Isnin, 15 November 2021

Carrot Walnut Cake

Sekali skala layan tekak yang teringin sangat makan kek carrot,maka terbuatlah kek yang sangat moist dan sedap.Hasil google sana sini maka terjumpalah resepi yang betul-betul serasi dengan selera saya.Saya suka kek carrot yang ada letak rempah dan kekacang,kalau takda rempah dan kekacang macam tak berapa siok la rasa kek tu.


Okla,pada yang teringin mencuba resepi carrot kek yang ni korang boleh tengok resepinya di link ni πŸ‘‰ FRESH APRIL FLOUR maaf sebab saya tak rajin menaip resepi panjang berjela² 🀣 so kita bagi link ja.


 Terima kasih sudi singgah selaluπŸ’‹

Rabu, 10 November 2021

Sagu Bronok

Ini pertama kali saya buat sagu bronok,biasanya saya beli ja di luar jika teringin makan.Walaupun banyak resepi sedap-sedap di google tapi saya tetap memilih untuk mencuba resepi yang ada dalam buku resepi.Lama juga resepi tu terperap.Syukur sangat2 hasilnya memuaskan.Sangat sedap.


 

SAGU BRONOK

Sumber Resepi :Kuih Melayu


Bahan-bahan:

275gram sagu-basuh dan tos

375gram gula (saya bubuh 300gram sahaja)

125gram kelapa parut-ambil yg putih sahaja

2 Liter air

3 sudu makan pewarna merah (sy buh 2 st sahaja)


Cara membuat:

1.Didihkan air di dalam periuk.Masukkan pewarna merah dan gula.Kacau sehingga gula larut.

2.Kemudian masukkan sagu.Kacau tanpa berhenti sehingga likat.(ambil masa 30 -40 minit)

3.Angkat dan masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan.Sejukkan dan potong.

4.Gaul dengan kelapa parut dan hidang.

Saya bubuh 2 sudu teh esen vanila ke dalam adunan supaya wangi.


Selamat mencuba.

Khamis, 28 Oktober 2021

Serunding Pucuk Ubi Kayu

Skarang ramai yang suka masak pucuk ubikayu.Paling viral sambal pucuk ubikayu sampai ada sudah yang jual sambal pucuk ubi di shopee.Kelas kau pucuk ubikayu.Saya pun peminat pucuk ubikayu tapi selalu masak lemak ja or rebus ja dan cicah dengan sambal cili.Hari ni saya masak pucuk ubi versi selera saya gitew.Buat serunding pucuk ubikayu.Sedapnya tabur atas nasi,boleh bertambah²πŸ€£πŸ€£πŸ€£


 

SERUNDING PUCUK UBI KAYU

Resepi by:Rahel Blogspot


Bahan-bahan:

1 ikat pucuk ubikayu,cuci bersih,kemudian potong halus2

300g ikan tongkol}

2 keping asam keping}

4 cawan air }

1/2 sudu teh serbuk kunyit}

1 sudu makan serbuk ketumbar

1 sudu kecil serbuk jintan 

1/2 sudu teh serbuk kunyit

150gram kelapa parut putih

3 lembar daun limau purut

1 sudu makan gula

Garam secukup rasa


Bahan dikisar:

6 tangkai cili kering,rendam dan buang bijinya

3 batang serai ambil putihnya saja,dihiris

3 biji bawang merah,dihiris

3 biji bawang putih,dihiris

2 inci lengkuas,dihiris


Cara memasak:

1.Rebus ikan,asam keping,air dan serbuk kunyit sehingga masak.Setelah itu buangkan tulang ikan dan ambil isinya sahaja.

2.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali,tumis bahan kisar,serbuk ketumbar,serbuk jintan dan serbuk kunyit sehingga wangi.Masukkan 3 cawan air rebusan ikan tadi.Biar mendidih.

3.Masukkan daun limau purut dan isi ikan,kelapa parut,tumis sebentar kemudian masukkan pucuk ubikayu yang sudah dipotong halus.Teruskan memasak sehingga airnya surut.

4.Setelah airnya agak surut perasakan dengan gula dan garam.Teruskan masak sehingga kering.




Selasa, 26 Oktober 2021

Sweet And Sour Chicken

Salam semua.Baru ada masa nak taip resepi walaupun tak seberapa sibuk.Kali ini daku masak ayam masam manis,mesti ramai peminat ayam manis kan? Lain orang lain resepinya,masak ikut selera masing-masing.Jadinya kita tulis pulak resepi sesuai selera kita.Pada yang minat ayam masam manis dipersilahkan mencuba.


