Rabu, 8 April 2015

Tart Telur

Selamat petang dan salam penuh ceria....


Petang-petang ni pandai pulak tekak kita ni mencari kudapan yang enak2.Time pi di rumah lahad datu hari tu sempat juga selongkar buku resepi yang masih terusun rapi dalam kotak.Kotak ni dah 3 tahun terbiar,boleh gitu? ya ni kotak yang dari Mersing lagi 3 tahun lalu...hehehe...dulu kan my abang bertugas di Mersing,jadi Rahel pun selalu pi Mersing.Time duduk Mersing rajin juga beli buku resepi,time tu selalu beli buku resepi Sajian Sedap sebab nampak gambar cantek dan resepinya juga menarik,harga pun mampu milik.Cuba bayangkan,punya lama tersimpan resepi Tart Telur ni,hari ni baru tertunai hasrat di hati.

Cakap bab Tart Telur ni memang banyak sangat resepinya bertaburan di google,tapi kan banyak juga yang gagal..entah di mana silapnya.Jadi hari ni daku terpanggil untuk share resepi yang sedap dan secukup rasa,tidak terlalu manis dan tidak cerewet penyediaannya.

Oh ya,mungkin ada yang bertanya,kenapa permukaan tart ada semacam dot2 putih....haaa yang itu sememangnya putih telur yang tidak berapa hancur time dipukul dan satu lagi...Rahel terlupa tapis sebelum tuang masuk kulit tart...itu la puncanya..tapi tak mengapa...tart telur tetap masak dengan elok..agak suam2 lagi tak kesabaran mahu makan...sedapnya...suka sangat...apa lagi...kita makan...


TART TELUR
Sumber:Buku Sajian Sedap 

Bahan kulit:
100g mentega tawar sejuk
1/4 st garam
30g gula icing
150g tepung gandum
20g tepung susu
1/2 st serbuk penaik
1 biji kuning telur

Bahan Inti:
50g gula kaster
1/4 st garam
1/4 st esen vanila
150ml air
4 biji telur~pukul ringan
100ml susu evaporated

Cara membuatnya:
1.Kulit;campurkan mentega tawar sejuk,garam,gula aising,tepung gandum,susu tepung dan
   serbuk penaik sehingga berbutir.
2.Masukkan kuning telur.Uli sehingga menjadi lembut.
3.Leperkan di cawan aluminium berdiameter atas 8 cm,bawah 4.8 cm dan tinggi 2 1/2 cm.
   Bentukkan bahagian tepinya sambil ditekan menggunakan garfu.
   Cucuk-cucukkan dengan lidi.
4.Bakar selama 10 minit dengan suhu ketuhar 170c sehingga setengah masak dan berkulit.
   Sejukkan.
5.Inti;rebus gula kaster,garam,esen vanila dan air sehingga mendidih dan gula larut.Sejukkan.
6.Pukul ringan telur.Masukkan larutan gula dan susu evaporated.Kacau rata.
7.Tuang ke dalam kulit.
8.Turunkan suhunya sehingga  160c.Bakar lagi selama 25 minit sehingga masak.
   Sejukkan.

Pesan Sedap;
Pukul telur jangan sehingga berbuih supaya permukaan licin dan berkilat.

Untuk kulit tart Rahel guna acuan saiz dasar 2'' dan saiz atas 3''.Boleh dapat 9 tart telur,
tapi masih ada lebihan inti yang tak habis pakai...sayang kan? Kulit tart Rahel bakar pada suhu 170c selama 20 minit.Kemudian time masukkan inti Rahel bakar pada suhu 150C selama 35 minit sampai kelihatan berkilat di permukaan tart dan masih basah sikit di tengah.Masa bakar dulang tart Rahel letak di rak paling bawah.Bakar guna api atas dan bawah.Kena jaga time bakar tart ni jangan sampai gelembung2 di permukaan...nanti tart telur kita kurang cantek.Oh ya,lepas tekan doh masuk dalam acuan Rahel tak cucuk pun dasar tart tu...hehehe..Itu aje yang Rahel tahu.

Selamat mencuba.


Enjoiiii....

