Isnin, 14 Mei 2012

Kek Span Buah Pic

Salam manis dan selamat bersiaran kembali walau pun line tenet di sini tersangat slow.Apa khabar semuanya?



Semalam Rahel dah tayang Kek Span Vanila kan..itu sebetulnya bahan pertama yang kita kena sediakan untuk Kek Span Buah Pic dan semalam juga la Kek ni telah disediakan dan dihidang,jadinya skarang Rahel tinggal kunyah-kunyah kerupuk muruku je..hehehe..
Resepi kali ni tetap menggunakan resepi Kek Span Buah Pic Chef Noraini Zakaria dan kekawan pun patut terai kek ni tau..sebab sangat sedap rasa dia..lagi-lagi kalau dah keluar dari peti sejuk..emm tersangatlah nyaman membelai lidah..memang patut dipuji resepi Chef Noraini ni sebab kek span dia pun sangat lembut,gebu dan moist..lagi-lagi kalau dah ditambah dengan fresh cream atau buah-buahan..memang semakin terserlahlah keenakannya..tak rugi beli buku resepi HIDANGAN KEK.. 


Bahan-bahan:
1 biji kek span vanila 8''atau 9''dibahagi dua

Kek Span Vanila

Bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A

130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

40g air
 60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.

2.Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.

3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.

4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.

5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.

6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.


Bahan Hiasan:
1 tin buah pic
Sedikit badam cincang-->tak letak pun
1 liter krim putar (non-dairy whipping cream)-dipukul hingga kembang

Cara:
1.Letak satu lapisan kek di atas papan kek,beri krim putar di atasnya.
2.Kemudian susun dan beri jarak buah pic di atasnya.Sapu nipis lagi krim di atasnya.
3.Letak satu lapisan kek lagi di atasnya.Sapu krim di seluruh permukaan dan tepi kek.
  Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Selamat menikmati Kek Span Buah Pic.

21 ulasan:

  1. haii gebunya..:) nak sepotong bolehhh..simple tp menarik:)

    BalasPadam
  2. Zila...bole je..bila nak datang Sabah ambik kek? hihihi..

    BalasPadam
  3. spesel ni...mmg sedap dimkn sejuk2...mcm kek eskrem!

    BalasPadam
  4. Licin je icing dia yek.. nampak sungguh sedap

    BalasPadam
  5. nak yg kat atas stand ye....

    BalasPadam
  6. Rahel..kita nk 2 potong huhuu..sedapnyaa..geram nk amek ^__^

    BalasPadam
  7. suke tgok rahel.. cantik2.. bila la akk nk pandai buat deco2 kek agaknya.. huuu

    BalasPadam
  8. cntik, kemas + mengiurkan....
    bila la agaknya nak buat deco mcm nie...kek yg simpel mimpel bole le buat...hehe....

    BalasPadam
  9. Rahel...cantiknya kek kamu tu...putih suci bersih lg...gebu pulak tu...geram tgk wlaupon deconye simple...yg dh potong tu bg kt Qh aje ehhh...hihi

    BalasPadam
  10. cantiknya tgk rupa kek span pic rahel ni nampak simple jer deco tu tapi menarik:)

    BalasPadam
  11. Salam Rahel waduuhh cantik dan enak bangat nih! cantik betullll... pandainyaa.... suka!!!

    BalasPadam
  12. as salam rahel,
    sponge kek, peaches dan fresh cream adalah satu gabungan mantop. mmg terkenang2lah bila mkn ni ;) yummm..

    BalasPadam
  13. I'm awestrucked by your lovely cake dear. You are an amazing baker....just beautiful!!! Nak sepotong jugak...:)

    BalasPadam
  14. salam rahel

    aduhai, lama tak singgah ni, dijamu mata pulak dgn kek span pic ni, dpt byngkan mcmna rasanya

    ni yg buat rasa nak try ni hehe, mintak izin copy resepi ye

    BalasPadam
  15. alah lg satu lupa nak ckp, tabik spring dgn rahel

    licin gila lepa frosting tu, kalau saya buat mcm tu, berpeluh2 lah hehe

    BalasPadam
  16. alahaiiii gebunya, mesti sedap niii

    BalasPadam
  17. baki dari sepotong tu simpan dlm petiais ucu tau rahel...hihihi..

    BalasPadam
  18. Kek dah siap berbedak..cantik..putih licin krim keliling kek....mmg expertlah Rahel bab deco. nengok yg dah potong tu sedapnya....yummm

    BalasPadam
  19. Rahel, terpukau tgk lepaan cream kat kek ni.. So perfect!

    BalasPadam
  20. SALAM..hye nk tye topping tu letak pe ye?ley bg resepi x? please emel me
    norhidayahseman@gmail.com :)
    tringin la nk bwt kek mcm ni.tp de problem bwt topping.xreti sgt

    BalasPadam