SWEET AND SOUR CHICKEN

Resepi by:Rahel Blogspot


Bahan-bahan:

1 bahagian paha ayam,buang tulang,potong kecil2

1/4 sudu teh serbuk lada hitam

Secubit garam

*Perap bahan di atas


Adunan tepung untuk celup ayam:(bancuh)

1/2 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung ubikayu

1/4 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh garam

1/4 sudu teh serbuk kunyit

100ml air

1 sudu besar minyak masak


Bahan pelengkap:

2 ulas bawang putih,dicincang halus

Sedikit  nenas,dipotong kecil2

Separuh timun,dipotong kecil

Satu tangkai cili merah,dipotong kecil2

Separuh bawang besar(bawang kuning),dipotong2


Sos masam manis:(satukan)

2 sudu besar sos tomato

4 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos plum

1 sudu besar gula,kurangkan jika tak suka manis

5 sudu besar air


Cara memasak:

1.Panaskan minyak secukupnya.Celup potongan2 ayam ke dalam bancuhan tepung.Goreng sehingga kekuningan.Angkat dan toskan.

2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang putih hingga wangi.Masukkan semua bahan pelengkap,tumis sebentar hingga layu.Angkat dan ketepikan.

3.Masukkan semua bahan sos masam manis ke dalam.kuali,masak dengan api perlahan sehingga berbuih dan pekat.Masukkan ayam goreng tepung tadi.Kacau rata.Masukkan bahan pelengkap (sayuran) yang sudah ditumis tadi.Kacau rata.Tutup api.Siap.

4.Taburkan sedikit bijan jika suka.



Rabu, 20 Oktober 2021

Kerepek Peria

Punya la siok hadap kerepek peria ni macam susah mau stop mengunyah.Pertama kali makan peria crispy beberapa tahun yang lalu di restoran india,kemudian ada satu lagi restoran seafood tu di kk,dia ada jual juga kerepek peria bersalut telur masin,gila punya sedap sampai teringat² terus bah.

Resepi kerepek peria Chef Zubaidah ni memang rangup juga,paling sedap makan lepas baru goreng.Sesiapa yang rajin bolehlah mencuba ya,tapi air untuk batter tu korang kena tambahkan lagi sampai elok cairnya macam kita nak goreng pisang tu.Sekiranya korang dah tergoreng banyak pastu ada rasa2 lemau,korang jangan risau,panaskan ja minyak dalam kuali kemudian goreng balik kerepek peria tu,confirm krispy and tahan lama.Goreng kejap ja tau.Tu ja petua dari makcik.


 

KEREPEK PERIA


Sumber : 101 Resepi Kudapan

Resepi by :Chef Zubaidah Che Pa


Bahan A:

1 kg Peria katak (me guna yg biasa ja)


Bahan B:

150gram tepung gandum

500gram tepung beras

1 sudu teh garam

150gram tepung ubi

2 sudu besar serbuk pati ayam

2 biji telur 

2 sudu besar gula

10 ulas bawang putih,dikisar

1 sudu besar ketumbar,dikisar

1 sudu teh jintan manis,dikisar

600gram air (me tambah lagi sikit air)


Cara membuat:

1.Basuh peria.Sagat atau potong peria nipis.Buangkan biji.

2.Rendam dalam air bersama 1 sudu besar garam untuk menghilangkan rasa pahit.

3.Toskan dan lapkan peria untuk mengeringkannya.

4.Campurkan semua bahan-bahan B dan sebatikan.

5.Masukkan peria dan gaul.

6.Panaskan minyak di dalam periuk dan goreng peria sehingga keperangan.




Selamat mencuba.

Jumaat, 15 Oktober 2021

Sandwich Tuna Cheese

Resepi yang simple menjadi pilihan untuk bersarapan pagi tadi.Pada yang minat makan sandwich bolehlah cuba resepi ini.Pejam² mata pun boleh buat.Kalau ada roti tawar di rumah memang senang sikit kerja,macam-macam boleh dibuat.Bayangkan kalau kita pegi cafe or restaurant duduk² makan sandwich boleh melayang berapa ringgit untuk 1 set sandwich.


SANDWICH TUNA CHEESE

Resepi by :Rahel Blogspot 


Bahan-bahan:

8 keping roti tawar

1 tin kecil Tuna Mayonnaise Ayam Brand

4 keping cheese 

1 sachet mayonaise

2 buah tomato,dihiris nipis

4 lembar daun salad

1 sudu teh serbuk lada hitam

1 sudu kecil gula

Secubit garam


Cara penyediaan:


1.Satukan tuna,mayonis,garam,gula dan lada hitam.

