Khamis, 20 Disember 2018

PUKIS

Hi๐Ÿ˜Š
Bersiaran kami ini malam sebab inda' mau terlupa upload resepi lagi.Mendung saja dari pagi hingga ke petang di Kota Kinabalu,lepas tu hujan pula,jadi macam tidak sah kalau tidak pi selongkar gugel.Mencari resepi kudapan di petang hari.Teringat pulak dengan kueh pukis yang enak tu.Maka misi kali ni ialah mencari resepi pukis yang empuk dan enak.Saya tertarik dengan resepi yang ini sebab siap ada testimoni lagi.Setelah dicuba hasilnya memang tidak menghampakan.Secukup rasa dan menjadi sangat.Happy la๐Ÿ˜‰


PUKIS
Resepi oleh Magda

Bahan:
250g tepung kek
180g gula pasir
3 biji telur A/B
300ml susu cair + 1/2 st garam
50ml mentega,dicairkan

Bahan Biang:
1 sudu teh yis
50ml air suam
25g tepung kek

1 sudu teh pandan paste (yg ni sy sendiri yg tambah)
1 sudu teh esen vanila ( yg ni sy sendiri yg tambah)

Cara membuat:
1.Siapkan biang terlebih dahulu,satukan bahan biang,bancuh sehingga tercampur rata.Ketepikan selama 15 minit.

2.Pukul gula pasir dengan telur sehingga pekat selama lebih kurang 3-4 minit.Tambahkan pandan paste,esen vanila,kaup balik hingga bercampur rata.

3.Setelah itu masukkan tepung kek berselang seli dengan susu cair.Kaup balik hingga sebati.

4.Kemudian masukkan pula bancuhan biang tadi.Kaup balik hingga sebati.

5.Akhir sekali,masukkan mentega cair.Gaul hingga sebati.Perap adunan selama 1 jam.

6.Panaskan acuan pukis,kemudian sapu dengan minyak.Tuang adunan pukis hingga 1/2.Tutup dan biarkan hingga masak lebih kurang 4 minit.Angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba.



Terima kasih.

Isnin, 17 Disember 2018

SNOW CHEESE CAKE

Salam ceria๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„
Harap korang sabar menunggu saya upload resepi kek snow cheese ni.Sudah 3 hari bertenggek di facebook jadi mesti ramai sudah yang tertunggu-tunggu sebab saya pun sudah janji mo share dalam blog masakan ni.Kek Snow Cheese ni sudah bertahun-tahun bah viral kan? tapi kita tidak pandai jemu makan,boleh dikata sentiasa ada permintaan bah.

Kalau cakap bab kek snow cheese ni kita memang guna kek span sahaja dan dilepa dengan cream cheese yang lemak berkrim kemudian last di atas tu ditabur parutan cheddar cheese yang masin-masin lembut gitu.Tak pernah lagi saya buat kek snow cheese guna Kek CHEESE dalamnya,itu minta puji namanya,walau macam mana pun boleh juga dibuatkan begitu tapi harganya sendiri mo fahamlah,bukan biasa-biasa.Selera ko tinggi kan? maaf la kepada yang terasa tu,siapa suruh tanya saya begitu begini.Kalau mood saya bagus time tu saya jawab baik2 ja.

Ok lah,ni kali saya buat kek span perisa pandan pula,uda selalu sangat guna kek span vanila kan,so kena giliran korang pula buat.Buat ikut selera masing-masing.Oh ya,kek span tu sebenarnya boleh ja dibahagi kepada 3 layer,tapi saya buat 2 layer sahaja.Ikut suka hati kamu la.Sedap kek ni tau.

KEK SPAN PANDAN
Resepi by Puan Noraini Zakaria
Sumber;Panduan Membuat Kek

Bahan:
120g gula kastor
 15g ovalette
250g telur (5 biji telur gred B)

130g tepung superfine}
1 sudu teh serbuk penaik }~~~~diayak

40g air }
1 sudu teh pandan paste}~~~~~ disatukan

70g minyak masak @ minyak jagung

Cara membuat:

1.Gula dan ovalette di satukan.Gaul rata dengan sudu agar ovalette tidak terlalu berketul.

