Isnin, 30 September 2019

Kuih Ketayap

Salam semua.Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu😊Menu kita hari ini ialah kuih ketayap yang lembut dan moist inti kelapanya.Tentunya ada resepi simple tapi puas hati makan.

Lama tidak makan kuih ketayap ni.Biasanya beli di pasar tamu ja or bazar.Walaupun ini termasuk kuih dulu2 tapi sentiasa ada yang jual sebab ada peminatnya.

Kali ni daku share resepi crepe yang lembut dan senang dibuat.Begitu juga dengan resepi inti kelapa gula merah yang moist dan sedap lemak.Saya guna gula merah dari Sulawesi (Indonesia) punya.Rasa gula yang lemak.manis gitew jadi bukan biase2😀 Korang baca dulu resepi pastu buatlah kuih ketayap.


KUIH KETAYAP
Resepi Ori by Rahel

Bahan A:(Inti Kelapa)
225g kelapa parut
120g gula merah
1/4 st garam
5 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Cara memasak inti kelapa:
Gula merah,air di masak hingga gula larut kemudian ditapis.Masukkan semula ke dalam periuk,air gula,kelapa parut,garam.Masak dengan api kecil sehingga air agak surut.Tambahkan tepung gandum.Teruskan masak sambil digaul hingga sebati dan pekat.Tutup api dan sejukkan.

Bahan B:(Crepe hijau)
75g Tepung gandum
2 biji telur B
10g gula pasir
1/2 st garam
135ml santan cair/air
1/4 sudu teh pewarna epal hijau
1 sudu besar minyak masak/minyak jagung

Cara membuat crepe hijau:
Bancuh telur,gula garam,pewarna & santan/air.Tambahkan tepung gandum.Gaul sebati.Kemudian masukkan minyak.Gaul lagi hingga sebati.Tapis adunan.Panaskan kuali leper.Tuangkan 1 senduk adunan kemudian lenggangkan kuali untuk mendapat crepe nipis dan bulat.Masak sekejap sahaja sehingga peemukaan crepe nampak keras.Angkat crepe.Masak semua adunan crepe last baru letak inti.Ambil 1 lembar crepe dan letak inti kelapa.Gulung dengan kemas.Siap untuk dihidang.


Terima kasih sudi  membaca coretan gue😘