2.Bubuh tuna mayonis ke atas roti,letak 1 lembar daun salad diikuti 2 hirisan tomato dan last sapukan lagi tuna mayonis ke satu keping roti,bubuh 1 keping cheese kemudian telangkupkan ke atas roti pertama tadi πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

-roti

-tuna mayonis

-daun salad

-hirisan tomato

-cheese

-tuna mayonis

-roti tawar 




 Selamat mencubaπŸ’‹ 

Selasa, 5 Oktober 2021

ROTI PISANG YANG SEDAP

Salam semua.Hari ni daku share cara² untuk habiskan cepat roti tawar dan juga pisang yang sudah masak.Kita buat roti pisang pastu hidang dengan sos coklat.Paduuuuu.


ROTI PISANG

Resepi by Rahel Blogspot 


Bahan-bahan:

5 buah pisang saba yang suda masak,dilenyek 

1 sudu besar gula perang

Secubit garam

30g butter/marjerin

1/4 sudu teh serbuk kayu manis

6 keping roti tawar,dicanai sampai nipis


Caranya:

1.Sebatikan pisang,gula,serbuk kayu manis & garam.

2.Panaskan butter/marjerin dalam non-stick pan.Masukkan campuran pisang.Masak campuran pisang ini sampai pekat lebih kurang 5-7 minit.

3.Ambil roti yang sudah dicanai tadi,sapukan inti pisang di atas roti,kemudian gulung ketat2.

4.Panaskan minyak secukupnya di kuali.Goreng Roti gulung pisang sehingga keperangan selama lebih kurang 2 minit.Angkat dan toskan.

5.Hidangkan bersama coklat ganache atau topping kesukaan anda.


COKLAT GANACHE

100g dark chocolate,potong nipis

100g whipping cream


Panaskan air dalam periuk kecik,bila air dah mendidih tuup api.Letak mangkuk berisi coklat dan whip cream di atas periuk.Kacau sehingga semua larut dan sebati.Siap untuk curah atas roti pisang.Tabur dengan kekcang or cheese or choc rice.Siap.






Ahad, 5 September 2021

Sambal Kering Suhun

Salam.Apa kabar semua? Berapa hari ni hujan turun tak henti2 di Kota Kinabalu ,so ada banjir kilat di beberapa kawasan.Paling sedih ada dihanyutkan air.Hujan-hujan pun perut kena isi juga,jadinya kita masaklah lauk yang simple,boleh buat kudapan or hidangkan bersama lauk2 lain.Kalau ada ikan bilis pun sedap.


SAMBAL KERING SUHUN

Resepi by : Rahel Blogspot 


Bahan-bahan:

50g suhun,digoreng hingga kembang

100g kacang tanah,digoreng hingga masak

280g tempeh,dipotong halus2 kemudian digoreng garing

3 sudu makan kicap manis ABC

3 sudu makan sos cili

1 1/2 sudu makan gula pasir

Sedikit garam


Bahan kisar:

9 tangkai cili kering

2 biji bawang merah

3 biji bawang putih


Cara memasak:

1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bahan kisar hingga naik minyak.Perlahankan api.Masukkan sos cili,kicap ABC dan gula pasir.Perasakan dengan garam.Kacau hingga berbuih dan agak pekat.


2.Masukkan tempeh,kacang tanah dan suhun.Gaul hingga sebati.Siap.


Sedap dimakan begitu saja.Boleh juga dimakan bersama nasi.



Selamat mencuba.


Ahad, 22 Ogos 2021

CAKAR AYAM PEDAS

Salam.Semoga semua sihat dan ceria selalu.Menu kita kali ini ialah cakar ayam masak pedas gitu.Pada yang suka makan cakar ayam maknanya kita geng.Cakar ayam ni kita boleh pelbagaikan,masak ikut selera masing².Masak cakar ayam sampai betul² empuk baru la siok makan.


CAKAR AYAM PEDAS

Resepi by:Rahel Blogspot


Bahan-bahan:

600g kaki ayam,bersihkan


Bahan kisar:

3 biji bawang merah

3 biji bawang putih

1 inci halia

2 inci lengkuas

Segenggam cili api,boleh lebihkan jika suka pedas


1/2 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh serbuk ketumbar

3 lembar daun limau purut

Garam secukupnya

Sedikit gula pasir

1/2 sudu teh pati ayam maggi


Cara memasak:

1.Rebus kaki ayam hingga empuk.Toskan.


