Selasa, 26 November 2019

AYAM MASAK MERAH YANG SEDAP

Salam ceria selalu.Semoga sentiasa sihat dan bahagia bersama orang disayangi.Hari ni kita masak ayam masak merah versi kita sebab kita juga yang makan😁lain orang lain resepinya.Saya pernah beberapa kali makan yang orang masak tapi jujur saya cakap tidak berapa suka dia punya rasa n ada bau yang semacam,mungkin bahan2nya tidak ditumis sampai garing jadi bila kita makan macam bau rempah mentah ja dalam mulut.Ada juga yang bubuh daun sup dengan daun bawang tapi saya tidak.Itu saja ceritanya😁 so korang cuba la resepi ayam masak merah by Rahel.Semoga ngam dengan selera kamu.


AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:

600g ayam dilumur garam dan serbuk kunyit.

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai,ambil putih saja
5 tangkai cili kering
*blend semua (6 jenis) bahan di atas
4 sudu makan tomato puree
1 1/2 sudu makan sos cili
40g Gula Melaka
Satu sudu makan bawang goreng
Garam secukupnya

Rempah 4 sekawan:
1 kuntum bunga lawang
2 biji pelaga
4 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis

Hiasan:
Bawang goreng
Daun bawang,dipotong

Cara memasak:

1.Goreng ayam sehingga masak.

2.Panaskan sedikit minyak,tumis rempah 4 sekawan hingga wangi.Masukkan bahan yang diblend tadi.Tumis hingga garing.

3.Masukkan 1 cawan air,tomato puree,sos cili,gula melaka.Biarkan mendidih.

4.Masukkan ayam goreng,bawang goreng.Kacau rata dan masak sekejap lagi hingga agak pekat kuahnya.Perasakan dengan garam.

5.Hidangkan ayam masak merah dengan taburan bawang goreng dan daun bawang.


Terima kasih sudi membaca👍

Isnin, 25 November 2019

MUFFIN BLUEBERRY

Sudah habis dimakan baru diupload resepinya😍tu pun sudah seminggu lebih😄Sebenarnya ada juga saya share resepinya di fb tapi macam tidak lengkap kalau tidak di share di sini.Kisahnya mufin ni dibuat untuk bekal sempena cuti2 ke kundasang hari tu.Sedap juga mufin ni,resepi asal guna blueberi fresh tapi kita takda benda tu,kita ada yang ready made saja so pakai ja apa yang ada😁 Ok la,jom tengok resepinya 👇


MUFFIN BLUEBERRY
Sumber:Google

Bahan:(12 mufin sederhana)
1  1/2 cup tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
3/4 cup gula caster (sy letak 1/2 cup sahaja)
*satukan semua bahan  di atas

1 biji telur A/B~dipukul sedikit
1/2 cup susu segar
1/3 cup (80ml) minyak sayuran
1 sudu teh esen vanila
*bancuh sekali bahan di atas

Blueberry Filling secukupnya

Cara membuat:
Tuang campuran telur ke dalam adunan tepung.
Kaup balik hingga bercampur rata.Jangan terlebih kacau.
Sediakan acuan mufin.Lapik dengan kertas cawan.Sudukan adunan ke dalam cawan mufin (letak hingga 1/2 sahaja) kemudian sudukan blueberry filling di atas adunan.
Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 25 minit.


Terima kasih.

Sabtu, 23 November 2019

SWEET POTATO BUNS

Morning😊☕
Baru sempat upload resepi Bun Keledek ni.Dibuat beberapa hari yang lalu untuk minum petang.Kali ni kita guna keledek kaler ungu tapi tak berapa nampak ungu la buns itew😁 tapi texture dan rasa memang tiptop dan pastinya akan buat lagi bun keledek guna resepi ini.


SWEET POTATO BUNS
Sumber:Kawaling Pinoy

Bahan:
2 1/4 sudu teh yis
   1/2 cawan air suam
1 sudu besar gula caster
3 sudu besar gula perang
   1/2 cawan keledek yang sudah dilecek halus
3 sudu besar mentega
2 biji telur dipukul sedikit
1 sudu teh garam
3 1/4 cawan tepung gandum

Cara membuat:
1.Satukan yist,gula caster dan air suam.Kacau sebati.Rehatkan 5 minit.

