Jumaat, 27 Februari 2015

Chocolate Chip Cookies

Selamat petang.
Enaknya jika minum petang ada kudap-kudapan,makanya saya buat chocolate chip cookies sebagai peneman Neslo susu.Waduh...nda terasa banyak sudah cookies ditelan.Kalau bsikut/cookies yg lain mungkin kita akan cepat jemu kan...tapi kalau coklat cip memang nda kan jemu...makin lancar ada la.Nah...apa tunggu lagi...jemput la minum petang....


Chocolate Chip Cookies

Bahan-bahan:
300g tepung gandum}
5g soda bikarbonat}~~~~diayak
260g gula perang
150g mentega/marjerin
1 sudu teh esen vanila
2 kuning telur gred A

120g coklat chip
100g kacang pecan/walnut/almond~dibakar 10 minit pd suhu 170'C,kemudian cincang

Cara membuat:
1.Sebatikan mentega,gula perang dan kuning telur.
2.Tambahkan tepung gandum,esen vanila.Gaul rata.
3.Tambahkan coklat chip dan kacang pecan.Gaul rata.
4.Guna sukatan 1/2 sudu besar,tekan doh ke dalam sudu,keluarkan dan susun dalam dulang.
5.Bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit (bergantung kepanasan oven masing2 ya)

Enjoiii

Rabu, 25 Februari 2015

Durian Custard Crepe

Salam ceria selalu.


Saya namakan durian custard crepe sebab teringin sangat makan crepe yang berintikan custard durian.Selalu sangat makan yang guna fresh cream,memang betul la kata orang,cepat muak sikit,tapi kalau guna custard + isi durian memang sedap betul...tidak muak kita makan.Penampakan crepe sampai terkoyak sebab terlebih muatan..hahaha...len kali jangan ikut cara saya ya...sebenarnya custard + isi durian tu berat sangat bagi kulit crepe yg nipis,jadi itu pasal la terkoyak.

Sebelum kita buat adunan crepe elok kita siapkan custard durian awal-awal sebab kita akan sejukkan custard baru boleh guna.Jika malas mahu buat custard durian,guna saja fresh cream...lagi senang dan cepat.

DURIAN CUSTARD CREPE
Diolah oleh Rahel

Durian Custard dari Dapur Kak Wan

Bahan-bahan:

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard/tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml susu segar
3 biji kuning telur
1/2 sudu besar mentega
3-4 ulas isi durian

Isi durian secukupnya untuk inti crepe

Cara membuat custard:
Satukan semua bahan kecuali mentega dan isi durian,whisk/kisar hingga rata dan tapis
Masak di atas api perlahan hingga pekat,masukkan mentega,kacau hingga licin dan tidak berketul
Simpan di dalam peti sejuk sebelum di guna

Crepe 5 jenis tepung

Bahan-bahan:

15g tepung hongkong
25g tepung jagung
13g tepung ubi kentang
13g tepung ubi kayu
8g tepung kastard
20g gula icing
1/8 sudu teh garam
15g butter cair
250g air
1 sudu esen vanila
6 biji telur gred A
Pewarna kuning


Cara membuat crepe:

Untuk buat kulit masukkan kesemua bahan2 tepung dalam bowl

Buat lubang di tengah,masukkan bahan cecair sikit demi sikit,kacau sampai sebati

Tapi baru masukkan pewarna

Tuang sesenduk dalam nonstick pan..lenggang kasi nipis,tak perlu terbalikkan,bila dah siap
letak inti custard dan isi durian..lepas tuh balut macam balut popia,tapi kena berhati-hati.




Sedapnya.

Selasa, 24 Februari 2015

Bubur Nasi Udang

Selamat pagi.
Semoga sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga tercinta.Awal pagi ni perut terasa lapar sangat jadi Rahel buat la bubur nasi letak udang untuk mengalas perut.Kira lama juga Rahel nda buat bubur nasi ni,biasa beli ja di restoran mak donal..sedap buburnya tu,tapi kebelakangan ni Rahel perasan dia terlebih letak minyak bawang le...rasa berminyak gitu.

