Jumaat, 22 Julai 2022

Apam Pandan Resepi Mudah dan Sedap

Setiap kali jika kita mahu membuat kuih muih pastinya kita cari resepi yang ringkas sahaja tapi sedap.Jumpa resepi apam dekat facebook ari tu so cepat2 kita ambil resepinya.Kita suka mencuba pelbagai resepi apam,tapi kadang tak ambil gambar.Dalam banyak2 resepi ni salah satu resepi apam yang betul2 mudah tapi sedap.Kali ni saya buat dalam acuan besar sebab malas nak guna acuan kecil.Ok la,korang yang suka makan apam bolehlah mencuba resepi ini.Dijamin tak menyesal.


 

APAM PANDAN

Resepi by:Siti Hadirah


Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

2 cawan air suam

1 cawan gula (boleh kurangkan)

1 paket yis mauripan

2 sudu teh pandan emulco


Cara membuat:

1. Campur semua ke dalam bekas kacau sebati.


2. Perapkan adunan lebih kurang 1 jam dalam keadaan bertutup.


3. Sapu sedikit minyak pada acuan/loyang. Tuang adunan (adunan jangan dikacau).


4. Kukus selama 15 minit. Kalau yang nak guna loyang kukus selama 1 jam atau sehingga apam masak.


Nota:Jika guna loyang besar sila tambahkan masa utk mengukus



Selamat mencuba.

Selasa, 19 Julai 2022

Nasi Mandy Ikan Baulu

Salam semua.Semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik saja.Hari ni Rahel hidang nasi mandy dengan ikan baulu/ikan susu.Selalunya nasi arab ni dihidang dengan ayam or daging kan? tapi kenapa Rahel hidang nasi mandy dengan ikan pulak? Sebenarnya Rahel rindu Nasi Mandy Ikan Baulu di salah satu restoran di Kota Kinabalu.Restoran tersebut ada pelbagai hidangan yang sedap.Boleh dikata Rahel selalu pergi restoran tersebut makan,kalau malas keluar rumah Rahel order melalui grab sahaja.Nasi Mandy Ikan Baulu adalah salah satu menu febret Rahel.

Memandangkan Rahel skarang duduk Tawau dan jauh pulak kalau mahu pergi Kota Kinabalu makan Nasi Mandy Ikan Baulu,jadinya Rahel usaha la sikit ke google mencari resepi nasi mandy dan resepi dalam blog Lina Pg tu menarik so Rahel ambil resepi untuk membuat stok ayam dan masak nasi.Hasilnya memang berbaloi dan sangat puas hati.

Untuk resepi ikan Baulu pulak memang Rahel tak siapkan sebab simple saja bah.Korang boleh goreng saja ikan baulu tu macam biasa kalau korang goreng ikan di rumah.Rahel perasakan ikan dengan garam,serbuk kunyit dan sedikit perahan limau/asam jawa kemudian goreng.Oh ya,kena ingat juga ya,buang tulang ikan terlebih dahulu sebelum bubuh perasa supaya senang makan.Untuk hidangan pelengkap Rahel masak sayur bayam masak lemak,tempeh goreng & sambal dabu2 (cili padi+tomato potong kiub+perahan limau+garam+gula secukup rasa)


 


RESEPI NASI ARAB MANDY


By: LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)



Bahan-Bahan A (Untuk Stok Ayam)


1 ekor ayam potong 12 (cuci bersih)


1 sb Ketumbar Biji


1 sb Lada Hitam Biji


1 sb Jintan Manis Biji


1 sb Jintan Putih Biji


1 labu bawang putih (cuci bersih dan ketuk-xperlu kupas kulit)


2 inci halia (ketuk)


2 labu bawang besar (belah empat)


3 helai Daun Bay


Rempah 4 sekawan (Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Pelaga, Bunga Lawang)


7 cawan air (atau secukupnya)


1 sk garam


Cara-Cara:


Satukan semua bahan A ke dalam periuk, masak hingga ayam empuk.


Angkat ayam ke dalam bekas lain.


Tapiskan stock ayam ke dalam bekas berasingan.Buangkan segala rempah rebusan tadi (Hanya air rebusan rebusan sahaja digunakan untuk masak nasi)Ayam akan dipanggang kemudian



Bahan-Bahan B (Untuk Nasi)


6 cawan beras basmati (cuci bersih dan rendam selama 1 jam)kemudian toskan


7  cawan air rebusan ayam (kalau air rebusan tak cukup, tambah air biasa)


1/2 cawan susu cair


50g butter/minyak untuk menumis


Rempah 4 sekawan


2 helai Daun Pandan simpul


1 Kiub ayam


1/2 sk serbuk kunyit.


Pewarna kuning


Sedikit daun pudina (Rahel bubuh daun seleri)


Cara-Cara:


Panaskan periuk, cairkan butter.Tumis rempah 4 beradik dan daun pandan hingga wangi.


Masukkan air rebusan, susu cair, kiub ayam dan serbuk kunyit


Masukkan beras basmati.Kacau sekata.Tunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekala)


Bila nasi kering, titiskan pewarna kuning di beberapa tempat.


Kecilka api, tunggu hingga nasi masak sepenuhnya.


Setelah nasi masak, gemburkan nasi menggunakan garfu sambil masukkan daun pudina (daun pudina akan membangkitkan aroma nasi.


Dah siap..Boleh dihidang



Selamat mencuba.


 

Ahad, 17 Julai 2022

Sambal Sardin Simple dan Sedap

Salam semua.Ini petang kita hidang Sambal sardin dengan ubikayu rebus.Semalam pi pasar jadi terbeli ubikayu sebab lama da rasanya tidak makan ubikayu rebus.Sebelum ke pasar basah kita ada singgah juga di supermarket,time pusing-pusing dalam supermarket mata terpandang sardin,jadi kita capailah setin sardin sebab teringat sambal sardin yang kita masak time hari raya puasa hari tu.Korang masih ingat kan pengumuman raya yang tiba2 tu semua jadi kelam kabut dibuatnya.Hari raya pertama time tu saya dapat masak sambal sardin dengan pulut kuning sahaja.Tak sangka pulak sambal sardin ngam dimakan dengan pulut kuning.

Sebenarnya kita orang plan mau balik kota kinabalu 02.Mei.2022 tu sebab kononnya hari raya jatuh pada 03.Mei.2022,kita pun sudah kemas-kemas semua apa yang patut dibawa pulang,semua biskut raya yang ditempah oleh customer da siap diambil dan dihantar so tak sangka pulak tiba² pengumuman hari raya jatuh pada 02.Mei.Terus hilang mood dibuatnya sebab kita takda beli apa2 untuk masak2 di Tawau.Mujurlah masih ada stock sardin dan sedikit beras pulut so itulah yang dijadikan menu raya pertama.Jadi kita layankan aje la sambal sardin ni dengan ubikayi rebus.


Sambal Sardin

Resepi by :Rahel Blogspot


Bahan-bahan:

1 tin besar (425gram) sardin,dibuang tulangnya

Satu genggam cili padi,ditumbuk halus

2 biji bawang merah,dicincang

3 ulas bawang putih,dicincang

1/2 sudu makan gula pasir

Garam secukupnya


Cara memasak:

1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang putih,bawang merah hingga wangi.Masukkan cili tumbuk,kacau sebentar.


2.Masukkan sardin dengan sosnya.Kacau sehingga naik minyak.Perasakan dengan gula dan garam.Kacau sebentar.Siap.


Sambal sardin + Ubikayu rebus.