Khamis, 28 Ogos 2014

Chocolate Eclair

Salam manis selalu buat pembaca Rahel Blogspot.


Jika semalam Rahel tayangkan Durian Cream Puff hari ni tayangkan Chocolate Eclair pula.Sebenarnya adunan untuk cream puff dan eclair adalah sama.Bentuknya pula terpulang pada citarasa masing-masing.Kebiasaan letak custard filling untuk kedua-dua benda ni,tapi jaman skarang ada pelbagai perasa atau pelbagai cream untuk dijadikan filling.Untuk resepi pastry boleh lihat DI SINI.Isikan doh ke dalam piping bag dan gunting  hujungnya sebesar 2cm.Kemudian paipkan ke atas dulang sepanjang 3 inci.Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 30-35 minit api atas dan bawah.


CUSTARD FILLING:
200g UHT whip cream (Anchor)
100g instant custard powder
250ml susu full cream

Cara-cara:
1.Pukul UHT whip cream sehingga keras.Simpan dalam peti sejuk.
2.Satukan instant custard powder bersama susu full cream.Kacau hingga pekat.
3.Tambahkan UHT whip cream tadi.Kaup balik hingga rata.
4.Masukkan ke dalam piping bag.

CHOCOLATE GLAZE
150gm coklat masakan~dicincang
100gm UHT whipping cream

Coklat rice secukupnya untuk hiasan

Cara-cara:
1.Panaskan whipping cream.Tuang ke dalam cebisan coklat masakan.Kacau hingga coklat melarut.

PENYELESAIAN:
Paipkan custard filling ke dalam pastry tadi.
Celupkan pastry ke dalam chocolate glaze.
Hias dengan coklat rice.


Selamat mencuba.

Rabu, 27 Ogos 2014

Durian Cream Puff

Salam penuh ceria...semoga bahagia selalu...


PASTRY CHOUX
Resepi asal:Chef Alex Goh
Sumber:Mamawandiha @ Ratna

Bahan-bahan:
100g mentega
250ml air
1/2 camca teh garam
150g tepung gandum,diayak
3 biji telur gred A

Cara membuatnya:
1.Dalam periuk satukan air,mentega dan garam.Masak hingga air mendidih dan mentega cair.
   Masukkan tepung dengan pantas dan kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak
   melekat di periuk,gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.

2.Panaskan oven pada suhu 170'C.Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas
   dengan silicone paper.

3.Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam.Pecahkan telur dan kacau
   dengan garfu.Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis.Pukul
   hingga  adunan menjadi pes yang lembut.

4.Masukkan pes tadi ke dalam piping bag yang di pasang muncung bintang atau muncung biasa.
   Paipkan bentuk siput/spiral atas dulang pembakar.Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga
   kuning keemasan.

5.Bila masak,alihkan puff atas jaringan dan biar sejuk belah sedikit puff (jangan sampai putus) dan
   bolehlah paipkan kastad di tengah2nya.Sedia dihidangkan.


Bahan-bahan Kastard:
Resepi asal:Mamawandiha @ Ratna

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula kastor
250ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

Isi Durian secukupnya (yang ni Rahel yang tambahkan sesuai dengan tajuk laporan hari ni)

Cara-cara:
1.Campurkan kesemua bahan2 di atas kecuali mentega dan durian.Kacau rata menggunakan whisker.
2.Jerang atas dapur dengan api yang perlahan dan masak sambil dikacau2 sentiasa sehingga kastard
   nampak pekat.
3.Tutup api dan masukkan mentega dan kacau2 lagi.
4.Biar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.

PENYELESAIAN DURIAN CREAM PUFF:
1.Potong puff hingga putus.
2.Paipkan kastard,kemudian letak isi durian di atas kastard tadi.Jika suka,letaklah banyak2 isi
   durian...confirm terangkat.
3.Boleh terus hidang atau pun dinginkan sebentar dalam peti sejuk.


Selamat mencuba.

Sabtu, 16 Ogos 2014

Moist Chocolate Cake

Salam ceria selalu....


