Khamis, 1 Oktober 2015

Strawberry Tart

Salam ceria selalu.


Lama juga Rahel simpan acuan tart bunga ni.Bila tengok orang pos  tat bunga yang cute dengan pelbagai hiasan memang teringin sangat2 membuatnya tp apakan daya ada kerja lain pulak yang perlu diutamakan,tambahan pulak ada budak kecik sudah yang semakin lincah pergerakan sana-sini mengemas barang.

Resepi kali ni guna resepi yang ada pada acuan tu ja,cuma Rahel olah ikut selera Rahel.Sedap pulak strawberry tart ni...opsss macam hari raya pulak...hehehe.Pada yang teringin mencuba dipersilakan,tapi part masuk tepung hongkong tu pandai2 la ya..masuk sikit2 dulu,agak2 dah ok untuk terap baru berhenti tambah tepung ya.Selamat mencuba.


Strawberry Tart

Bahan-bahan:
125g mentega
  60g gula icing
      1 kuning telur
150g tepung hongkong
100g tepung kastard
  30g tepung jagung
    7g tepung susu
   1/2 tsp esen vanila
   1/2 tsp strawberry paste
   1/2 tsp pewarna pink

Jem Strawberry untuk inti~timbang 5g~bulatkan

1 biji kuning telur untuk sapuan

50g white cooking chocolate ~cairkan untuk hiasan

Caranya:
1.Sebatikan mentega,gula icing,kuning telur,pewarna,strawberry paste & esen vanila.
2.Tambahkan tepung.Uli hingga jadi doh.
3.Canai doh,kemudian terap dengan acuan bunga.Sapu kuning telur.Letak jem strawberry.
4.Bakar dalam oven pada suhu 150c selama 35 minit.
5.Setelah masak,sejukkan atas redai kemudian paipkan white chocolate.


Enjoiii.