Selasa, 30 September 2014

Almond Bars

Selamat petang...


Setelah beberapa hari saya tidak mengambil apa2 tempahan maka ada la banyak masa untuk mencuba resepi yang telah lama tersimpan dalam lemari.Selalunya bila keluar jalan2 dan ternampak buku resepi memang tidak sah kalau tidak membeli,sampai rumah resepi dalam buku di tengok satu persatu,jika resepinya menambat hati,maka akan dicari la satu hari yang lapang tu khas untuk mencuba.Hari ni saya tertarik untuk mencuba Almond Bars,resepinya mudah dan nampak sedap dalam gambar.Terbayang-bayang seperti apakah kejadiannya bila sudah keluar dari oven...


Pada mulanya saya ingatkan Almond Bars ni manis sangat sebab tengok bahan2 dalam resepi pastry n filling ada guna gula caster n jem buahan,rupa2nya tidak...manis sedang2 saja dan sesuai dengan tekak saya.Kalau mahu tahu bab Almond Bars ni,pastry dia lembap...mungkin sebab adanya jem buah tu...dan fillingnya pulak memang moist dan lembut...bila masuk mulut...sedapnyaaa...tambahan pulak dengan hirisan almond yang crunchy...time bakar dalam oven pun punya la harum semerbak...memang berbaloi mencuba...so jangan tunggu lama-lama ya...cuba laaa...


ALMOND BARS
Sumber:Love Food

Bahan untuk Pastry:
175gm tepung gandum~diayak
125gm butter
25g gula caster
1/2 tsp esen vanila
1 biji kuning telur

Filling:
115gm butter
110gm gula caster
115gm serbuk almond (saya guna serbuk hazelnut)
3 biji telur gred A
1/2 tsp esen vanila
4 tbsp jem raspberry
Sedikit hirisan almond~dibakar sekejap dlm oven

Cara membuat Almond Bars:

Masukkan semua bahan untuk pastry ke dalam mangkuk,gaul dan uli sehingga jadi doh.

Masukkan doh ke dalam loyang empat segi 8"x 8".Ratakan.Mampatkan.

Simpan dalam peti sejuk selama 15 minit.Setelah itu keluarkan dari peti sejuk dan ratakan juga jem raspberry di atas pastry.Ketepikan.

Sementara itu panaskan oven pada suhu 165'C

Pukul butter bersama gula caster selama 5 minit.

Tambahkan telur,esen vanila.Putar hingga rata.

Tambahkan serbuk almond.Putar lagi hingga rata.

Tuang adunan ke dalam loyang yang ada pastry tadi.

Tabur hirisan almond di atasnya.

Bakar dalam oven selama 40-45 minit (bergantung kepanasan oven masing2)

Setelah masak,biarkan almond bars sejuk baru keluarkan dari loyang dan potong.



Enjoiii.

Khamis, 25 September 2014

Strawberry Macarons

Salam penuh ceria,semoga sentiasa dalam lindungan-NYA.

Beberapa hari yang lalu saya share resepi Hazelnut Chocolate Macarons dengan sedikit petua maka hari ini saya muncul dengan resepi Strawberry Macarons dan akan menambah lagi petua malam jumaat khas buat pembaca blog Rahel Blogspot.Saya bukanlah pakar macarons,saya share apa yang saya dapat ketika menyiapkan satu resepi dari buku resepi macarons atau resepi dari google.Semoga ia bermamfaat.


Sudah bersediakah dengar saya membebel? hehehe.Ada kakak2 adik2 yang selalu bertanya apa petua untuk menghasilkan macarons yang cantik...dan yang paling bermasaalah selalu ialah bahagian kaki macarons yang tak mau terbentuk....ini penyakit nombor satu cik macarons kalau sudah merajuk.Baiklah kita teruskan lagi dengan petua malam jumaat....

Serbuk badam,serbuk kacang hazel,serbuk kacang pistachio memang sedap untuk buat macarons,jadi sebelum kita guna sebaiknya di jemur di bawah panas matahari lebih kurang dua jam gitu,ini untuk mendapatkan serbuk kacang yang benar2 dalam keadaan yg kering...jangan guna serbuk kacang yang lembap atau baru keluar dari peti sejuk...cik macaron tak suka tau...

Gula icing yang kita guna pun kena pilih betul2,tak boleh main hentam saja...tak boleh guna gula icing yang banyak campuran tepung jagung.Gula icing yang sesuai kita guna ialah keluaran Nazri dan Prai...memang mahal sikit harganya dari beli gula icing di kdi bahan bakery.Sebelum kita guna sebaiknya diayak terlebih dahulu.

