Rabu, 16 Februari 2022

Biskut Bunga Cinta Sedap dan Cair dalam Mulut

Sebelum masuk bulan puasa sempatkan diri mencuba pelbagai resepi biskut raya.Ini adalah biskut kegemaran saya sebab ianya ringan dan terus cair dalam mulut.Kalau hidang biskut yang satu ini depan saya confirm cepat clear.Dulu² sebelum aktif ambil tempahan biskut raya,biskut ini memang selalu saya buat.Makan satu memang tak puas.Korang kalau rajin boleh buat biskut ini,tak perlu tunggu raya pun.Kalau malas tapi teringin,korang boleh order ja dengan saya.Harga sesuai dengan bahan2 yang digunakan.1 bekas (58pcs) kujual RM33.00 (wasap 012 801 5195) area Tawau,kalau untuk ke lain tempat boleh kirim ikut bas.Senang kan?



BISKUT BUNGA CINTA

Resepi by:Chef Zubaidah Che Pa


Bahan-bahan:(Anggaran 80pcs)

200g mentega

200g tepung ubi

100g tepung jagung

100g tepung gandum

80g gula icing

1 biji kuning telur

1/2 tsp esen vanila

50g kelapa kering~kisar halus


Hiasan:Kiub ceri merah


Cara-cara:

1.Sebatikan mentega,kuning telur dan esen vanila.

2.Masukkan pula tepung ubi,tepung jagung,tepung gandum,gula icing dan kelapa kering dan uli rata.

3.Gunakan acuan semperit bunga dan paipkan di atas dulang yang dialas kertas.Hiaskan dengan ceri merah.

4.Panaskan ketuhar.Bakar pada suhu 160°C selama 40 minit atau sehingga masak.


Nota:

Nampak gayanya 200gram butter tak cukup jadi Rahel tambahkan lagi 50g butter supaya adunan elok.Saya canai dan terap biskut tapi kalau korang rajin,guna la acuan samperit bunga.


Selamat mencuba.

Rabu, 9 Februari 2022

Tart Chocolate Cadbury Untuk Penggemar Coklat

Selalu ada yang whatsapp tanya ada resepi barukah untuk raya tahun ini? Serba salah mahu jawab sebab teringat kes kobit semakin meningkat,jadi mood pun macam ke laut sikit.Time kita semangat plan itu ini mahu buat biskut raya tiba² macam ada bau² pkp.

Saya tengok ada yang da start buat biskut raya.Ada juga yang baru start mencari or pilih resepi biskut.Nampak gayanya beraya sendiri² lagi ni di rumah kalau ada pkp.Harap²lah kes kobit menurun sebelum hari raya.Kepada yang tengah semangat mencari resepi,dipersilakan mencuba resepi Tart Chocolate Cadbury ini.Semoga anda suka.


TART CHOCOLATE CADBURY

Resepi by : Rahel Blogspot


Bahan-bahan:(anggaran 48pcs tat)

125gram Butter

15g Susu pekat manis

1 biji kuning telur B

1/2 sudu teh chocolate Emulco

150gram Tepung gandum Cap Ros Merah

15gram Tepung jagung

5gram serbuk koko


Inti:

Chocolate Cadbury Dairy Milk secukupnya


Cara membuat:klik video πŸ‘‰ πŸŽž

1.Satukan butter,susu pekat dan telur,kacau rata.

2.Masukkan choc emulco,kacau rata.

3.Masukkan tepung jagung,serbuk koko,kacau rata.Kemudian masukkan tepung gandum.Gaul sebati hingga jadi doh.

4.Masukkan doh ke dalam acuan tart,tekan memanjang,bubuh sebiji coklat,gulung kemas.Susun atas tray.

5.Bakar tart dalam oven pada suhu 160°C selama 35-40 minit.

6.Setelah tart masak,keluarkan dari oven.Biarkan tart sejuk.Simpan dalam bekaa kedap udara.

Nota: Anda boleh menghias tart dengan white coklat atau sapu permukaan tart dengan kuning telur sebelum bakar.


Terima kasih sudi singgah.Jangan lupa share.

Isnin, 7 Februari 2022

Mee Hoon Sup Ayam Simple Dan Sedap

Salam😊 Semoga sentiasa sihat,ceria dan bahagia bersama orang yang disayang.Hari ini kira datang rajin sikit untuk siapkan mee hoon sup.Saya selalu buat sup yang simple sahaja,tak pakai banyak bahan,guna apa yang ada sahaja,tapi tetap puas hati makan.So apa yang saya share kali ini memang betul² ringkas sahaja,tapi jangan risau,tetap siok hirup sup ayam ni.



Mee Hoon Sup Ayam Simple dan Sedap
By Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon,direndam sehingga lembut
3 bahagian paha ayam

Bahan untuk ditumbuk/kisar:
5 ulas bawang putih}
5 ulas bawang merah}
4cm lengkuas}~~~~ditumbuk/kisar
4cm halia}
3cm.kunyit hidup}
2 batang serai,diketuk
2 sudu kecil serbuk ketumbar
5 Lembar daun salam/daun bay
1 kiub pati ayam maggi
3 keping asam gelugur(asam keping)
1/2 sudu makan gula
4-5 sudu kecil garam
3 Liter air

Pelengkap:
Telur direbus,buang kulit dan belah dua
Bawang merah,hiris nipis,digoreng
Daun sup dipotong halus

Caranya:

1.Panaskan sedikit minyak dalam periuk,tumis bahan tumbuk/kisar  dan ketumbar hingga wangi.

2.Masukkan ayam,serai,daun salam/daun bay dan asam gelugur.Tumis sebentar.Masukkan air.Masak hingga ayam empuk.Perasakan dengan gula,garam dan kiub pati ayam maggi.

3.Setelah ayam empuk,tutup api,angkat ayam kemudian toskan airnya.

4.Panaskan minyak dalam kuali,goreng ayam sebentar sahaja anggaran 3 minit.Angkat dan toskan minyak.Biarkan suam kemudian pisahkan tulang dengan isi ayam.

5.Ambil mangkuk,bubuh mee hoon,isi ayam,bawang goreng,telur rebus,daun sup.Kemudian jirus dengan sup ayam tadi.Siap untuk dinikmati.

Dalam resepi saya tak sertakan resepi sambal sebab saya guna sambal ready made ja.Jika suka masam boleh perah limau kasturi tapi saya tak bubuh limau sebab dalam sup da ada asam gelugur.



Selamat mencuba.