Jumaat, 18 Januari 2019

BISKUT PISANG

Salam semua dan selamat petang.Gigih saya buat biskut untuk kudapan di petang hari.Dari jauh kelihatan bentuk biskut samperit tapi tuan punya resepi bagi nama Biskut Pisang.Mungkin sebab ada letak esen pisang dalam adunan kan?.Texturenya gebu dan cepat hancur dalam mulut.Sedap juga digandingkan dengan minuman panas.Time saya tangkap gambar ni pun inda' sedar berkeping2 sudah masuk mulut🤣Layankan ja tekak ni.

BISKUT PISANG
Resepi by Hajah Fauziah Jusoh
Sumber:Saji,Jun 2015

BAHAN:
90g mentega
103g tepung gandum
40g tepung kastard
15g tepung jagung
25g gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu besar esen pisang

CARA:
1.Satukan kesemua bahan di atas dan uli sehingga doh lembut.

2.Gunakan acuan tart nanas,masukkan dan tekan adunan memanjang.

3.Bakar pada suhu 160°C selama 25-30 minit.

Selamat mencuba


Rabu, 16 Januari 2019

NASI GORENG NANAS

Salam😊
Tadi baru ja post mihun tom yam,sakarang tayang nasi goreng pula..hehehe.Sedap bah nasi goreng nanas ni.Banyak lagi resepi nasi mau dicuba lepas ni.


NASI GORENG NANAS
Resepi by Chef Hanieliza
Sumber:Edisi ke 2 Senangnya Memasak Nasi

Bahan-bahan:
4 cawan nasi putih,diperoi
2 ulas bawang putih)
3 ulas bawang merah)--dihiris
100g sotong dipotong kecil
100g udang dibuang kulit
100g kacang panjang dipotong pendek
1 batang lobak merah dipotong dadu
1 biji cili merah dicencang
1 biji telur dipukul sedikit
1 sudu makan sos ikan
1/2 cawan nanas di dalam tin,diasingkan airnya
2 sudu makan marjerin
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.Panaskan marjerindan tumiskan bawang merah dan bawang putih.

2.Masukkan sotong,udang,kacang panjang,lobak merah dan cili merah.Kacau rata.

3.Masukkan telur dan biarkan masak sedikit baru dihancurkan.

4.Masukkan nasi,garam,sos ikan dan nanas.Kemudian kacau rata.

5.Panaskan api dan taburkan hirisan daun bawang.

6.Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.

Terima kasih sudi membaca.

MIHUN TOM YAM

Salam😊
Selamat melangkah ke tahun 2019.Semoga kita sentiasa diberi kesihatan,kekuatan,kebahagiaan dan rezeki yang melimpah.Aamiin.

Menu pertama yang berjaya diambil gambar setelah melangkah ke 2019 ialah Mihun Tom Yam.Banyak kali juga masak2 lauk ini itu tapi takda mood lagi ambil gambar.

Skarang ni selera saya mahu makan yang berkuah saja atau masakan yang bersup,jadi saya memilih tengok-tengok buku resepi Chef Hanieliza iaitu Senangnya Memasak Mi,Mihun & Kuetiau.Banyak resepi best dalam buku tersebut.Kali daku berkenan dengan Mihun Tom Yam.Bila teringat Tom Yam Goong yang dimakan di reatoran hari tu memang power banget.Saya ada juga google tapi kebanyakan guna pes ready made.


MIHUN TOM YAM
Resepi by Chef Hanieliza
Sumber: Senangnya Memasak Mi,Mihun & Kuetiau

BAHAN A:
1 paket mihun(direndam dan tuskan)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 biji bawang putih (diketuk)
100g bunga kubis (dipotong kecil)
2 biji tomato,dibelah 6
1 pokok daun ketumbar,dihiris
2 biji limau nipis,diambil jusnya
3 sudu makan minyak masak

BAHAN B:(KUAH)
500g ayam,dipotong kecil
1 batang lobak merah,dipotong pendek
2 batang serai,diketuk
8 biji cili api,diketuk
2 kiub pes tom yam
3 helai daun limau purut,dikoyakkan
Air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:
1.Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu.

2.Masukkan semua bahan B dan tuangkan air secukupnya.Masakkan sehingga mendidih.

3.Masukkan bunga kubis dan tomato.Biarkan mendidih dan tutup api.Perasakan.

4.Ambil sedikit mihun dan masukkan ke dalam pinggan.

5.Tuangkan kuah tom yam dan hiaskan dengan daun ketumbar dan limau nipis.

Selamat mencuba.