Gula caster macam biasa la...tapi yang ni pun kena tengok juga,jika ia lembap atau bergumpal2 sebaiknya cari gula caster yang dalam keadaan kering berderai.

Putih telur yang kita guna tu tak semestinya yang fresh dari ladang,jika ada lebihan2 putih telur dari peti sejuk pun boleh guna,yang paling penting tiada sikitpun kuning telur dalam tu dan yang penting bekas simpan putih telur bebas minyak...cik macaron tak suka minyak tau...

Pewarna makanan yang kita guna dalam adunan macaron ialah yang liquid,gel dan serbuk.Boleh juga guna pewarna biasa,tapi letak sikit sahaja ya kerana boleh menyebabkan meringue cair betul.

Mangkuk adunan,besi pengadun,sudu,nozel,spatula,food processor sebaiknya dijirus dengan air panas dan keringkan dengan tisu atau tuala dapur yang bersih.Bag piping juga kena guna yang baru bukan bekas buat fresh cream atau cream cheese atau butter cream ya...cik macaron tak suka minyak tau...

Boleh tengok sikit petua lagi di sini.Sekian dulu petua malam jumaat...


STRAWBERRY MACARONS
Sumber:Buku resepi macarons

Bahan-bahan:
75g serbuk badam (saya guna serbuk hazelnut)
115g gula icing,ayak
2 biji putih telur saiz L
50g gula caster
Sedikit pewarna merah jambu (liquid)

Filling:
55g unsalted butter
1/2 tsp vanilla extract
115g icing sugar,diayak
Strawberry fruit filling

Cara-cara:
1.Satukan gula icing bersama serbuk badam.Masukkan ke dalam food processor.
   Mesinkan hingga halus kemudian ayak.
2.Pukul putih telur hingga berbuih,tambahkan gula caster.Pukul lagi hingga menjadi
   meringue (jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak jatuh)
3.Tambahkan campuran serbuk badam+gula icing.Kaup balik (jangan terlebih gaul).
4.Tambahkan pewarna merah jambu.Kaup balik hingga rata.
5.Tuang adunan ke dalam piping bag yang telah diletak nazel biasa.
6.Paipkan adunan ke atas dulang yang telah dilapik baking paper atau silpat.
7.Biarkan adunan kering,jika disentuh ia tidak melekat pada jari.
8.Bakar macaron dalam oven pada suhu 150'C selama 15-20 minit (bergantung kepanasan
   oven masing2)
9.Setelah masak,biarkan suam2 kuku baru tanggalkan dari dulang.Sejukkan atas redai.
10.Letak inti.

Untuk Filling:
Pukul butter dan vanilla extract sehingga kembang dan gebu.
Masukkan icing sugar sedikit demi sedikit.Pukul sampai licin dan berkrim.
Masukkan ke dalam piping bag.Paipkan melingkar ke atas sekeping macaron.
Letak sedikit strawberry filling di tengah (lihat gambar di atas)
Tutup dengan sekeping macaron.Siap.


Enjoiii.....

Rabu, 24 September 2014

Putri Ayu Coklat

Salam ceria selalu...


Selalunya kuih putri ayu kaler hijau,tapi kali ni muncul dengan kaler coklat pula...bukan hanya kaler yang coklat tapi memang ada rasa coklat.Resepi asalnya putri ayu hijau,tapi daku tambahkan sedikit serbuk koko dalam adunan untuk dapatkan rasa coklat.Bukan suka-suki derhaka pada resepi tau,tapi tekak saja yg teringin banget makan coklat2...hehehe.Apa2 pun..terima kasih tak terhingga kepada Rohaya kerana telah berkongsi resepi yang mudah dan sedap.Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki.Pada kawan-kawan yang mahu mencuba putri ayu coklat...dipersilahkan...cuma ikut ja resepi yang disediakan ya....sazzzzz...

PUTRI AYU COKLAT
Resepi asal:Rohaya1710
Diolah oleh:Rahel Blogspot


Bahan-bahan:
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum (Rahel tolak 1 1/2 sudu besar & gantikan dg 1 1/2 sb serbuk koko)
1 cawan santan
1 sudu kecil ovalette

150g kelapa parut putih}
1 sudu makan tepung jagung}~digaul rata

Cara-cara:
1.Isikan kelapa putih ke dalam acuan,mampatkan.Sapu acuan dengan sedikit minyak.

2.Pukul gula dan telur hingga sebati,masukkan ovalette dan pukul lagi hingga pekat selama lebih kurang 10 minit.

3.Masukkan tepung,santan berselang seli dan pukul lagi hingga sebati.

