Jumaat, 26 April 2019

TEPUNG GOMAK

Morning😉
Pagi ni baru sempat masukkan resepi kuih gomak.Ini sebenarnya hidangan untuk minum petang semalam.Bukan rajin sangat pun buat kuih yang satu ni,tapi memandangkan ada juga bahan2nya dalam esbok jadi dikerjakanlah.

Biasanya kitaorang main beli saja kuih gomak ni di tamu😊my darling yang suka makan.Kalau pergi tamu biasanya saya lebih suka beli kuih talam,bingka,apam gula merah,onde2,kuih bom.Oklah..jom kita tengok pula resepi tepung gomak ala Rahel 👇


TEPUNG GOMAK

250g kacang hijau di sangai hingga kuning.kemudian kisar halus,ayak.

INTI KACANG:
150g kacang tanah,bakar dlm oven atau goreng
  50g gula caster
1 sudu besar minyak masak

Cara membuat inti:
1.Kisar halus kacang tanah yg telah dibakar/goreng.
2.Setelah dikisar,tuang ke dalam mangkuk,gaul dengan gula caster dan minyak.Bulat2kan supaya senang bungkus dengan tepung nanti.

Kulit Tepung:
150g tepung pulut
125ml air (lebih kurang)

Cara membuat:
1.Letak tepung pulut dalam mangkuk.Tuang air sedikit demi sedikit sambil diuli.Bahagikan kepada beberapa bahagian (terpulang anda nak saiz besar or kecil)

2.Bulat2kan doh,kemudian leperkan dan letak 1 ketul inti kacang.Kemudian bulatkan kembali.Kemudian tekan bebola hingga leper.

3.Panaskan 1 liter air hingga mendidih.Masukkan bebola.Tunggu sampai bebola naik terapung.Angkat dan toskan air.Segera golek ke dalam tepung kacang hijau.
Siap.
Terima kasih sudi singgah😍

Rabu, 17 April 2019

KOKO ALMOND BUTTERSCOTCH

Salam semua😍
Terjumpa lagi resepi biskut yang sedap.Boleh buat ni untuk tempahan nanti😉mana la tau ada orang yang terlebih rajin kan😀Ramai sudah geng bakers yang start buat promosi biskut raya.Kita pun tengah memilih resepi untuk tempahan biskut raya 2019.Harap-harap badan sentiasa cergas time tu😘

Ok la,berbalik pada biskut almond ni memang sedap tau.Korang yang suka makan kekacang dan butterscotch memang confirm tersuka,tadi pun tidak sedar termakan beberapa biji sudah😀terlupa control makan seketika😁


KOKO ALMOND BUTTERSCOTCH
Sumber:Saji

Bahan-bahan:
110g mentega
  90g gula aising
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh serbuk koko (3g)
200g tepung gandum

Hiasan:
1 putih telur
150 kacang Almond,dibakar,cincang .
100g Coklat Butterscotch

Cara membuat:
1.Sebatikan mentega,gula aising,telur dan esen vanila.Tambahkan serbuk koko dan tepung gandum.Uli jadi doh.Kemudian sukat doh guna 1/2 sudu besar.Bentuk bulat-bulat.Celup ke dalam putih telur kemudian golek di atas Almond cincang tadi.Kemudian susun dalam tray.Tekan di tengah hingga membentuk perigi.

2.Bakar biskut pada suhu 165°C selama lebih kurang 30 minit.

3.Setelah biskut masak,biarkan sejuk sepenuhnya.

4.Double boil Chocolate Butterscotch hingga cair.Masuk dalam piping bag.Paipkan coklat ke atas biskut.Setelah cokklat keras bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

1 adunan boleh menghasilkan 50 biji biskut.

Selamat mencuba😘


Khamis, 11 April 2019

CHEWIES BANANA OAT

Salam😍
Slow saja tuan tanah upload apa2.Lagi2 skarang ni macam ada dekat sudah aura bulan puasa😊Semua pada sebok upload biskut raya di status masing-masing.Ada juga yang tengah promot tempahan biskit raya,so kita pun tak ketinggalan,pelan-pelan pilih resepi mana yang mau dibuat untuk tempahan raya nanti.

Pagi tadi saja kita buat kudapan ni untuk alas perut.Makan ketika suam-suam memang enak.Dalam resepi ada syorkan hidang dengan saus coklat tapi part tu kita skip.Terlampau banyak kalori pun tak baik untuk kesihatan😀Makan begitu saja pun sudah cukup enak.Kalau budak-budak memang kesukaan jika dijirus dengan saus coklat.

Bila sudah siap bakar dan potong tetiba teringat kalau la letak kurma or kismis or kranberi memang tambah menawan.


CHEWIE BANANA OAT
Sumber:Oats Delicieux (Evelyn Tai)

Bahan A:
140g butter
  90g brown sugar
2 tbsp honey

Bahan B:(mix hingga sebati)
340g quick oats (sy guna oat meal instant)
  20g bijan,sangai
1 tsp baking powder
1/4 tsp serbuk cinnamon

Bahan C:
3 biji (160g-180g) pisang,dilenyek halus

Cara membuat:(siapkan loyang square 9 inci)

1.Satukan bahan A dalam periuk.Panaskan hingga butter cair.Angkat dan biar suam.

2.Tuangkan bahan A ke dalam bahan B.Gaul mesra.

3.Masukkan pula pisang lenyek tadi.Gaul hingga sebati.

4.Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik baking paper.

5.Bakar pada suhu 170°C selama 40 minit.Setelah masak,keluarkan dari oven dan biarkan dalam loyang sehingga suam2 baru telangkupkan ke atas papan dan bolehlah dipotong sesuai selera.Jika rajin,jirus dengan saus coklat.Enak dinikmati ketika suam2.

Tekstur macam Congo Bar.Sedap tau😘

Selamat mencuba.



Terima kasih sudi singgah blog kita😍