2.Tumis bahan kisar,serbuk kunyit,ketumbar & daun limau hingga pecah minyak.


3.Masukkan cakar ayam.Perasakan dengan garam,gula dan pati ayam maggi.Kacau rata.Siap.




Selamat mencuba.


Khamis, 19 Ogos 2021

APAM KACANG MERAH

Awal pagi lagi sudah menayang Apam Kacang Merah.Sedap rupanya kacang merah dibuat apam,resepinya kita ambil dari dapur Kak Yatie Memories.Terima kasih kak untuk resepinya,saya suka sangat.Saya buat dalam acuan lompang saiz S so dapat la 20 ketul apam sebab saya buat 1/2 ja adunan tu.



APAM KACANG MERAH

Sumber :Yatie Memories 


Bahan-bahan:

1 cawan kacang merah~sudah direbus & toskan

1 cawan gula pasir

2 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

200ml air

200ml santan kotak kara

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh yis~bancuh dg air suam dulu pun boleh

Swdikit pewarna merah 

Cara membuat:

1.Kisar kacang merah yang telah direbus bersama air.


2.Sementara itu satukan semua bahan lain dan gaul hingga sebati.


3.Masukkan sekali kacang merah kisar dan gaul sebati.Perap adunan selama 1-2 jam.


4.Sapukan acuan dengan sedikit minyak.


5.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan biarkan 5 minit barulah dikukus selama 15-20 minit menggunakan api sederhana kuat.


6.Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama kelapa parut putih.


Terima kasih sudi singgah selalu.


Selasa, 17 Ogos 2021

CEKODOK KACANG MERAH

Sedap rupanya kacang merah ni dibuat jadi cekodok,mula-mula teringin buat kuih kasturi kacang merah tapi ada bahan yang kurang jadi kita buat cekodok ja la.


 

CEKODOK KACANG MERAH

Resepi by : Rahel Blogspot 


Bahan-bahan:

1 1/2 Cawan kacang merah yg sudah direbus (empuk)

1/2 Cawan santan kara

1 biji telur A 

4 sudu besar gula kastor

1/4 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu besar minyak masak

160gram tepung gandum


Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara membuat:

1.Kisar kacang merah,santan dan telur hingga agak halus.Tuang ke dalam mangkuk.


2.Masukkan gula kastor,gaul hingga sebati.Masukkan tepung gandum,bkg powder,soda bikarbonat & minyak masak.Gaul sebati.Rehatkan bancuhan selama 10-15 minit.


3.Panaskan minyak secukupnya.Ambil sedikit adunan dan punjutkan ke dalam minyak panas.Goreng sehingga kekuningan.



Selamat mencuba.

Ahad, 8 Ogos 2021

SAMPERIT PERMINTAAN ANAKKU ALFIAN

Salam.

Sempat buatkan samperit kesukaan Alfian pada 04Ogos2021,Rabu.Hari ini baru dapat update resepi.Samperit cair dalam mulut.




BISKUT SAMPERIT IDAMAN

Resepi by Chef Zubaidah Che Pah

Sumber : Home Made Biskut


Bahan A:

200g mentega

100g gula icing,i guna 70g sahaja

1 biji kuning telur

1/4 tsp pandan paste,i guna esen vanila

1/2 tsp pewarna epal hijau,i skip


Bahan B:

250g tepung gandum

 50g tepung jagung

 30g tepung kastad

Hiasan: 

Coklat masakan putih dan manik,i bubuh cheddar cheese sagat

Cara-cara:

1.Sebatikan bahan A.

2 Kemudian masukkan bahan B dan uli rata.

3.Gunakan acuan nozel tart gulung dan paipkan.Tabur cheese.

4.Panaskan ketuhar.Bakar pada suhu 150°C selama 30 minit atau sampai kekuningan.




Isnin, 12 Julai 2021

SANDWICH GORENG INTI COKLAT

Hari ini betul² mula terasa keboringan duduk rumah berkurung berminggu-minggu sudah,entah bila berakhir.Makin hari makin naik kes kobit.Wahai cobit sila kembali ke tempat asal mu! Saya mau keluar pi kedai pun jadi malas dibuatnya.Sudahnya kita layan apa yang ada di dapur,buat cemilan yang simple² sahaja untuk sarapan.Jadi la sandwich goreng inti coklat.Sedap rupanyaπŸ˜‹πŸ‘


 SANDWICH GORENG INTI COKLAT

Resepi by Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
6 keping biskut hup seng,belah dua
Jem Coklat~saya guna jem hoko
Bread Crumbs secukupnya

1 biji telur A~dipukul sedikit}
1 1/2 sudu teh tepung gandum}~~mix

Cara membuat:
1.Sapukan jem coklat atas 1 keping biskut kemudian tutup dengan 1 keping biskut.Buat sampai habis.