4.Tuangkan adunan ke dalam acuan.

5.Kukus selama 8-10 minit dengan api sederhana.

Nota:
Rahel tambahkan 1 sudu teh baking powder ke dalam tepung gandum,kemudian ayak.


Selamat mencuba.

Sabtu, 20 September 2014

Nasi Tomato

Selamat pagi kepada semua pembaca blog Rahel Blogspot.Semoga sentiasa sihat dan ceria.


Awal lagi sudah menayang Nasi Tomato,semalam punya hidangan ler.Lama juga tidak pekena nasi tomato ni,semalam try cari-cari resepi yang mudah dan senang di google,tiba2 pulak ternampak resepi Nasi Tomato dari Puan Hanieliza lengkap dengan resepi beriani daging...tapi saya tidak punya stok daging,so saya ambik resepi nasi aje la...hermmm...memang sedap...licin....jom kita tengok bahan-bahannya.

NASI TOMATO
Sumber:Chef Hanieliza

Bahan-bahan:
5 cawan beras-cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato-cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b marjerin/minyak sapi
5 s/b minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan Tumis:
3 ulas bawang putih-hiris
5 ulas bawang merah-hiris
1 inci halia-hiris
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara memasak:

1.Tumis bawang merah,putih,halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau.Gunakan periuk rice cooker tu.

2.Masukkan susu cair,tomato,garam dan gaul rata.Tambah air dan biarkan mendidih.

3.Masukkan beras dan daun pandan/daun sup dan alihkan periuk ke dalam tempat rice cooker dan biarkan masak.

4.Apabila nasi telah kering,kacau rata tapi jangan sampai hancur.

5.Boleh hidangkan bersama lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun.

Enjoiii.

Jumaat, 19 September 2014

Hazelnut Chocolate Macarons

Salam ceria,semoga sentiasa bahagia.....


Lama juga rasanya saya tidak buat macaron aka cik manis ni...memang tidak boleh diamalkan selalu...boleh menyebabkan diabetes...hihihi.Perasaan yg teringin sangat tu muncul lagi semalam...nasib la ada sikit bahan-bahan dalam peti sejuk..jadi awal pagi selepas sarapan terus start mengadun...nasib la cuaca cerah masa tu...skejap jak adunan sudah kering dan hasilnya sungguh menyenangkan....saya gandingkan dengan green tea yang panas2...sedap pulak hazelnut macaron ni.Anda mahu mencuba?...sila ikut sedikit petua malam jumaat yang saya share...teruskan scroll ke bawah....jom!


Jika kita menggunakan baking paper,sebaiknya guna dua lapisan ya...ini utk mengelak bahagian bawah macaron cepat hangit semasa kita membakar.Saya lebih selesa guna silicone mat sebab ianya tebal dan tak perlu susah2 untuk lukis bulatan lagi.Sekiranya kita menggunakan silicone mat semasa paip adunan jangan terlalu penuh,sebaiknya tinggalkan sedikit ruang di tepi bulatan tu..sebab semasa proses mengering adunan akan melebar ke tepi,

Untuk proses mengering pulak kita kena banyak bersabar ya,sebab yang ni bergantung juga pada keadaan cuaca...lainlah kalau di negeri orang puteh...mereka ada alat pengering khas jadi tak perlu tunggu lama.Bila cuaca panas sekejap saja adunan sudah kering,tapi bila kena cuaca lembap atau hujan maka bersedialah untuk makan hati....kuang kuang kuang.

Oh ya,pastikan adunan benar-benar kering iaitu bila disentuh dengan jari ia sangat kering dan tak melekat pada jari.Jika adunan tidak cukup kering,boleh menyebabkan macaron kita meletup macam gunung berapi or retak semasa proses pembakaran.


Time kita bakar macaron pastikan kita jenguk skali skala ya...takut rentung pulak...hehehe.Pastikan suhu oven kita tu tidak terlalu panas ya...sebab boleh menyebabkan macaron kita jadi cookies or sangat crunchy.Macaron yg berjaya diluarnya rangup ala2 manja n dalamnya kenyal.Oh ya,sekiranya api oven bahagian atas sangat panas sebaiknya sediakan satu keping aluminium foil dan tutup macaron..ini untuk mengelakkan macaron kita jadi keperangan...


Setelah macaron kita sudah masak,keluarkan dari oven...jangan terus pandai2 mahu tanggalkan dari baking paper or silicone mat...tapi sebaiknya bersabarlah sebentar...tunggu dia suam2 kuku baru tanggalkan,kemudian sejukkan sebentar di atas redai.Bila sudah sejuk bolehlah diletak inti coklat dan simpan dalam bekas.Jika tidak habis di makan boleh simpan dalam peti sejuk..tahan 1-2 minggu.