2.Masukkan gula perang,keledek,mentega,telur dan garam.Gaul guna spatula kayu.

3.Masukkan 3 cawan tepung gandum,gaul lagi hingga sebati.

4.Uli sehingga doh lembut.Taburkan 1/2 cawan tepung (secukupnya) di atas meja dan teruskan uli doh bersama tepung tersebut.Uli sehingga betul-betul lembut dan elastik.

5.Sapukan minyak pada mangkuk.Letak doh dan rehatkan sehingga naik 2x ganda.

6.Tumbuk doh untuk keluarkan angin.Bahagikan doh kepada 16-20 bahagian.Bulatkan doh kemudian susun doh tersebut di dalam loyang yang telah dilapik baking paper.Rehatkan doh 40-60 minit.

7.Bakar doh dalam oven pada suhu 175°C selama 20-25 minit.

Sedap la bun keledek ni.
Selamat mencuba

Jumaat, 22 November 2019

MACARONS

Salam ceria😍
Baru ada kesempatan lagi buat macarons.Rasanya setahun sekali ja buat macarons,faham2 saja la ni kudapan yang manis so tak boleh makan banyak.Bergantung juga pada cuaca kalau mahu buat macarons sebab dikeringkan secara manual saja🤣 Saya jenis tak suka paksa2 macarons untuk cepat kering sebab kalau tersilap boleh naik darah dibuatnya.Jika musim hujan saya tidak suka buat macarons sebab lambat kering so pastikan cuaca cerah kalau mahu buat macarons.

Nak pesan sekali lagi,pastikan cuaca cerah kalau mahu buat macarons supaya adunan cepat kering dan senang di bakar.Kalau belum kering terus pegi bakar maka siap2lah menangis😆confirm hancur lebur😆Lain cerita kalau korang ada bajet lebih bolehlah beli satu mesin pengering dan tak payah penat2 menunggu.

Ada juga cara lain supaya adunan cepat kering iaitu letak dulang mac atas oven yang telah dipanaskan.Boleh juga letak depan oven la supaya kena wap panas.Pokoknya part keringkan adunan mac ni engko kena sabar dan kreatip.Lain oven lain karenah so bertabahlah.

MACARONS
Sumber:Cooking ASMR

Bahan:
50g Almond Powder
40g Gula aising
40g Gula Caster
40g putih telur

Cara membuat:
1.Satukan almond powder dengan gula aising.Ayak.

2.Putar putih telur hingga berbuih.Masukkan 1/2 gula caster.Putar lagi hingga rata.Masukkan lagi 1/2 gula caster tadi.Putar lagi hingga benar2 pekar berkilat.

3.Kemudian masukkan campuran almond+gula aising,kaup balik hingga bercampur,buat 2-3 kali.Pastikan adunan betul2 sebati.

4.Masukkan adunan ke dalam bag piping (letak nozel 10) paipkan ke atas Macaron Mat.Kemudian hentakkan untuk buang bubble.Biarkan doh kering.Sentuh dengan jari jika sudah kering dan tidak melekat maknanya dah ready untuk dibakar.

5.Bakar pada suhu 160°C selama 5 minit,setelah itu turunkan suhu oven 130°C dan teruskan bakar macaron selama lebih kurang 15 minit.(bergantug pada suhu oven masing2)

6.Setelah masak keluarkan dari oven dan tunggu sebentar baru tanggalkan dari mat,sejukkan dan letak filling kesukaan korang.

Untuk resepi filling saya tak siapkan sebab yang ni pun saya guna lebihan ganache coklat tart hari tu.So korang google ja resepi filling tu ar.


