Khamis, 28 Oktober 2021

Serunding Pucuk Ubi Kayu

Skarang ramai yang suka masak pucuk ubikayu.Paling viral sambal pucuk ubikayu sampai ada sudah yang jual sambal pucuk ubi di shopee.Kelas kau pucuk ubikayu.Saya pun peminat pucuk ubikayu tapi selalu masak lemak ja or rebus ja dan cicah dengan sambal cili.Hari ni saya masak pucuk ubi versi selera saya gitew.Buat serunding pucuk ubikayu.Sedapnya tabur atas nasi,boleh bertambah²πŸ€£πŸ€£πŸ€£


 

SERUNDING PUCUK UBI KAYU

Resepi by:Rahel Blogspot


Bahan-bahan:

1 ikat pucuk ubikayu,cuci bersih,kemudian potong halus2

300g ikan tongkol}

2 keping asam keping}

4 cawan air }

1/2 sudu teh serbuk kunyit}

1 sudu makan serbuk ketumbar

1 sudu kecil serbuk jintan 

1/2 sudu teh serbuk kunyit

150gram kelapa parut putih

3 lembar daun limau purut

1 sudu makan gula

Garam secukup rasa


Bahan dikisar:

6 tangkai cili kering,rendam dan buang bijinya

3 batang serai ambil putihnya saja,dihiris

3 biji bawang merah,dihiris

3 biji bawang putih,dihiris

2 inci lengkuas,dihiris


Cara memasak:

1.Rebus ikan,asam keping,air dan serbuk kunyit sehingga masak.Setelah itu buangkan tulang ikan dan ambil isinya sahaja.

2.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali,tumis bahan kisar,serbuk ketumbar,serbuk jintan dan serbuk kunyit sehingga wangi.Masukkan 3 cawan air rebusan ikan tadi.Biar mendidih.

3.Masukkan daun limau purut dan isi ikan,kelapa parut,tumis sebentar kemudian masukkan pucuk ubikayu yang sudah dipotong halus.Teruskan memasak sehingga airnya surut.

4.Setelah airnya agak surut perasakan dengan gula dan garam.Teruskan masak sehingga kering.




Selasa, 26 Oktober 2021

Sweet And Sour Chicken

Salam semua.Baru ada masa nak taip resepi walaupun tak seberapa sibuk.Kali ini daku masak ayam masam manis,mesti ramai peminat ayam manis kan? Lain orang lain resepinya,masak ikut selera masing-masing.Jadinya kita tulis pulak resepi sesuai selera kita.Pada yang minat ayam masam manis dipersilahkan mencuba.


SWEET AND SOUR CHICKEN

Resepi by:Rahel Blogspot


Bahan-bahan:

1 bahagian paha ayam,buang tulang,potong kecil2

1/4 sudu teh serbuk lada hitam

Secubit garam

*Perap bahan di atas


Adunan tepung untuk celup ayam:(bancuh)

1/2 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung ubikayu

1/4 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh garam

1/4 sudu teh serbuk kunyit

100ml air

1 sudu besar minyak masak


Bahan pelengkap:

2 ulas bawang putih,dicincang halus

Sedikit  nenas,dipotong kecil2

Separuh timun,dipotong kecil

Satu tangkai cili merah,dipotong kecil2

Separuh bawang besar(bawang kuning),dipotong2


Sos masam manis:(satukan)

2 sudu besar sos tomato

4 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos plum

1 sudu besar gula,kurangkan jika tak suka manis

5 sudu besar air


Cara memasak:

1.Panaskan minyak secukupnya.Celup potongan2 ayam ke dalam bancuhan tepung.Goreng sehingga kekuningan.Angkat dan toskan.

2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang putih hingga wangi.Masukkan semua bahan pelengkap,tumis sebentar hingga layu.Angkat dan ketepikan.

3.Masukkan semua bahan sos masam manis ke dalam.kuali,masak dengan api perlahan sehingga berbuih dan pekat.Masukkan ayam goreng tepung tadi.Kacau rata.Masukkan bahan pelengkap (sayuran) yang sudah ditumis tadi.Kacau rata.Tutup api.Siap.

4.Taburkan sedikit bijan jika suka.



Rabu, 20 Oktober 2021

Kerepek Peria

Punya la siok hadap kerepek peria ni macam susah mau stop mengunyah.Pertama kali makan peria crispy beberapa tahun yang lalu di restoran india,kemudian ada satu lagi restoran seafood tu di kk,dia ada jual juga kerepek peria bersalut telur masin,gila punya sedap sampai teringat² terus bah.