2.Celup sandwich biskut ke dalam bancuhan telur,salut dengan bread crumbs,celupkan lagi ke dalam telur,kemudian salut lagi dengan bread crumb.

3.Goreng Sandwich dalam minyak yang sudah dipanaskan.Guma api kecil sahaja.Goreng sebentar sahaja sehingga masak.Angkat dan toskan minyak.Siap.

Jika tak ada jem coklat boleh guna peanut butter or nutella.

Selamat mencubaπŸ’‹



Terima kasihπŸ’‹

Ahad, 11 Julai 2021

TIRAMISU

Salam πŸ’‹

Selamat berhujung minggu semoga ceria selalu.Lama juga saya tidak makan tiramisu ni padahal salah satu dessert kesukaan.Ini kali kita ikut resepi yang simple sahaja tapi tetap creamy gitew.Kalau cakap bab tiramisu ni kena guna mascarpone baru la terasa betul sedapnya.Kadang guna cream cheese yang lain juga tapi tetap tak boleh lawan rasa mascarpone cheese..yummy banget.Oklah,selamat mencuba.


 

TIRAMISU

Resepi by :Lauren Allen

Diolah oleh:Rahel Blogspot


Bahan-bahan:

250gram Mascarpone Cheese

180gram whipping cream (dairy)

 37gram gula caster

1 st esen vanila


Sirap kopi:(mix)

1 cawan air panas

1 sudu besar nescafe

1 sudu besar gula


Biskut Lady Fingers 12 pcs

2-3 sudu besar serbuk koko


Cara membuat:

1.Putar whipping cream hingga kembang,kemudian tambahkan gula caster dan esen vanila.Putar lagi hingga sebati.Akhir sekali masukkan mascarpone cheese.Putar lagi hingga pekat.(jangan over mix)

2.Sediakan bekas/loyang,celup biskut ke dalam sirap kopi kemudian susun dalam bekas@loyang.Tuang separuh adunan mascarpone di atas biskut dan ratakan.Kemudian ulang proses macam tadi sekali lagi.Akhir sekali ayakkan serbuk koko atasnya.

3.Simpan dalam chiller selama 3-4 jam sebelum dihidangkan.



Selamat mencuba😘

Sabtu, 10 Julai 2021

RESEPI ROTI VIRAL

Salam ceria dan salam pkp fasa 2 di Sabah😊 Semoga tetap tabah dan semangat menjalani kehidupan.Kebanyakan duduk di rumah jadi banyak masa untuk selongkar resepi di sana sini.Dalam group masak² pun memang berlambak² resepi diorang share.Resepi kali ni pun kita ambil dari group masak apa hari ini,resepi viral katanya,jadi daku tak mau ketinggalan juga😁laju ja beraksiπŸ˜†



Kata tuan empunya resepi,resepi ini sesuai juga untuk buat donut,so terpulanglah pada selera masing²,janji rajin buat.Kali ini daku buat bun sahaja then tabur parutan cheddar cheese atasnya,dalam tak buh inti sebab bahan² terhadπŸ˜†


BUN VIRAL


Sumber Resepi:Group Masak Apa Hari Ini

Resepi by : Wanda Jasmi


Bahan A:

1 cawan air

1 paket yis (11gram)

3 sudu besar susu pekat manis

2 sudu besar gula

1 biji telur


Bahan B:

3 cawan tepung gandum

2 sudu besar marjerin

1 sudu teh garam


Cara membuat:

1.Rendam bahan A hingga kembang.

2.Bila dah kembang,campurkan bersama bahan B.Gaul sebati dan uli selama 30 minit sehingga betul-betul gebu.

3.Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga 2x ganda kembang.

4.Bila dah kembang,tumbuk doh perlahan² supaya angin dalam doh keluar.Uli lagi selama 5 minit.

5.Bentukkan untuk buat roti atau donut.Boleh masukkan apa² sahaja inti.

6.Selepas bentukkan,biar mengembang 2x ganda sebelum bakar.

7.Sapukan air atau fresh milk di atas roti,taburkan parutan cheddar cheese di atas roti.

8.Bakar pada suhu 160°C selama 20-30 minit.Setelah masak keluarkan dari oven.Sapukan peemukaan roti dengan marjerin@butter.



Thank youπŸ’‹