Terima kasih sudi singgah😍

Rabu, 20 November 2019

PURI UDANG KERING

Salam ceria selalu😍Lama juga kita tidak membuat roti puri ni,yang saya ingat 8 tahun lalu saya ada pernah buat sekali ja.Heran pa macam boleh terlupa roti yang sedap ni😁

Kali ni daku guna resepi Mas Cotek pula sebab tergoda dengan penampakan roti puri udang kering dekat pintres,tapi itupun saya ganti juga bahan2nya😜ku guna apa yang ada ja di dapur.Daun supnya tu saya gantikan dengan oregano,kemudian cili keringnya pula saya gantikan dengan serbuk cili dan udang keringnya tu saya gantikan dengan udang geragau tapi tetap sedap bah.Nasib takda buat kuah kari or dalca.Rotinya saya makan begitu ja,hidang dengan kopi o.Oh ya,sukatan airnya tu lenkali kena kurangkan sebab tadi masa buat adunannya tu lembik sangat jadi saya tambah lagi tepung baru ngam di bentuk sama dicanai.

Tipsnya supaya doh gelembung pastikan canai doh rata dan jangan terlalu nipis dan jangan juga terlalu tebal.Bila digoreng tunggu roti naik terapung baru start siram2 dengan minyak supaya roti gelembung.



PURI UDANG KERING
Sumber:Mas Cotek

Bahan:
2 cawan tepung
2 sudu besar minyak masak
3/4 cawan air
1 sudu teh garam
Sedikit daun sup,hiris2
4 tangkai cili kering
Satu genggam udang kering

Caranya:

Tumbuk cili kering bersama udang kering.
Dalam bekas lain satukan tepung,minyak,garam dan daun sup.
Masukkan bahan tumbuk.Gaul rata kesemua bahan (berderai)
Masukkan air.Uli sehingga sebati.Canai kemudian tekap.Boleh bulat2kan sebesar bola pingpong dan canai rata.
Biarkan doh selama 30 minit (susun dalam bekas kedap dan tutup)
Goreng dengan minyak sederhana panas.Semasa menggoreng siram2 dengan minyak supaya atasnya gelembung.



Terima kasih sudi singgah😍

Khamis, 14 November 2019

BISKUT TAMBUN

Selamat pagi semua😊 Hari ni daku mahu share lagi biskut yang kita suka makan tapi tak reti2 buat😁kita selalu ja membeli di luar sana.Saya suka makan kuih ni sebab pastrinya rapuh.Tak suka letak banyak inti😊biasa saya buang ja inti kacang hitam tu kalau terlampau banyak.Terasa manis gitu.

Macam yang korang tahu yang kuih ni memang dibuat dan jual oleh orang cina,jadi confirm ada yang rasa was2 kan? So kalau rajin,korang sendiri pun boleh buat bah.Bahan2nya pun senang dapat.Intinya tuh korang pi beli ja di bake with yen sana ada banyak pilihan.Sedap pulak biskut tambun ni.Tahan lama oh.




BISKUT TAMBUN (TAUSA PIANG)
Sumber:Iluminasi

Bahan A:(Doh Air)
250g tepung gandum
1 1/2 sudu besar gula
  75g lemak sayur (pastikan lembut)
125ml air sejuk (ikut kesesuaian)

Bahab B:(Doh minyak)
185g tepung gandum (diayak)
120g lemak sayur
1 sudu teh garam


Inti:
Guna ready made inti kacang merah

Egg wash:
Kuning telur

Cara-cara membuat:

Penyediaan doh pastry rapuh

A.Doh air

Campur semua bahan dan uli untuk membentuk doh.Bahagikan kepada doh kecil 40g.

B.Doh minyak

Campur tepung dengan lemak sayur,uli sehingga sebati.Bahagikan kepada doh kecil 20g.

Penyediaan produk siew pau (tausa)

Canai doh kecil iaitu doh air (A),kemudian letakkan doh kecil iaitu doh minyak (B) atas doh A yang dicanai (dileper)

Bulatkannya.

Canai lagi bentuk bujur dan gulung seperti swiss roll (seperti kek gulung)

Canai rata lagi,gulung dan canai (4-5 kali)

Akhir sekali,gulung dan potong dua silinder doh tersebut.

Canai rata setiap doh.

Isi dengan inti yang telah disediakan.

Tutup dan bentukkan pastry.

Berus pastry dengan kuning telur dan bakar atas dulang bergris.

Jangan lupa cucuk atas permukaan pastry tersebut menggunakan garpu supaya cepat masak.

Gris dulang dengan lemak sayur.

Suhu membakar 200°C selama 20-30 minit.