2.Masukkan telur.Masukkan tepung yang telah diayak.Putar perlahan hingga rata.Kemudian tukar kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu lebih kurang 5-6 minit.

3.Tuang air pandan paste.Putar adunan sebati.

4.Masukkan minyak dan putar perlahan selama 3 minit.Gaul dengan senduk pula jika adunan belum sebati.

5.Tuang adunan dalam loyang.Bakar kek pada suhu 170
C selama lebih kurang 45-50 minit.

6.Setelah masak,terlangkupkan loyang pada redai selama 3 minit supaya kek tidak mendap.Keluarkan dan terbalikkan kek.Sejukkan dahulu sebelum digunakan untuk membuat kek bersama hiasannya.

7.Setelah kek span sejuk,potong kepada dua bahagian atau 3 bahagian.Kemudian lepa setiap lapisan kek dengan Cream Cheese.Akhir sekali,tabur Cheddar Cheese Parut di atas kek.

8.Simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 3 - 5 jam.Enak dimakan ketika dingin.

NOTA:
Untuk kek span Vanila,gantikan pandan paste dengan 1 sudu teh esen vanila.

VIDEO


CREAM CHEESE
Sumber:Hasue 
Resepi by Anna Qawina

Bahan:
250g Whipping Cream~(vivo/value)
250g cream cheese
 60g gula icing
110g mentega
2 titik lemon paste,(i skip)

120g Cheddar Cheese parut

Cara membuat:

1.Pukul whipping cream hingga kental,ketepikan.

2.Dalam bekas lain,pukul cream cheese bersama semua bahan lain hingga berkrim.

3.Satukan whipping cream tadi bersama cream cheese,gaul sebati,boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.Siap.Bolehlah lepa kek.

Selamat mencuba.


Terima kasih sudi singgah sini.

Sabtu, 8 Disember 2018

NASI KUNING TAWAU

Salam ceria selalu๐Ÿ˜
Hari ni gigih saya buat Nasi Kuning versi Tawau,kata orang Tawau bukan Nasi Kuning Tawau namanya kalau tiada serunding kelapanya.Oh ya,Nasi Kuning ni biasanya kami hidang dengan sambal ikan/ayam dan juga sambal tempe manis & telur rebus.

Masak nasi kuning ni pun sudah ada macam-macam cara,kira ikut keselesaan masing-masing la kan,yang penting kalau sudah masak jadi nasi kuning juga.Saya lebih selesa masak terus guna rice cooker,kalau mau nasinya peroi lebih elok di alihkan ke pengukus setelah dimasak guna rice cooker.Orang dulu-dulu pun memang ditanak nasi tu dulu baru di alihkan ke dalam pengukus,senang masak dan tidak cepat basi.


NASI KUNING TAWAU
Resepi by RAHEL

BAHAN UNTUK NASI KUNING:
500g beras wangi
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
3 helai daun limau purut
1 batang serai,diketuk
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam maggi
2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara Memasak:
1.Beras dicuci bersih,kemudian toskan airnya.
2.Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker.Masaklah macam kalau korang masak nasi putih.Bila dah mendidih kacau nasi,kemudian teruskan masak hingga air kering.

SAMBAL IKAN

Bahan-bahan:
450g ikan tuna sirip kuning,perap dengan garam & jus asam limau.Goreng ikan hingga masak.

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia,dihiris
1 batang serai,dihiris
20 tangkai cili kering (sy guna cili kering keriting)
sedikit gula pasir
1 biji limau kasturi,diambil jusnya
1/2 cawan air panas
Garam secukupnya

Cara membuat:
1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bahan kisar hingga naik minyak.Perasakan dengan garam,gula dan asam limau.Tambahkan air panas.(ni supaya sambal tdk kering kontang)
2.Masukkan ikan goreng.Kacau sehingga ikan sebati dengan sambal.

NOTA:
Jika korang suka banyak sambal,korang kena doublekan bahan2 sambal.(bahan kisar) sebab biasanya orang jual nasi kuning letak sambal banyak2 kan? ikannya kecik saja tapi sambalnya banyak meleleh..hahah giteww..

