Rabu, 29 Julai 2015

Tat Nenas Keju

Salam ceria selalu.


Rasanya belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung Rahel Blogspot.Kali ni kita share lagi resepi Tat Nenas Keju...harap takda yang bosan ya.Resepi kali ni kita ambil dari dapur Orenzkitchen.Resepi asal memang tidak letak keju tapi kita mo makan yang ada keju jadi kita gaul la skali dengan serbuk keju parmesan.Oh ya,satu resepi ni boleh dapat 100++ tat gulung,tapi saya buat 1/2 adunan sahaja,maka dapat la 70++ dan hasilnya enak banget.Saya guna Anchor Butter untuk doh supaya rasa dia lebih mantap.


TAT NENAS KEJU
Sumber:Orenzkitchen 

Bahan Doh:
250g Marjerin
250g Mentega
  40g Serbuk Keju Parmesan (resepi asal tak letak keju)
100g Gula Aising
      4 biji kuning telur
700g tepung gandum
      4 sudu besar susu tepung

Bahan Olesan:(mix)
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh madu
1 sudu teh minyak masak
1 sudu teh air

Hiasan:
Cheddar Cheese~diparut

Cara Membuat:

1.Pukul mentega,marjerin,keju,telur dan gula aising hingga bercampur rata.
2.Tambahkan tepung gandum dan susu tepung,pukul perlahan hingga rata.
3.Masukkan adunan ke dalam acuan tat,tekan hingga mencapai panjang yang sesuai.
   Letak inti nenas di salah satu ujung adunan tadi,kemudian gulung kemas.
4.Letak dalam dulang pembakar,sapu dengan bahan olesan,tabur keju di atasnya.
5.Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 30 minit.


Enjoiiiiii

Jumaat, 24 Julai 2015

Ayam Pedas

Ayam masak pedas ni selalu saya buat sebab sukakan rasa pedas gitu.Boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya.Kadang tak masak sayur dah jika ada lauk macam ni.Ayam pedas ni sesuai juga dihidangkan dengan nasi pulut.


Ayam Pedas
Resepi Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
2 bahagian paha ayam-potong sesuai selera
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan gula pasir
sedikit lada sulah
1 sudu makan saus manis ABC
2 helai daun limau purut
300ml air

5 ulas bawang putih}
2 inci halia}--------------ditumbuk
3 biji buah keras}

1 sudu teh serbuk pati ayam maggi
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak:

1.Panaskan minyak.Tumis bahan tumbuk hingga wangi.

2.Masukkan ayam,tumis hingga berubah warna.

3.Tambahkan serbuk cili,gula,lada sulah,saus manis ABC,daun limau,pati ayam,air dan garam.Masak hingga ayam empuk.



Selamat mencuba.