Selasa, 7 April 2015

Tat Keju

Salam ceria selalu.
Sekarang ni bukan musim raya pun rajin juga buat tat nanas.Tat nanas ni memang salah satu biskut kegemaran ramai sebab Rahel sentiasa dapat tempahan tat nanas.Kali ni tayang tat keju khas buat pelawat dapur Rahel Blogspot.Sudah tentu ada yang sedang mencari-cari resepi tat keju untuk pendapatan sampingan,lagi pula nda terasa masa berlalu dengan pantas dan tak lama lagi tiba bulan puasa..tentunya time tu ramai yang sebok berbelanja untuk bahan-bahan biskut dan semestinya bahan-bahan untuk tat nanas ni tidak ketinggalan kan.Ok lah,baik kita tengok dulu apa bahan-bahan yang perlu kita sedia untuk buat Tat Keju ni.


TAT KEJU
Sumber Resepi:Buku Resepi 165 Kek & Biskut Raya

Bahan-bahan:
400g tepung gandum
125g mentega
125g marjerin
100g keju cheddar~diparut
50g gula aising
1/2 sudu teh vanila
2 biji kuning telur
1/2 biji telur
1 sudu makan serbuk kastad
1 susu makan susu tepung
1 sudu teh esen susu

Bahan Lain:
Inti nenas secukupnya
Keju cheddar parut secukupnya
Kuning telur~untuk disapu

Cara membuat:
1.Satukan mentega,marjerin,gula aising,vanila,esen susu dan telur.Pukul sehingga kembang
   dan sebati.
2.Tabur keju cheddar dan digaul rata.
3.Masukkan tepung gandum,tepung kastad dan susu tepung.Gaul sehingga rata.
   Rehatkan doh selama 30 minit.
4.Ambil doh sebesar sudu teh dan masukkan inti nanas di tengahnya.Bulat-bulatkan seperti
   bebola.
5.Sapu kuning telur dan tabur keju parut di atasnya.
6.Bakar dalam ketuhar selama 25 minit pada suhu 170'C atau 180'C.

Doh ni juga bagus untuk dibuat tat keju gulung sama seperti gambar di bawah.Cuma elakkan tabur keju parut terlalu banyak dipermukaan tat sebab akan mengganggu lelangit time kita makan,jadi tak siok pulak.Untuk saiz tat bulat tu kalau mo nampak cun sebaiknya timbang inti nenas 4g dan untuk kulitnya 6g.Untuk sapuan kuning telur tambahkan sedikit pewarna lemon yellow.Dalam resepi ada guna 1/2 biji telur dan esen susu,dua bahan ni Rahel tak letak.Satu adunan ni boleh dapat 120 biji ++ tat keju.Tapi terpulang juga pada saiz tat yang kita buat.Rahel bakar tat pada suhu 150'C selama 30 minit api atas dan bawah.

Selamat bekerja di dapur.....



Selamat mencuba.

Sabtu, 4 April 2015

Pengat Pisang

Salam ceria selalu..
Akhirnya tertunai sudah hasrat di hati mau makan pengat pisang.Beberapa hari lalu ada la beli satu sisir pisang saba,sebahagian sudah dibuat cekodok,jadi yang sisanya tu kita buat pengat la untuk hidangan petang...ermm sedapnya hirup kuahnya...terasa lemak santan dan gula merahnya....


PENGAT PISANG
Resepi dari Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
4 buah pisang saba (guna pisang apa2 pun ok bah)~dipotong serong
50g sagu mutiara~letak dalam saringan dan cuci di bawah air paip
800ml air
100ml santan pekat (sy guna santan dlm kotak ja)
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan disimpul

100g gula merah}
100ml air}-panaskan hingga gula larut kemudian tapis

Cara memasak:
1.Jerang 800ml air hingga mendidih,tambahkan sagu mutiara.Kacau hingga sagu jernih.
2.Tambahkan pisang,air gula merah,santan,daun pandan & garam.Kacau tanpa henti sehingga pisang masak.Sedia dihidang.

Kalau banyak rakyat jelata gandakan saja bahan2nya ya.
Selamat mencuba.


Enjoiiii....