Pesanku:
Saya guna inti kacang hijau ready made beli di bake with yen.Inti 10g
Selepas berus dengan kuning telur anda boleh tabur sedikit bijan di atas pastry.


Jumaat, 8 November 2019

BOMBOLINI

Salam ceria😁
Ni kali kita hidang bombolini pula.Ramai orang sudah pandai buat donut bombolini ni.Ada suatu masa tu balik2 balimpas di wall,montok2 lagi tu,macam2 filling pun ada.Paling tabik betullah pada yang berjualan sampai beratus2 ketul bombolini setiap hari pastu sekejap jak habis dibeli semua bombolini tu.

Jika saya terjumpa resepi donut/bombolini mesti saya ambik resepinya dan cari masa yang sesuai untuk praktis.Resepi kali ni kepunyaan seorang Chef,jadi saya tidak sabar mau mencuba kunuk tapi ada satu bahan tu macam terlebih pulak,nasib saya perasan time timbang bahan2,entah dia tersilap taip resepi atau saja dia buat begitu.Dapat saya bayangkan kalau ada yang lebih awal dari saya buat bombolini guna resepi tu bulat2 memang gerigitan makan sebab masin terlampau oh.Mujur beta kurangkan garam tu..hahaha.Korang tengok sendiri la resepinya di bawah sana.Filling tu terpulang la korang mau letak apa.Saya letak nutella saja.Sedap oh.



BOMBOLINI
Resepi by Chef Khairi Al Mansor

Bahan-bahan:
500g tepung high protin
50g gula caster
30g shortening
30g marjerin
2 biji kuning telur
12g yis
80ml susu segar
10g garam (i guna 5g ja)
10g K-fine cream
200ml air sejuk

Cara membuat:
Masukkan semua bahan kecuali garam/marjerin/shortening

Uli anggaran 1-2 minit

Masukkan garam,marjerin & shortening.

Uli sehingga licin & elastik

Perap doh dan biar kembang sekali ganda.

Tumbuk2 doh & timbang dalam 40gm.

Bulat2kan dan bentuk,biarkan naik dan goreng.

Golek pada gula caster & isi filling.


Terima kasih sudi singgah.



Khamis, 7 November 2019

MUFIN PISANG

Selamat pagi semua,semoga sentiasa sihat ceria selalu.Pagi ni kita awal pula bangun jadi sempat la buat Mufin Pisang yang sedap secukup rasa gitew.Mujur elok kejadiannya walau ada tersilap teknik sikit sebab baca resepi pun tak habis terus pi main campur bahan😀

Sembang bab mufin pisang sedap ni sebenarnya saya teringat Mufin Pisang di McD tu,sedap dan ringan tapi macam terlebih esen pisang sampaikan saya agak fening2 sikit dibuatnya😂 faham2la esen pisang tu kan memang semerbak betul,jadi kalau kita tersilap bubuh banyak2 memang bikin pening hidu baunya.Ok la,jom kita tengok pulak apa bahan2 yang perlu ada untuk mufin yang sedap ni.




MUFIN PISANG
Sumber:Chrissie Bakers

Bahan-bahan:(12 muffin)

3 buah pisang saiz besar
1/2 cawan gula caster
2 sudu besar gula perang
1 biji telur gred A
1/3 cawan minyak masak/minyak jagung/canola
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh serbuk biji pala (optional)
1 1/2 cawan walnut cincang

Cara membuat:
1.Lenyek pisang guna garpu.Tambahkan telur,gula & garam kemudian gaul sebati.Masukkan minyak,gaul lagi hingga bercampur rata.

2.Masukkan tepung,baking powder,baking soda,serbuk kayu manis,serbuk biji pala.Gaul rata.Tambahkan walnut cincang.Kaup balik hingga bercampur.

3.Sudukan adunan ke dalam cawan mufin (1/2 or 3/4) kemudian tabur sedikit walnut cincang di atasnya.

4.Bakar adunan dalam oven pada suhu 160°C selama 25-30 minit.


Nota:
Walnut kena bakar terlebih dahulu selama 10 minit baru dicincang.Alihkan sedikit walnut cincang utk tabur di atas adunan.

Nak Mufin Pisang yang semerbak korang letak ja 1/2 sudu teh esen pisang dalam adunan.

Selamat mencuba.