Resepi kerepek peria Chef Zubaidah ni memang rangup juga,paling sedap makan lepas baru goreng.Sesiapa yang rajin bolehlah mencuba ya,tapi air untuk batter tu korang kena tambahkan lagi sampai elok cairnya macam kita nak goreng pisang tu.Sekiranya korang dah tergoreng banyak pastu ada rasa2 lemau,korang jangan risau,panaskan ja minyak dalam kuali kemudian goreng balik kerepek peria tu,confirm krispy and tahan lama.Goreng kejap ja tau.Tu ja petua dari makcik.


 

KEREPEK PERIA


Sumber : 101 Resepi Kudapan

Resepi by :Chef Zubaidah Che Pa


Bahan A:

1 kg Peria katak (me guna yg biasa ja)


Bahan B:

150gram tepung gandum

500gram tepung beras

1 sudu teh garam

150gram tepung ubi

2 sudu besar serbuk pati ayam

2 biji telur 

2 sudu besar gula

10 ulas bawang putih,dikisar

1 sudu besar ketumbar,dikisar

1 sudu teh jintan manis,dikisar

600gram air (me tambah lagi sikit air)


Cara membuat:

1.Basuh peria.Sagat atau potong peria nipis.Buangkan biji.

2.Rendam dalam air bersama 1 sudu besar garam untuk menghilangkan rasa pahit.

3.Toskan dan lapkan peria untuk mengeringkannya.

4.Campurkan semua bahan-bahan B dan sebatikan.

5.Masukkan peria dan gaul.

6.Panaskan minyak di dalam periuk dan goreng peria sehingga keperangan.




Selamat mencuba.

Jumaat, 15 Oktober 2021

Sandwich Tuna Cheese

Resepi yang simple menjadi pilihan untuk bersarapan pagi tadi.Pada yang minat makan sandwich bolehlah cuba resepi ini.Pejam² mata pun boleh buat.Kalau ada roti tawar di rumah memang senang sikit kerja,macam-macam boleh dibuat.Bayangkan kalau kita pegi cafe or restaurant duduk² makan sandwich boleh melayang berapa ringgit untuk 1 set sandwich.


SANDWICH TUNA CHEESE

Resepi by :Rahel Blogspot 


Bahan-bahan:

8 keping roti tawar

1 tin kecil Tuna Mayonnaise Ayam Brand

4 keping cheese 

1 sachet mayonaise

2 buah tomato,dihiris nipis

4 lembar daun salad

1 sudu teh serbuk lada hitam

1 sudu kecil gula

Secubit garam


Cara penyediaan:


1.Satukan tuna,mayonis,garam,gula dan lada hitam.

2.Bubuh tuna mayonis ke atas roti,letak 1 lembar daun salad diikuti 2 hirisan tomato dan last sapukan lagi tuna mayonis ke satu keping roti,bubuh 1 keping cheese kemudian telangkupkan ke atas roti pertama tadi πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

-roti

-tuna mayonis

-daun salad

-hirisan tomato

-cheese

-tuna mayonis

-roti tawar 




 Selamat mencubaπŸ’‹ 

Selasa, 5 Oktober 2021

ROTI PISANG YANG SEDAP

Salam semua.Hari ni daku share cara² untuk habiskan cepat roti tawar dan juga pisang yang sudah masak.Kita buat roti pisang pastu hidang dengan sos coklat.Paduuuuu.


ROTI PISANG

Resepi by Rahel Blogspot 


Bahan-bahan:

5 buah pisang saba yang suda masak,dilenyek 

1 sudu besar gula perang

Secubit garam

30g butter/marjerin

1/4 sudu teh serbuk kayu manis

6 keping roti tawar,dicanai sampai nipis


Caranya:

1.Sebatikan pisang,gula,serbuk kayu manis & garam.

2.Panaskan butter/marjerin dalam non-stick pan.Masukkan campuran pisang.Masak campuran pisang ini sampai pekat lebih kurang 5-7 minit.

3.Ambil roti yang sudah dicanai tadi,sapukan inti pisang di atas roti,kemudian gulung ketat2.

4.Panaskan minyak secukupnya di kuali.Goreng Roti gulung pisang sehingga keperangan selama lebih kurang 2 minit.Angkat dan toskan.

5.Hidangkan bersama coklat ganache atau topping kesukaan anda.


COKLAT GANACHE

100g dark chocolate,potong nipis

100g whipping cream


Panaskan air dalam periuk kecik,bila air dah mendidih tuup api.Letak mangkuk berisi coklat dan whip cream di atas periuk.Kacau sehingga semua larut dan sebati.Siap untuk curah atas roti pisang.Tabur dengan kekcang or cheese or choc rice.Siap.