Rabu, 21 Januari 2015

Blueberry Cheese Tart

Salam ceria selalu💋




Sementara tunggu baby Alfian terbangun saya sempatkan lagi buat sedikit blueberi cistat untuk sarapan.Rasanya lama juga saya tidak buat tat untuk sendiri makan,selalu buat untuk tempahan sahaja.Suami belikan buku resepi Saji keluaran November 2014,memang best2 semua resepi dalam tu.Salah satunya ialah resepi blueberi cistat yg akan sy kongsikan.Berkenan sangat dengan resepi ni,nampak bahannya mudah dan senang untuk disiapkan.Terima kasih kepada pemilik resepi Zanzafaraini Abdullah,semoga sentiasa dimurahkan rezeki.Ijinkan saya untuk share pula resepi di sini sebagai rujukan pembaca blog Rahel.


Blueberry Cheese Tart
Sumber:Saji (Zanzafaraini Abdullah)

Bahan-bahan:
150g mentega
90g gula
1 biji telur
250g tepung
1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan isian keju:
Puri blueberry secukupnya
250g krim keju
50g gula
1 biji telur

Cara menyediakan:
1.Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2.Masukkan telur dan esen vanila.Sebatikan.
3.Masukkan tepung dan gaul sebati.Bentukkan ikut acuan.Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit.
4.Pukul krim keju dan gula sehingga kembang dan masukkan telur.
5.Isikan pastri dengan puri blueberi diikuti bahan krim keju.Bakar selama 20 minit pada suhu 180'C.(ikut kepanasan oven masing2 ya)

Untuk ke depannya saya akan kurangkan sukatan gula dalam adunan,sebab pada tekak saya ianya agak manis sikit.Tapi terpulang pada selera anda.




Enjoiii

Selasa, 20 Januari 2015

Ayam Masak Keluak

Salam ceria selalu.Menu hari ini kita masak ayam keluak versy Rahel.Setiap orang ada resepi masing-masing jadi kenalah masak ikut cara masing2 kan? Saya suka makan ayam masak keluak ni,tapi bukan senang nak dapatkan stock keluak,yang ada jumpa pun kadang masih dalam bentuk biji bukan serbuk jadi leceh sikit.Serbuk keluak ni pun sepupu yang bagi so dapatlah merasa ayam masak keluak.


Ayam Masak Keluak
Resepi dari Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
700g ayam dipotong sesuai selera
3 sudu makan penuh serbuk keluak~dibancuh dg sedikit air jadikan pes
5 ulas bawang putih}
2 biji bawang merah}~~dihiris
2 inci halia}
1 genggam cili padi-dicincang
1 lembar  daun bay
1 batang serai~dititik
500ml air
1 sudu kecil pati ayam maggi
garam secukup rasa

Cara memasak:

1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bahan hiris hingga naik bau.

2.Tambahkan cili padi,daun bay,serai dan ayam.Tumis hingga ayam berubah warna.

3.Tambahkan pes keluak dan juga air.Tambahkan pati ayam & garam.Masak sampai ayam empuk.


Selamat menjamu selera.

Rabu, 14 Januari 2015

Perkedel Jagung


Salam ceria selalu ...semoga sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang.Menu kita hari ni tersangatlah simple...tutup mata pun boleh buat kan? Rasanya semua pun terer buat perkedel jagung..macam buat cekodok tepung gandum ja kan...main campak2 ja...pastu goreng dan  kemudian boleh hidang dengan sos kegemaran.Lain orang lain resepinya,jadi boleh la cuba resepi makcik yang super simple ni...jom...


Perkedel Jagung
Resepi dari Rahel

Bahan-bahan:
2 buah jagung-dihiris isinya
100g tepung gandum
2 tangkai cili merah-dicincang
1 sudu kecil lada putih~ditumbuk
5 ulas bawang putih~ditumbuk
1 ikat daun sup~dipotong2
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur A
3 sudu makan air
1sudu kecil pati ayam maggi
1 sudu kecil garam atau secukup rasa

Cara-cara:
Satukan semua bahan.Gaul hingga sebati.
Panaskan minyak secukupnya.
Guna sudu makan,sudukan adunan ke dalam minyak panas.Goreng hingga masak.
Siap untuk disajikan.


Sabtu, 10 Januari 2015

Southern Devil's Food Cake

Salam manis dan selamat tahun baru 2015..


Hari ni Rahel baru ada kesempatan upload resepi,jadi macam belum terlambat lagi kan untuk ucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca dapur Rahel Blogspot tak kira di mana berada.Semoga kita semua sentiasa diberi kesihatan oleh sang pencipta,serta lebih maju,kaya dan berjaya dunia dan akhirat...amin.


Resepi yang pertama dikongsikan dalam tahun 2015 ialah kek coklat yang disukai ramai.Resepi cedok dari buku resepi yg baru kita beli...memang mantap betul rasa dia.Kek yang moist dan lembut disalut dengan ganache yang sudah semestinya membuatkan kita menjilat jari...pada kawan2 yang rajin buat kek boleh la mencuba resepi ni ya...pada yang tak sempat buat atau tak cukup peralatan baking di rumah,boleh la tempah kek ni dengan kita ya...harga berpatutan....hehehe...

Southern Devil's Food Cake
Sumber;Buku resepi


Bahan untuk kek

3/4 cup unsalted butter
1 3/4 cup tepung gandum
2 cup brown sugar
2 tsp vanilla extract
3 biji telur A
3/4 cup serbuk koko
1 1/4 tsp baking soda
1 tsp baking powder
1 tsp garam
1 1/2 cup buttermilk suhu ruang
1/4 cup mayonis

Cara membuat kek;
1.Panaskan oven 175'c.Griskan 2 loyang bulat 8''.
2.Pukul butter bersama vanilla dan brown sugar selama 5 minit.
3.Tambahkan telur satu persatu.Pukul rata.
4.Tambahkan tepung gandum,serbuk koko,garam,baking soda dan baking powder.Gaul rata.
5.Tambahkan buttermilk,gaul rata.Akhir sekali tambahkan mayonis.Gaul sebati.
6.Tuang ke dalam loyang.Bakar kek selama 35 minit atau sehingga kek masak.
7.Setelah kek masak biarkan kek sejuk baru lepa dengan ganache.

Ganache;
Resepi dari Wendy Kor

500g dark coklat
500g UHT Whip cream
50gm sirap kencana
50gm butter

Panaskan whip cream,sirap kencana dan butter
Tuang cream ke dalam coklat yg telah dicincang.Kacau hingga sebati.
Biarkan coklat betul-betul pekat baru lepa pada kek.


Enjoi.