan.Tabur chocolate rice di atasnya,kemudian paipkan syrup coklat sesuai kreativiti masing2.Kemudian,kembalikan kek ais krim vanilla ke dalam peti sejuk bahagian beku yea.Biarkan kek betul-betul beku selama 1 malam baru siap dihidang..kalau tak hiding tunggulah pembeli datang dan angkut balik rumahnya.


Terima kasih sudi membaca.

40 ulasan:

  1. ermm...tak sabar Nor nak membuatnya.cuma sdg mncari waktu yg sesuai.terima kasih share-kan resepinya (^_^)

    BalasPadam
  2. Ok....tergudaaaaaa sgt!ini melampau..memang melampau..betul2 melampau.............grrrrrrr.....sis Rahelll bikin panas lagiii.huuuuuuu :'(

    BalasPadam
  3. Assalam rahel,cantiknya kek ais krem, tq berkongsi resipi rahel,bukan semua org nak kongsi resipi n tips ni

    BalasPadam
  4. Rahel..kalau dekat acik pun nak order je..macam susah je nak buat

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum waduhh sdp tu mkn kek ada sekerim dlm nya....mcm terasa2 di tekak...tq dgn cara2 nye...cantik dan kemas sukaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  6. macam susah je nak wat.... tapi kalau dah teror tu.. petik jari je kan rahel.. ye la.. rahel mmg pandai wat kek dan skill2 yang menarik... :) ade lagi tak? nak mintak sepotong.. ehhh dah abis? cik samad yg punya...? hihi..

    BalasPadam
  7. Tq for sharing darling.. Insyaallah nk cuba juga nanti..

    BalasPadam
  8. as-salam
    Look nice and delicious...

    BalasPadam
  9. tq rahel for the tutorial. Sebelum ni bundo buat main belasah je. Patut tak menjadi.

    BalasPadam
  10. Ngencess...tq for sharing...sgt2 teliti skli..kemas je...:-)

    BalasPadam
  11. tq Rahel, bagi skill..akak mmg tringin nak buat..meter ku bagai nak laju..

    BalasPadam
  12. cantik sangat2 Rahel belum berani kak noor buat kek ni lagi hahaa

    BalasPadam
  13. bagusnya ada step by step cara buat kek ni..tq rahel..

    BalasPadam
  14. wah.. bestnyer.
    saya mesti cuba. mesti..hehhe.

    BalasPadam
  15. Nk tanya. Kek aiskrim ni tahan berapa lama? Simpan dlm freezer je kan?

    BalasPadam
  16. nampk sangt sedap.. thank.kongsi resepi .. :)

    BalasPadam
  17. Rahel.. Walau pun dah basi.. Ku nak comment jugak.. Hardly has the time to walk walk.. Dah lama tak jalan jalan.. I did ice cream cake bef but not like this.. Wait u got time I will try ur way.. Tks for sharing!

    BalasPadam
  18. Selamat Berkenalan Rahel, saya telah mencuba kek aiskrim ini..dan saya sudah email kan gambar untuk perkongsian..terima kasih atas ilmu yang bermanfaat dan sangat2 berguna..semoga sukses selalu..:-)

    BalasPadam
  19. rahel..email ni masih aktif ke? mary.rahel@yahoo.com. saya cuba hantar tapi tk berjaya.

    BalasPadam
  20. Mardiana,dah aktif balik emel tu,tq.

    BalasPadam
  21. nak cuba buat lah..macam best..hehe

    BalasPadam
  22. Sgt berminat nk mencuba,peti beku kecik..kne clear stok dulu..

    BalasPadam
  23. nk tnye..klo kek d ltak kt bhgn frozen,kek 2 x keras o rosak ke?nk wat tp tkut x jd..phm smue step tp part ltak kt bhgn frozen 2 was2 ckt..

    BalasPadam
  24. @farahidayu: aah..saya dah cuba buat dan memang letak kt freezer..sbb klu tk ice cream nya cair.. Rasanya kek dia tak ada masalah.. Guarantee habis hehe :-)

    BalasPadam
  25. salam sis, boleh share tak macammana nak dapat permukaan kek yg cantik macam tu, dia tak merekah

    BalasPadam
  26. salam sis...mcm sedap jer kek ais cream ni,sya pasti akan membuatnyer...

    BalasPadam
  27. Saya buat tak nk tp makan nak..
    Pm no fon kalau bole order ...

    BalasPadam
  28. Saya buat tak nk tp makan nak..
    Pm no fon kalau bole order ...

    BalasPadam
  29. salam sis bley x bgi ukuran dlm cwn..sbb sye x nk buat mngikut ukuran gram..respon please

    BalasPadam
  30. kalau x share gmbar bleh x ? huhu saye malu la .. hope halalkan ye resepi ni ...

    BalasPadam
  31. Minta halal resepi ni ye ..dah try..sedap n busy bisnes slow2 ..tqsm

    BalasPadam
  32. I must try making this cake. Looks really good.

    BalasPadam
  33. Thank you for your post, I look for such article along time. myself very happy to read it because it can give me more insight, thanks.. Visit my blog..thankyou

    Bigslot777
    Sbobet88 Casino
    Slot777 Asia
    Royal88 Slot

    BalasPadam
  34. I just loved your article on the beginners guide to starting a blog.If somebody take this blog article seriously in their life, he/she can earn his living by doing blogging.

    Slot Pragmatic
    Bola365
    Hokibet77
    Mega Slot888

    BalasPadam