Kali ni resepi bubur nasi udang ni main campak2 jak..ndada sukatan sebab Rahel tahu kamu orang memang sudah terer pun buat bubur nasi kan...ermmm jom layan sekejap bubur nasi udang...


BUBUR NASI UDANG

Bahan-bahan:

Nasi putih
Air
Udang segar dibersihkan
Halia diketuk
Garam secukup rasa
Pati ayam maggi

Bawang goreng
Daun sup/daun bawang-dipotong
Lada putih

Cara memasak:
Tanak nasi,air dan halia hingga jadi bubur
Tambahkan udang,garam & pati ayam.Masak lagi hingga udang masak.
Hidang bubur nasi bersama lada putih,bawang goreng dan daun sup.


Enjoiii.

Isnin, 23 Februari 2015

Seri Muka Durian

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Rahel Blogspot.Harap semua sihat dan baik-baik saja ya.Hari ni kita buat seri muka durian untuk hidangan petang.Walaupun Rahel nda pernah lagi ikut mana2 kelas talam tapi pada Rahel resepi ni sangat senang dan mudah disiapkan.Hasilnya pulak memang tak menghampakan...sangat sedap..entah berapa potong sudah Rahel makan.Sekarang ni musim durian jadi nda susah la untuk dapatkan stok durian.Macam-macam resepi berasaskan durian yang menarik perhatian.Tunggu masa ja buat semua nya.Ok la...jom kita minum petang pulak...layannn...



KUIH SERI MUKA DURIAN
Sumber: Rima & Hana 

Bahan-bahan
Lapisan bawah

250g beras pulut-rendam 1 jam dan toskan
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
1/2 sk gula

Cara-cara:
Sediakan periuk kukusan dan panaskan air.Satukan semua bahan di atas dan gaul sebati.
Kemudian kukus lebih kurang 30-35 minit atau sehingga pulut masak.
Keluarkan daun pandan.Masukkan pulut ke dalam loyang yang dialas dengan daun pisang
@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan.Tekan padat.Ketepikan sebentar.
(Rahel guna tips Puan Hanieliza macam Hana guna loyang spring form dan alas dengan
plastik wrap)

Bahan-bahan
Lapisan atas

150g isi durian
125g gula
3 biji telur
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.KetepikanSatukan telur,gula,tepung,
santan,garam dan pewarna.Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
Campurkan isi durian tadi.Masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat
Tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40 atau sehingga masak.Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain
 agar tidak menitik air atas kuih.
Tunggu benar-benar sejuk baru potong..


Rahel guna loose pan empat segi saiz 8"x8"

Enjoiii.

Jumaat, 6 Februari 2015

Cekodok Mackerel

Salam ceria selalu.


Ada baby Alfian membuatkan saya sentiasa terkejar2 sudah kalau mahu masak atau mahu siapkan tempahan,itu pun kena tunggu dia tidur baru ada senang.Konon mahu buat cekodok udang semalam,terlupa pula keluarkan udang dari esbok,sudahnya mackerel dalam tin jadi mangsa...kena masak cepat2 sebelum bos besar terjaga...oke lah jom kita buat cekodok mackerel....


Cekodok Mackerel

Bahan-bahan:
1 tin (230gm) mackerel,dibuang sos,kemudian hancurkan
1 tangkai cili merah,dicincang
3 pokok daun bawang,dipotong
1 biji bawang besar,dihiris
1/2 sudu kecil lada putih biji,ditumbuk
5 ulas bawang putih,ditumbuk
1 biji telur
5 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1.Satukan semua bahan dan gaul rata.
2.Ambil sesudu adunan dan goreng hingga masak.
3.Hidang dengan nasi dan sayur bening....sedap...kalau ada sambal belacan lagi la sedap.

selamat menjamu selera.