Bahan sampingan yang korang kena siapkan ialah;Telur rebus,Timun & Kerupuk


SERUNDING IKAN & KELAPA

Bahan-bahan:
4 ekor ikan termenung,direbus kemudian ambil isinya saja
250g kelapa parut putih
1 cawan santan
1 biji limau kasturi,ambil jusnya
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil gula pasir
3 helai daun limau purut
Garam secukupnya

Bahan untuk dikisar:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering,cuci bersih
1 batang serai,dihiris
1 inci lengkuas,dihiris

Cara membuat:
1.Isi ikan ditumbuk hingga halus.
2.Masukkan semua bahan ke dalam kuali,masak dengan api perlahan sehingga kering.(ambil masa memasak lebih kurang 40 minit)

NOTA;
Anda boleh guna ikan kembung atau ikan tuna
Sekiranya takda ikan,anda boleh abaikan part ikan tu dan buat serunding kelapa sahaja,tapi bahan2 lain jangan diskip ya.



SAMBAL TEMPE MANIS

Bahan-bahan:

1 bungkus Tempe (200g),dipotong,kemudian goreng hingga garing.
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
7 tangkai cili kering
1 sudu kecil kicap manis ABC
1 sudu makan gula pasir
Garam secukupnya

Cara membuat:
1.Kisar bawang,cili kering sehingga hancur.

2.Panaskan sedikit minyak.Tumis bahan kisar hingga naik minyak.Perasakan dengan kicap manis ABC,gula & garam.

3.Tambahkan tempe goreng tadi.Kaup balik hingga sebati dengan sambal.

SAYA HARAP KOMPLIT SUDAH RESEPI YANG SAYA TAIP NI,SEMOGA TIADA BAHAN2 DAN CARA MEMBUAT YANG TERLEPAS PANDANG.

SELAMAT MENCUBA.

Khamis, 29 November 2018

ONDE-ONDE KELEDEK OREN

Salam semua.Semoga ceria selalu.
Malam ni kita upload menu minum petang tadi,Onde-onde Keledek oren.Dekat seminggu juga terbiar keledek tu di dapur baru terbuat jadi onde-onde.Konon mau buat bubur cha cha,tapi terlupa beli keladi ungu.Mula-mula takda idea juga tapi bila diingat semalam ada beli kelapa parut di pasar malam,maka diusahakanlah buat kuih yang paling senang.Onde-onde la yang paling senang dibuat kan? Cantik kaler kuih ni walaupun tak letak pewarna.


ONDE-ONDE KELEDEK OREN
Resepi by Rahel

Bahan-bahan:
150g Keledek Oren
150g Tepung Pulut
  50g Tepung Gandum
1/2 st garam
140ml air paip

Gula Merah/Gula Melaka untuk inti,secukupnya

200g Kelapa parut putih

Cara membuat:

1.Kupas Keledek,potong kiub,kemudian rebus hingga empuk.Bila sudah empuk toskan airnya.Panas-panas terus lenyek hingga halus.Ketepikan.

2.Tepung pulut,tepung gandum,garam di satukan dalam basin,jirus dengan air,uli hingga jadi doh.Masukkan keledek tadi.Uli lagi hingga bercampur elok dengan doh.

3.Ambil sedikit doh,(saiz terpulang pada anda)bulatkan kemudian leperkan dan letak inti gula merah/gula melaka.Bulatkan kembali.Buat sampai habis.

4.Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.(lebih kurang 1 liter air)Masukkan bebola dan bairkan masak hingga bebola terapung.Angkat,toskan airnya,kemudian golek di atas kelapa parut.Siap.

Selamat mencuba.



Terima kasih sudi membaca.

Jumaat, 23 November 2018

CEKODOK JAGUNG

Salam.
Selamat pagi.Kira paling awal sudah ni upload resepi dan gambar.Semalam punya menu minum petang Cekodok Jagung.Sebut saja cekodok@cucur mesti ramai yang cakap ala senang saja baitu,main campak-campak saja bahannya pastu goreng.Memang betul la tu kalau sudah pro masak-masak,tapi bagaimana pula dengan adik-adik,kakak-kakak yang baru mau berjinak-jinak di dapur? Sudah tentulah mereka mahukan sukatan yang tepat juga.Macam saya dulu-dulu waktu baru mau berjinak-jinak di dapur segala2nya saya kena cari info,resepi cekodok pun saya google,paling teruja kalau nampak gambar cekodok bulat dan gebu,tapi skali buat...ahahaha...macam-macam bentuk ada.


