Sabtu, 20 Ogos 2022

Kaswi Cendol

Salam semua.Awal lagi menayang kuih kaswi sudah.Sebenarnya lama suda saya mau cuba ini resepi tapi selalu saja terlupa sebab terlampau banyak resepi yang sedap di ambil dari facebook.Banyak resepi yang menunggu giliran untuk dicuba.


 

Untuk resepi kali ini saya ambil dari buku resepi yang sudah bertahun-tahun saya beli.Banyak sudah resepi dalam buku tu saya cuba,semua sedap dan cantik kejadinnya.Mungkin ada yang mencari resepi kaswi pandan jadi resepi ini memang sesuai kamu cuba.Rasa kaswi pandan lemak dan paling sioknya ada letak cendol,jadi kamu bayangkanlah sendiri macam mana dia punya rasa.


Saya rasa resepi kaswi pandan ni sesuai juga untuk buat jualan,confirm ramai peminat.Cubalah resepinya ya manatahu kamu pun tersuka.Pagi-pagi ada kuih talam memang best.


KASWI CENDOL


Bahan A:

20g tepung jagung

100g tepung ubikayu

250g tepung beras

100g gula merah

250g gula pasir  

600ml air 

400g cendol

500ml santan pekat

1 sudu teh pes pandan

1 sudu teh pewarna hijau

1 sudu teh garam

1 sudu teh air kapur


Bahan B:

1 biji kelapa parut putih

2 helai daun pandan,dipotong kecil

Secubit garam


Cara membuat:

1.Kukuskan bahan-bahan B selama 10 minit dan biarkan sejuk.

2.Gaulkan semua bahan A hingga sebati (kecuali cendol) dan ditapis.Panaskan dan gaul sehingga gula larut.

3.Matikan api,masukkan cendol dan gaul rata.

4.Loyang 10 inci disapukan dengan sedikit minyak lalu ditiangkan adunan dan kukus selama 40 minit.

5.Sejukkan beberapa jam baru dipotong dan hidangkan dengan kelapa parut.


Selamat mencuba.

Khamis, 18 Ogos 2022

Sup Lobak Merah

Sup lobak ini memang sangat ringkas tapi sedap,terasa manis dari lobak tu.Kalian yang suka hidang sup bolehlah mencuba resepi ini.Kadang terasa tidak lengkap makan nasi kalau tiada sup.



SUP LOBAK MERAH
Sumber resepi : Yum Yum

Bahan-bahan:
1 bahagian paha ayam,dipotong,bersihkan
1 batang lobak merah,dipotong
2 inci halia,dihiris nipis
4 cawan air
Garam 
Serbuk pati ayam maggi

Caranya:
1.Panaskan air hingga mendidih.
2.Masukkan potongan ayam,lobak dan halia.Masak hingga ayam dan lobak empuk.
3.Perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam.



Selasa, 16 Ogos 2022

Sayap Ayam Goreng Tepung

Ada yang suka makan ayam goreng yang krispi tapi selalu pening nak buat macam mana dia punya tepung bagi rangup manja gitew,so ini kali saya share cara saya yang sangat simple.Guna bahan yang ada di dapur ja.Pastikan goreng dalam minyak banyak dan buka api kecil sahaja untuk dapatkan ayam goreng krispi.Jika anda tak suka daun kari boleh abaikan ja.

.


 

SAYAP AYAM GORENG TEPUNG

Resepi by : Rahel Blogspot


Bahan-bahan:

Sayap ayam 3 ketul


Bahan kering:(dicampur rata)

1/2 cawan tepung gandum

1 sudu teh serbuk rempah kari daging

1/2 sudu teh serbuk kunyit

1/2 sudu teh serbuk lada putih

1/2 sudu teh garam halus

1 tangkai daun kari,dimayang/dicincang


Bahan untuk celup sayap:

1 biji telur }~kacau rata

4 sudu besar air }


Minyak secukupnya untuk menggoreng


Caranya:


1.Cuci bersih saya ayam kemudian toskan airnya.Perap dengan sedikit garam dan serbuk lada putih.

2.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.

3.Salut sayap dengan tepung kemudian celup ke dalam bancuhan telur tadi,kemudian salut kembali dalam tepung.

4.Goreng sayap dalam minyak panas dengan api kecil sehingga kekuningan atau sampai masak.(ambil masa lebih kurang 15 minit utk masak) Toskan minyak.Siap.


Selamat mencuba.