HAZELNUT CHOCOLATE MACARONS
Sumber:Buku Resepi Macarons

Bahan-bahan:
75gm serbuk kacang hazel
115gm gula icing
2 biji putih telur saiz L
50gm gula caster

Inti Coklat:
Hazelnut and Chocolate Spread

Cara-cara:
1.Satukan gula icing bersama serbuk kacang hazel.Masukkan ke dalam food processor.
   Mesinkan hingga halus kemudian ayak.
2.Pukul putih telur hingga berbuih,tambahkan gula caster.Pukul lagi hingga jadi meringue
   (jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak jatuh)
3.Tambahkan campuran serbuk kacang hazel + gula icing.Kaup balik hingga rata.
4.Tuang adunan ke dalam piping bag yg telah diletak nozel biasa.
5.Paipkan adunan ke atas dulang yg telah dilapik baking paper atau silicone mat.
6.Biarkan adunan kering,jika disentuh ia tidak melekat pada jari.
7.Bakar macaron dalam oven pada suhu 150'C selama 15-20 minit (bergantung kepanasan
   oven masing)
8.Setelah masak,biarkan ia suam2 kuku baru tanggalkan dari dulang.Sejukkan atas redai.
9.Letak inti coklat.


Enjoiii....

Khamis, 11 September 2014

Pau Gebu & Lembut

Salam penuh ceria selalu...


Petang ni saya menyempatkan diri buat sedikit Pau untuk peneman Nescafee O.Semalam sebok mencari resepi pau yang simple dan yg pastinya haruslah mengguna tepung gandum sahaja...malas pi cari tepung pau...lebih2 lagi cuaca sekarang yg sangat panas...skejap datang hujan skejap panas terik.Maka terjumpa la resepi Pau Gebu & Lembut di dapur Noreen.Tengok bahan2nya memang simple,jadi kita pun ambik la resepinya.

Ermmm...hasilnya memang gebu & lembut.Suka sangat dan puas hati.Inti kita kasi peanut n kacang hitam aja.So terpulang pada selera memasing la ya...jika mahu inti yg sedap..rajin2 la skodeng di google...pastinya banyak resepi inti pau yang menarik.

Saya banyak buat kesilapan time buat Pau ni...hihihi.Pau tak berapa mulus sebab tak balut tudung periuk dg kain..pastu bila pau dah masak...saya biarkan dalam pengukus...maka merajuk la ia dan terjadilah bekas2 jerawat.Oh ya,untuk doh Pau pula saya letak 1 tsp pandan paste sebab doh mengguna tepung gandum dan saya tak mau pau yg kelihatan kuning.Jom kita lihat resepinya....


PAU GEBU DAN LEMBUT
Sumber:Noreen 

Bahan-bahan (10 biji)
250gm tepung pau atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
3gm (1 tsp) yis
2gm (1/2 tsp) baking powder (saya guna D A baking powder)
50gm (4 tbsp) gula castor
20gm (1 tbsp) lemak sayuran
2gm (1 tsp) bread softener-optional klu tiada pun pau masih lg gebu & lembut
1/2 cawan air suam (yg ni sy tambah lg air sampai doh elok diuli)

Inti secukupnya (sesuai selera)

Cara-cara:


1.Satukan tepung,yis,baking powder,gula dan bread softener ke dalam mangkuk adunan

2.Ulikan sebati dengan memasukkan air sedikit demi sedikit

3.Masukkan lemak sayuran dan ulikan lagi sehingga doh menjadi kental dan tidak melekat di tangan.

4.Jika menggunakan breadmaker masukkan semua bahan mengikut turutan air suam-yis-tepung baking powder-gula-bread softener-lemak sayuran

5.Kemudian pilih menu doh (tidak perlu menunggu sehingga doh siap selama 1 1/2 jam cukup sekadar 10 minit atau sehingga doh sebati dan bolehlah dikeluarkan dari BM)

6.Setelah itu bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 45gm dan bentukkanmenjadi bulat.

7.Ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti yang  disukai dan tutupkan semula menjadi bentuk bulat.Lakukan sehingga habis.

8.Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 minit atau 1 jam.

9.Sementara itu panaskan kukusan dan pastikan setelah air mendidih barulah dimasukkan doh2 tadi dan kukuskanlah selama 10 minit.

Note:Air kukusan perlulah betul-betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan  pau yang gebu dan lembut.


Jemput mencuba ya.