Kali ni saya buat pulak Cekodok Jagung,biasanya buat cekodok pisang ja kan,tapi memandangkan saya ada stok jagung yang tak tau mo buat apa,simpan dalam esbok ja tapi takut lama-lama rosak pula.Sebenarnya sebelum saya buat resepi cekodok jagung ni,saya ada google resepi cekodok jagung juga,bukan main lagi bolat-bolat cantik pastu siap dengan testimoni yang bukan alang-alang dia punya ayat.Tertarik juga dengan resepi tu sebab nampak lain dari yang lain.Jadi mula2 saya pun buatlah juga ikut resepi google tu,tapi time asik menggoreng cekodok tu mula sudah rasa tidak senang hati,macam ada yang tak kena,tapi saya teruskan juga goreng sampai masak.Tidak kesabaran mau merasa cekodok konon,skalinya digigit..mak...gila punya liat..bukan rangup oo tapi liat gila..boleh tertanggal gigi kau rang.Nasib baik saya buat separuh saja,tapi semua selamat melayang ke tong sampah.Indah rupa dari rasa.Ramai pulak yang share resepi tersebut di facebook...insaf.Orang selalu cakap,bersyukurlah orang bagi resepi percuma,jangan buat bising komplen ini itu.Pada saya,takda maknanya ko bagi resepi percuma kalau setakat mau glamour tapi resepi ko haprak dan membuatkan orang membasir,sudahnya orang buat dosa dengan cara memaki.

Sebab sudah insaf,maka saya teruskan juga buat lagi cekodok tapi guna resepi lain.Pelan-pelan sukat bahan-bahan supaya senang share resepinya dengan anda yang rajin memasak.Buat cekodok bulat2 ni pun kena praktis juga baru boleh cun,tapi untuk permulaan kena guna sudu kecik pun boleh bah.Saya buat ni pun tidak cun bulat2nya sebab terlembik sikit adunannya,tapi dijamin cekodoknya gebu n tidak liat.Jom ikut resepi ni ๐Ÿ‘‡

CEKODOK JAGUNG

Resepi by Rahel

Bahan-bahan:
135g jagung manis
250g tepung gandum
  90g gula pasir
      1 biji telur gred A
130g air
      1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam halus

Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara membuat:

1.Blend jagung,gula,telur,garam dan air hingga hancur.

2.Tuang adunan ke dalam basin.Tambahkan bahan kering (tepung,serbuk penaik,soda) Kacau rata.Akhir sekali,tambahkan minyak masak,gaul sebati.

3.Panaskan minyak,sudukan adunan ke dalam minyak panas,kalau pandai guna tangan lagi bagus sebab cekodok boleh jadi bulat2.Goreng dengan api kecik hingga cekodok keperangan.Angkat & toskan minyak.Siap.

Buat Cekodok Jagung ni saya guna jagung manis yang fresh punya,jagung tu saya rebus dulu n ambik isinya saja sebab konon mau buat untuk masakan.Anda boleh guna jagung manis dalam tin,toskan airnya (bukan jenis cream ya)

Selamat mencuba.



Terima kasih sudi singgah sini.

Khamis, 15 November 2018

DONUT MAYONIS

Salam petang ๐Ÿ˜‚
Bersiaran lagi di petang ini.Cuaca sejuk skarang di Kota Kinabalu.Hari ini dari pagi hingga ke petang masih hujan.Mahu keluar bawa' budak jalan-jalan pun malas dibuatnya.Sudahnya kami berkurung saja di rumah sambil tengok kartun๐Ÿ˜ƒ


Bila berkurung saja di rumah,ada saja yang mau dibuat.Paling penting budak Alfian yang satu ni suka makan donut.Kalau boleh hari2 kena ada donut,mana larat emaknya menguli doh hari-hari.Mesin pengadun doh pun sudah rosak,minta ganti baru agaknya.