Isnin, 15 Ogos 2022

Apam Tepung Beras

Awal pagi lagi saya buat ni apam untuk sarapan.Senang sangat membuatnya,tak perlu perap pun apam tetap merekah dan gebu.Resepi ni saya dapat dari blog masakan orang Jepun hihihi.Mula2 tengok gambar yang di dalam blog c Jepun tu memang menarik sangat dan nampak bahan2 serta cara pembuatan memang tak cerewet.Teringin juga merasa so kita buatlah apam ni.

Apam tepung beras ni memang sedap cuma kena siap air minum la time kita makan sebab pandai melekat di langit2,macam buat senaman wajah pun ada hihihi.Buat satu adunan ni dapat 7 ketul apam ja so kalau korang nak buat banyak sila la gandakan bahan-bahan.Selamat mencuba.



 

APAM TEPUNG BERAS

Sumber resepi:Encik google 


Bahan-bahan:

150g tepung beras

2 sudu teh serbuk penaik

50g gula kastor

120ml susu soya/susu penuh krim

2 sudu besar minyak jagung


Cara membuat:

1.Masukkan tepung beras,serbuk penaik dan gula ke dalam mangkuk,kacau rata.Masukkan susu soya dan gaul rata.

2.Masukkan minyak dan gaul lagi.

3.Tuangkan sama rata ke dalam acuan yang telah disapu minyak.

4.Kulus dengan api besar selama 10 minit.




Selasa, 9 Ogos 2022

Donut Susu Gebu

Nampaknya sekarang ni tengah viral lagi pasal donut susu yang gebu.Saya ternampak resepiya di fb so saya pun tertarik untuk mencuba.Penasaran dengan texture dan rasa susu.Sebenarnya kejadin donut ni gebu lain macam ja sebab ada bubuh ovalet.Saya suka dengan topping susu tepung+gula ising sebab boleh ejas  ikut selera kita,tapi tak boleh vogue la time makan sebab serabai hihihi.Oklah,jika korang terlebih rajin bolehlah mencuba ya.


 

RESEPI DONUT SUSU GEBU
Sumber resepi:Group Masak2

Bahan-bahan:
500gram tepung gandum
5gram yist
1 sudu makan ovalet (saya bubuh 1 sudu teh ja)
1 biji kuning telur
1 sudu makan gula (saya bubuh 45gram gula)
1 sudu makan planta (saya guna marjerin)
Secubit garam
1 cawan air (saya bubuh 290ml air)

Topping:
Susu tepung penuh krim fernleaf + gula ising

Cara-cara:

1.Mula2 larutkan 1 cawan air,yis dan gula.biarkan seketika sehingga berbuih.

2.Setelah itu satukan tepung,planta,telur,garam dan ovalet.Gaul sebati semua.

3.Kemudian tuang larutan yis tadi.Uli sampai doh tidak melekat di tangan.(saya uli selama 20 minit)
Perap doh selama 40 minit.(tutup doh supaya tak kering)

4.Setelah itu tekan2 doh untuk keluarkan angin.Bahagikan doh kepada 20 bahagian (39gram setiap satu doh),bentuk bulat kemudian tekan sikit bagi leper 👇 letak atas dulang yang ditabur sedikit tepung


5.Rehatkan doh hingga naik gebu lebih kurang 30 minit.Buat lubang di tengah.




6.Panaskan minyak secukupnya.Goreng donut sehingga keperangan.Angkat dan toskan minyak.



7.Setelah donut agak suam bolehlah salut dengan campuran susu tepung+gula ising (korang pandai2 la agak sukatan susu tepung dengan gula ising tu ya)



Selamat mencuba.

Jumaat, 5 Ogos 2022

Resepi Pulut Kuning Paling Mudah

Ada kawan minta saya share resepi pulut kuning sebab dia kata tak berapa pandai ejas sukatan santan,kadang keras kadang terlembik nasi pulut yang dia masak tu.Jadinya saya share resepi cara saya ja.Setiap orang ada resepi dan cara tersendiri.

Kalau mau senang korang follow ja resepi yang saya bagi ni,confirm jadi punya.Boleh buat jualan lagi.Resepi ini boleh diolah jadi pulut inti,pulut panggang,pulut tekan dan macam2 lagi la.Kalau korang jenis suka makan nasi pulut biasa korang abaikan ja serbuk kunyit tu.Senang kan? Oh ya,santan untuk jirus nasi pulut tu korang boleh ja guna santan kotak tapi campur dengan air supaya tidak terlampau pekat.Time korang masak santan tu jaga jangan sampai pecah santan jadi pastikan kacau2 sampai mendidih dan terus tutup api.


