Rabu, 29 April 2020

CUCUR JAWA AKA PENYARAM

Di musim PKP ini macam-macam kuih lalu depan kita,semua menggiurkan macam melambai2 suruh kita try satu-satu😄

Di fb pun ramai saya nampak buat kuih cucur aka penyaram ni,ada juga bejualan.Hebatlah korang😍

Kuih Cucur ni nampak mudah saja bahannya,tapi kalau part membuat tu korang sendiri boleh faham la🤣macam2 kejadian pun ada.Anda dinasihatkan,jangan main2 dengan resepi orang dulu-dulu,kerana tak semudah yang anda bayangkan🤣

Resepi kali ni saya ambil dari chanel Mama Adeeva.Betul2 puas hati,sedap dan empuk,ada sarang lagi.Tu ja nak kabar.


CUCUR JAWA AKA PENYARAM
Resepi by : MAMA ADEEVA 

Bahan-bahan:
125g tepung beras
100g tepung gandum
100g gula merah
3 sudu makan gula pasir
1/4 sudu teh garam
200ml air
1 lembar daun pandan
100ml air

Cara membuat:

1.Gula merah,gula pasir,daun pandan dimasak dengan 200ml air.Masak sampai gula larut.Biarkan sirap gula suam.

2.Masukkan tepung beras,tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk.Jirus dengan air gula yang sudah suam.Gaul sebati.

3.Menggunakan mixer,pukul adunan sehingga pekat selama 5 minit.Setelah itu masukkan pula 100ml air.Gaul sebati.Perap adunan selama lebih kurang 20 minit.(adunan ditutup)

4.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tuangkan 1 senduk adunan ke dalam minyak yg panas.Masak sampai adunan gelembung sepenuhnya,kemudian terbalikkan kuih dan teruskan masak sebentar saja.Angkat dan toskan minyak.

Nota tambahan dari tuan tanah:
☕Gula pasir tu saya timbang 37gram
☕Saya guna acuan lompang saiz S untuk cedok adunan yang nak digoreng.
☕Gula merah tu saya guna yang timbang ja (jaggery powder)
☕Minyak untuk menggoreng saya letak sikit sahaja,lebih kurang 1/2 cawan.Elakkan letak minyak banyak sangat dalam kuali,boleh menyebabkan bentuk cucur tak cantek.

Selamat mencuba



Terima kasih😍

Selasa, 28 April 2020

PENGAT PISANG

Bukan selalu masak pengat walaupun suka hirup kuahnya.Petang tadi sempat juga masak sikit sebelum masuk waktu berbuka.Saya tak berapa gemar makan pengat yang masih panas.Lebih suka jika pengat dah suam,nyaman gitew😊Oklah,jom tengok resepi 👇


PENGAT PISANG
Resepi by:Rahel

Bahan-bahan:
5 buah pisang nipah,dipotong
100g gula merah
2 1/2 cawan air
150ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
1 lembar daun pandan

Cara memasak:

1.Masak gula merah,air,daun pandan sehingga gula larut.Tapis air gula.

2.Masak semula air gula sehingga mendidih.Masukkan potongan pisang dan garam.Teruskan masak dengan api kecil.Masak sehingga air gula sebati dengan pisang selama lebih kurang 25 minit.

3.Masukkan santan,masak lagi sehingga mendidih.Tutup api.Siap.



Sabtu, 25 April 2020

POTATO BREAD

Salam semua😊Pa khabar? Semoga ceria selalu.Tidak panjang cerita ni hari sebab terasa macam ada penat sikit walaupun cuma buat  sedikit roti kentang ja😊 Cuma nak bagitahu yang roti kentangnya enak gitew.Saya jenis orang yang tak suka menguli doh lama2,jadinya roti kita tak mulus gitew🤣 kalau guna mesin bolehlah dapat bun yang cun,tapi tak kesah la...kan saya juga yg hadap.


POTATO BREAD
Sumber:I Can Bake (Agnes Chang)

Bahan A:
350g tepung berprotein tinggi
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar yeast (ku letak 2 sudu teh ja)
70g gula caster
1 sudu besar bread improver (i buh 1 tsp ja)

Bahan B:
150g kentang ,direbus hingga lembut,lenyek halus

Bahan C:
75g mentega,suhu ruang

GLAZING:(mix)
1 biji telur
1/8 sudu teh garam

TOPPING:
2 sudu besar instant custard powder
2 sudu besar air
*mix sebati,masukkan dalam piping bag

Cara membuat:

1.Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk,gaul sebati.