O ya,hari ni kita buat Donut Mayonis yang dulu2 viral tu,resepi dari Ros Jintan Manis,tapi kucedok resepi tu dari blog Izah Daut.Apa kabar agaknya Izah Daut tu๐Ÿ˜Š.Bercakap bab donut yang satu ni memang geng masak2 da tau,donut gebu montok jadinya.Kalau bab mendonut ni memang kena tahu sedikit sebanyak tekhniknya,resepi memang banyak berlambak kat mana2,bahan lebih kurang sama ja,cuma teknik tu yang mahal,skarang senang sudah,ada yang mengajar buat donut secara online,dalam sana banyak tips dan teknik cikgu hidangkan.Setakat ni macam 3 kelas online donut da saya join.Masing2 ada keistimewaan.


Ok lah,mesti korang tak sabar sudah mau tengok balik resepi donut ni kan? Jomlah kita mendonut.

DONUT MAYONIS

Sumber:Izah Daud

Bahan-bahan:
330g tepung gandum
1 1/2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung
1 biji telur,dipukul sedikit menggunakan garpu
140ml air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 g yis ( 1 1/2 sudu teh)
1/2 sudu kecil baking powder (ni Rahel yang tambah)

Sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti (i skip sebab guna topping lain)

Cara membuat:

1.Buat doh kaedah 1,penggunaan bread marker (BM),masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing2 dan tekan start,tunggu sampai siap diuli dan boleh terus ke langkah no.4 di bawah.

2.Kaedah 2,jika uli guna tangan,masukkan semua bahan doh & uli hingga tidak melekat pada tangan,tips untuk dapat doh yang lembut,ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam plastik itu,ramas2 beberapa init.lebih kurang 5-10 minit.Keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan,anda akan dapat doh yang elastik.(saya uli selama 30 minit)

3.Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap dan biarkan doh naik 2x ganda.Selepas itu tumbuk2an doh bagi mengeluarkan angin.

4.Bahagi doh pada bebola kecil & rehatkan selama 6-8 minit,kemudian bentukkan seperti donut,lubangkan tengahnya,biar naik 2x ganda & goreng sehingga keemasan.Gunakan api sederhana,angkat dan salutkan dengan serbuk gula,sedia untuk dihidang.

Nota dari Rahel:
Doh saya timbang 36g,maka dapatlah 16 biji donut gebu.
Bentuk donut terpulang pada anda.
Untuk topping coklat,anda boleh cairkan dark chocolate compound secara double boil,kemudian celup permukaan donut.
Untuk Chicken Flos ,anda boleh sapu permukaan donut dengan susu pekat manis,kemudian tabur chicken flos.


Selamat mencuba.



Terima kasih sudi singgah blog saya.

Rabu, 14 November 2018

GADO-GADO

Salam ๐Ÿ˜
Semoga ceria selalu.Harap tak jemu melawat blog Rahel.Plan mau berdiet konon tapi macam asik melantak ja ni ๐Ÿ˜… Hari ni kita buat gado-gado yang ringkas sahaja,tapi tak faham saus kacang dia pucat semacam..hehe macam kurang cili ja tapi secukup rasa juga bah.


GADO-GADO

Bahan: (sayur,dipotong sesuai selera)

Timun
Daun Salad
Tomato
Kacang buncis,dicelur
Kubis,dicelur
Kentang,direbus hingga empuk

Nasi impit

Saus Kacang:(dikisar halus)
180g Kacang tanah,goreng
3 ulas bawang putih,goreng
5 tangkai cili padi
5 tangkai cili kering,direbus hingga lembut (i skip)
3 sudu makan gula melaka,boleh ditambah
400ml santan sederhana pekat
1 sudu kecil air asam jawa
Garam secukupnya

Caranya:
1.Panaskan saus kacang hingga mendidih.
2.Hidang bersama sayuran.


Selamat mencuba.
terima kasih sudi melawat blog saya.

Sabtu, 10 November 2018

ACAR BUAH

Salam.

Awal pagi ni masih lagi hadap laptop sambil tinjau-tinjau blog masakan kawan-kawan.Banyak hari sudah sepi blog masakan Rahel ni.Selalu juga jengah blog tapi takda upload apa-apa sebab kadang terasa liat betul mau ambik gambar,kalau hantar resepi saja tapi takda gambar,macam ada jak yang tidak kena.Nampak masih ramai geng masak-masak yang rajin ambik gambar dan upload setiap hari dalam blog masakan mereka.Hebatnya korang.