RESEPI PULUT KUNING

By:Rahel Blogspot


Bahan-bahan:

1kg Beras Pulut

20gram serbuk kunyit adabi

2 keping asam gelugur

10gram garam halus}

5gram gula pasir}~~masak hingga mendidih

500ml santan}

3 lembar daun pandan,disimpul


Cara memasak nasi pulut kuning:


1.Cuci bersih beras pulut kemudian rendam dengan serbuk kunyit,asam gelugur dan air secukupnya selama 1 jam.Setelah 1 jam direndam,toskan air kemudian letak beras dalam penapis dan cuci beras untuk buang segala lebihan serbuk kunyit yang kasar.


2.Masukkan air dalam pengukus,masak sehingga air mendidih.Masukkan beras pulut,buat lubang di tengah.Kukus Pulut selama 20 minit,kacau sekali skala agar masak sekata.


3.Keluarkan nasi pulut dari pengukus dan letak dalam basin.Jirus dengan santan panas.Kacau sehingga pulut menyerap semua santan.


4.Masukkan kembali nasi pulut dan daun pandan ke dalam pengukus.Buat lubang di tengah.Kukus lagi selama 20 minit.Jangan lupa kacau skali skala agar masak sekata.Nasi Pulut sedap dihidang bersama rendang daging/ayam,sambal ikan,sambal bilis.


Selamat mencuba dan semoga ceria selalu.

Isnin, 1 Ogos 2022

Tips Membuat Kuih Bom Agar Tidak Meletup

Salam.Ni hari kita cerita pasal kuih bom bijan yang banyak peminatnya.Ada yang mengadu terpaksa sedia perisai time menggoreng sebab takut kena percikan minyak.Jadi apakata korang ikut sedikit petua yang selalu saya amalkan jika membuat kuih bom,mula-mula korang kena campurkan tepung gandum or tepung ubikayu ke dalam tepung pulut.Kalau ada ubi manis or kentang lagi bagus.Tapi kali ini saya guna resepi yang simple sahaja,takda bubuh ubi manis or kentang.Pastikan juga korang bancuh tepung dengan air secukupnya sebab kalau doh agak keras nanti bila dibentuk bebola akan ada rekahan so boleh jadi kuih akan merekah/meletup time digoreng.

Selepas bubuh inti kelapa gula merah pastikan gesek betul-betul bebola tu dan jangan ada nampak rekahan.Celupkan bebola ke dalam air kemudian sadur dengan bijan.Gesek lagi dekat tapak tangan sehingga bijan betul-betul melekat.Sebelum digoreng sebaiknya rehatkan bebola dalm peti sejuk selama 30-60 minit.Ini part paling penting ni,time korang nak goreng kuih,letak kuali atas dapur,tuangkan minyak secukupnya (goreng kuih mesti tenggelam jadi kena guna banyak minyak) buka api kecik dan masukkan juga bebola tadi,tak perlu tunggu minyak panas baru nak bubuh bebola memang meletop la jadinya.Korang goreng bebola dengan api kecil sahaja lebih kurang 10 minit.Kacau perlahan-lahan sehingga masak time korang goreng kuih bom.Setelah masak angkat dan toskan minyak.Selamat mencuba.



KUIH BOM INTI KELAPA GULA MERAH
Resepi by : Rahel Blogspot

Bahan-bahan (inti kelapa)
225gram kelapa parut putih
120gram gula merah (gula Indon)
1/4 sudu teh garam
5 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Cara memasak inti kelapa:
Gula merah,air dimasak hingga gula larut kemudian ditapis.Masukkan semula ke dalam periuk air gula,kelapa parut,garam.Masak dengan api kecil sehingga air agak surut.Tambahkan tepung gandum.Teruskan masak sambil digaul hingga sebati dan pekat.Tutup api dan sejukkan.Setelah sejuk timbang 9gram setiap satu dan bulatkan supaya senang nak guna nanti untuk buat kuih bom.


Bahan-bahan untuk doh/kulit:
200gram tepung pulut
50gram tepung gandum
20gram gula pasir
2gram garam halus
184gram air

60gram bijan
Air untuk celup bebola

Cara membuat:
Satukan semua bahan kering dalam basin.Tuang air perlahan sambil diuli sehingga menjadi doh.Bahagikan doh kepada 16 bebola (28gram setiap satu) Bubuh inti kelapa gula merah.Bulatkan kembali.Celupkan bebola ke dalam air kemudian sadur dengan bijan.Sediakan kuali untuk menggoreng.Masukkan minyak secukupnya.Buka api kecil ja dan terus masukkan bebola tadi.Goreng dengan api kecil selama lebih kurang 10 minit sahaja.Setelah masak angkat dan toskan minyak.Siap.



Dah cuba jangan lupa share dekat fb Rahel Home Made.Thanks.