2.Masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh selama lebih kurang 5 minit.

3.Masukkan bahan C dan uli lagi selama lebih kurang 10 minit atau sehingga doh jadi licin dan elastic.

4.Bulatkan doh,kemudian letak dalam mangkuk yang telah diminyakkan.Biarkan sehingga mengembang.

5.Tumbuk doh dan uli lagi selama 3 minit  arau sehingga licin.Bahagikan doh 50g setiap satu,kemudian bulatkan.

6.Susun doh dalam loyang 8"×8" .Tutup doh dan biarkan mengembang selama lebih kurang 30 minit.

7.Sapukan telur (glazing) di atas doh,kemudian pipe custard .

8.Bakar pada suhu 180°C selama 25-30 minit.

Nota tambahan:
1 loyang 8 inci boleh muat 9 bun.
Dalam resepi takda air tp saya nampak dalam gambar step by step ada air,so saya buh 130ml air.



Terima kasih sudi singgah blog saya😊👍

Selasa, 21 April 2020

BINGKA UBI KAYU GULA MERAH

Semoga ceria selalu di musim pkp ini.Harap banyak bersabar supaya keadaan cepat pulih.Saya betul2 berkurung jak di rumah ni sambil mencuba resepi2 yang lama diperap😁


Biasanya kita nampak bingka ubikayu yang kuning saja bah kan,tapi kali ni saya try pulak bingka ubi yang guna gula merah.Dulu2 saya pernah makan bingka ubi versi kukus juga,memang sedap sangat.Oh ya,untuk bingka hari ni memang sedap dan berbaloi dicuba.


BINGKA UBI KAYU GULA MERAH
Resepi by : Irene Ho

Bahan-bahan:(loyang 8")
500g ubi kayu
150ml santan pekat
200g gula merah
  20ml air
  40g mentega,dicairkan
1 biji telur
  30g gula pasir (i bubuh 20g ja)
1/2 sudu teh garam

Cara membuat:

1.Masak gula merah dengan 20ml air sehingga gula larut.Tapis.

2.Blend ubi kayu dengan air secukupnya sehingga halus,kemudian perah ubi parut guna kain muslin.Biarkan air perahan ubi mendap,buang airnya kemudian ambil kanjinya.Campur dengan ubi parut tadi.

3.Campur semua bahan yang lain dan tuang ke dalam ubi parut.Gaul sebati.

4.Tuang adunan ke dalam loyang.Bakar pada suhu 170°C selama 50 minit.

5.Setelah bingka sudah masak,keluarkan dari oven dan rehatkan sehingga sejuk kemudian potong.Siap.

Nota tambahan:
Untuk mengelakkan bingka melekat pada loyang,sebaiknya sapukan loyang dengan marjerin kemudian letak baking paper,sapu lagi marjerin di atas baking paper.


  
👍😍

Isnin, 13 April 2020

KASWI GULA MERAH

Salam ceria selalu💋
Harap korang ceria2 saja selama musim pkp ni.Saya tahu la kaki korang memang sudah gatal sangat mahu keluar jalan2 kan?

Hari ni baru update resepi kuih kaswi gula merah yang sangat sedap.Macam nda' mo stop pulak makan ni.Musim berkurung di rumah ni memang sesuai la korang cuba,dijamin puas hati.



KASWI GULA MERAH
Resepi by Che Nom

Bahan A:
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubikayu
3 cawan air
2 sudu besar bancuhan air kapur

Bahan C:(mix)
1 biji kelapa parut putih
Sedikit garam

Cara membuat:

1.Satukan bahan A dalam periuk,masak sehingga gula larut.Biarkan suam.

2.Dalam mangkuk yang lain,sediakan tepung gandum,tepung ubikayu.Tuangkan air gula.Kacau sebati.Tambahkan air,air kapur.Kacau lagi sehingga bercampur.Tapis adunan.

3.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapu minyak masak.

4.Kukus adunan selama lebih kurang 40-45 minit.

5.Setelah masak,pastikan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.

Nota tambahan:
Gunakan loyang 9" or 10".Pastikan loyang disapu dengan minyak masak supaya kuih tidak melekat pada loyang.Gunakan pisau plastik untuk memotong kuih.Pastikan juga pisau itu disapu dengan sedikit minyak.Kuncinya pastikan kuih betul2 dah sejuk baru dipotong.Biasanya kuih akan sejuk sepenuhnya selama 4-5 jam.Air kapur tu pulak saya guna 1 st kapur makan then bancuh dengan 2 sb air.

Selamat mencuba.