Isnin, 15 November 2021

Carrot Walnut Cake

Sekali skala layan tekak yang teringin sangat makan kek carrot,maka terbuatlah kek yang sangat moist dan sedap.Hasil google sana sini maka terjumpalah resepi yang betul-betul serasi dengan selera saya.Saya suka kek carrot yang ada letak rempah dan kekacang,kalau takda rempah dan kekacang macam tak berapa siok la rasa kek tu.


Okla,pada yang teringin mencuba resepi carrot kek yang ni korang boleh tengok resepinya di link ni 👉 FRESH APRIL FLOUR maaf sebab saya tak rajin menaip resepi panjang berjela² 🤣 so kita bagi link ja.


 Terima kasih sudi singgah selalu💋

Rabu, 10 November 2021

Sagu Bronok

Ini pertama kali saya buat sagu bronok,biasanya saya beli ja di luar jika teringin makan.Walaupun banyak resepi sedap-sedap di google tapi saya tetap memilih untuk mencuba resepi yang ada dalam buku resepi.Lama juga resepi tu terperap.Syukur sangat2 hasilnya memuaskan.Sangat sedap.


 

SAGU BRONOK

Sumber Resepi :Kuih Melayu


Bahan-bahan:

275gram sagu-basuh dan tos

375gram gula (saya bubuh 300gram sahaja)

125gram kelapa parut-ambil yg putih sahaja

2 Liter air

3 sudu makan pewarna merah (sy buh 2 st sahaja)


Cara membuat:

1.Didihkan air di dalam periuk.Masukkan pewarna merah dan gula.Kacau sehingga gula larut.

2.Kemudian masukkan sagu.Kacau tanpa berhenti sehingga likat.(ambil masa 30 -40 minit)

3.Angkat dan masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan.Sejukkan dan potong.

4.Gaul dengan kelapa parut dan hidang.

Saya bubuh 2 sudu teh esen vanila ke dalam adunan supaya wangi.


Selamat mencuba.