Oh ya,hari ni saya menyempatkan diri juga masak sambal Acar Buah.Sedapnya.Boleh bertambah-tambah nasi jika ikutkan nafsu,nasib baik saya tahan-tahan hahaha.Pernah juga beli acar buah ni,sikit saja dalam bekas tu tapi boleh tahan harganya,tapi kalau dikira-kira memang boleh tahan juga harga jeruk buah-buahan yang diguna dalam sambal ni,apalagi jika melibatkan cili padi,confirmlah mahal gila harga cili skarang ni,sejemput saja pun sudah RM2.Kerana suka yang pedas maka dibeli juga walau mahal.


ACAR BUAH

Sumber:Resepi HOME MADE
Resepi by:Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan:
3 sudu besar rempah kari ayam
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan bijan
1 cawan cuka
1 kg campuran jeruk (prun,limau,ceri,mangga,aprikot,kismis,cili,buah kana)

Bahan Kisar:
30 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
10 sm halia
30 tangkai cili kering~direbus lembut

Cara membuat:
1.Sangai bijan terlebih dahulu.Angkat.
2.Kemudian sangai rempah kari hingga harum,angkat.
3.Panaskan minyak,tumis bahan kisar dan rempah kari tadi hingga pecah minyak.
4.Masukkan gula dan cuka.Masak lagi atas api perlahan hingga pecah minyak.
5.Masukkan jeruk.Kacau atas api perlahan hingga pekat dan berminyak.
6.Biar sejuk sebelum ditaburkan bijan dan dihidangkan.

Nota by Chef:Boleh kurangkan cili kering untuk kurangkan pedasnya.

Nota tambahan dari Rahel:
Di cara No.5 Rahel tambahkan 2 cawan air panas,sebab nak masak lebih masa sikit supaya jeruk buah-buahan jadi lembut sebelum pecah minyak.Rahel juga masukkan sedikit garam.Jeruk buah-buahan tu pun Rahel basuh terlebih dulu sebelum masak.

Terima kasih sangat-sangat kepada Chef Norzailina sebab share resepi Acar Buah yang sangat sedap.Banyak lagi resepi beliau yang kena cuba lepas ni.



Selamat mencuba.
Terima kasih awak sudi jengah blog Rahel.

Khamis, 8 November 2018

Happy Anniversary

Salam ceria selalu.
Lama tidak jengah blog kesayangan ni.Hari ni muncul pulak dengan ucapan Happy Anniversary untuk saya dan abang tersayang.Doakan kami sentiasa diberi kesihatan dan sentiasa dalam lindunganNya.Aamiin.

Sebenarnya Anniversary kami jatuh pada 05 November dan kek pun habis sudah dimakan..hehehe.Saya buat Cizkut saja untuk kami potong pada tarikh tersebut.Lepas upload gambar Cizkut di facebook,ada pula yang mesej suruh buat pjj@program jarak jauh atau paling senang orang skarang cakap Belajar Secara Online melalui pjj.


Terima kasih sudi melawat blog saya.

Isnin, 6 Ogos 2018

APAM MEKAR

Salam sayang semua.Semoga ceria2 selalu.Pepagi ni mau share lagi satu resepi apam kesukaan beta.Texture gebu dan lembut.Bila kita bancuh pun memang tidak cerewet.Resepi dari seberang dan uda ramai yang mencuba.


 APAM MEKAR
Sumber:You Tube

Bahan-bahan:(25pcs apam)
200g tepung gandum
200g gula (saya guna 150g gula caster)
2 biji telur B
200ml  air soda
1/2 st garam
1 st vanila serbuk
2 st SP (ovalet)

Pewarna makan:pink,hijau

Cara membuat:

1.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun.Putar dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan gebu ( sy putar selama 7 minit)

2.Setelah kembang,bahagikan adunan kepada dua bahagian.Warnakan.

3.Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paipkan secara selang-seli ke dalam cup yang disediakan.(paipkan hingga penuh supaya cantik mekar)

4.Kukus dengan api kuat selama lebih kurang 15 minit.



Terima kasih sudi membaca.Selamat mencuba.