Moist Chocolate Cake
Resepi asal:Alex Goh

Loyang 9"

Bahan A:
250gm butter berkualiti
320g gula kastor
1/4 tsp coffee paste

Bahan B:
4 biji telur gred A

Bahan C:(diayak)
320gm tepung gandum
50g serbuk koko
1 tsp serbuk penaik
1 tsp soda bikarbonat

Bahan D:
240gm susu cair/fresh milk

Cara membuat:
1.Pukul bahan (A) dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu.

2.Tambahkan bahan (B) dan pukul hingga lembut
.
3.Tambahkan bahan (C) dan (D) secara selang-seli dengan kelajuan perlahan sehingga sebati.

4.Tuang adunan ke dalam loyang yg telah digris dengan butter dan dialas dg baking paper.

5.Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 40-45 minit atau sehingga masak.

Petua malam Juma'at dari Tuan Rumah @ Rahel Blogspot:

*Sebaiknya adunan dibahagi kepada dua bahagian dan gunakan dua buah loyang 9'' untuk
  membakar adunan agar ianya cepat masak dan tidak merekah.

*Jika menggunakan satu loyang 9'' sahaja,adunan akan lambat masak dan kemungkinan kek
  sedikit merekah.

*Sebaik saja adunan dituang ke dalam loyang,pastikan adunan diratakan agar kek naik dengan elok.

*Anda boleh gantikan tepung gandum dengan tepung superfine atau pun tepung kek.

*Gula kastor juga boleh digantikan dengan gula perang.

*Tambahkan 1 sudu besar chocolate emulco ke dalam bahan (A)untuk rasa kek yang sedap dan
  harum semerbak.


Chocolate Ganache/Filling
Resepi asal:Wendy Kor

Bahan:
500gm Dark Chocolate Compound-dicincang
500gm UHT Whipping Cream
50g Golden Syrup
50g Unsalted Butter

Cara:
1.Letak Coklat dalam mangkuk.Ketepikan.
2.Panaskan whipping cream,golden syrup,unsalted butter di atas api kecil sehingga naik wap.
3.Tuangkan ke dalam serpihan coklat tadi.Kacau perlahan hingga coklat melarut.
4.Sebelum diguna simpan ganache selama satu malam agar ia pekat.

PENYELESAIAN
1.Kek coklat di bahagi kepada 4 bahagian.
2.Letak sekeping kek atas papan kek.Lepa dengan chocolate ganache.
3.Tompok sekeping kek di atas ganache tadi,kemudian lepa lagi dengan coklat ganache.
   Buat macam ni sampai 4x.
4.Ratakan chocolate ganache keseluruh permukaan dan bahagian tepi kek.Kemaskan.
5.Jika ada sisa coklat ganache tadi,panaskan semula dan tuang di atas permukaan kek.
6.Hiaslah kek sesuai dengan kreativiti masing2.

*Tak dapat tengok bahagian dalaman kek ni sebab sudah bertuan..hehehe...tengok dari luar sahaja.


Selamat mencuba.

Jumaat, 15 Ogos 2014

Pecan Butterscotch Cake

Salam penuh ceria...


KEK SPAN VANILA

Loyang 8''

120gm gula kastor*
10gm ovalette*
4 biji telur gred A*
130gm tepung kek/tepung superfine*
1 sudu teh serbuk penaik*
40ml air
60gm minyak masak atau mentega cair
1 sudu teh esen vanila

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 170C.Siapkan 2 loyang bulat 8",griskan dengan mentega dan alas dasar acuan dengan baking paper.

2.Satukan bahan bertanda* dalam mangkuk sederhana besar.Menggunakan pemukul elektrik putar sehingga kembang dan gebu.Masukkan esen vanilla dan air.Putar lagi sehingga sebati dan masukkan minyak.Gaulkan hingga sebati.

3.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 30-35 minit.Bila dah masak,telangkupkan selama 5 minit agar kek tidak mendap.Terbalikkan semula dan lorekkan tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.Kek dibahagi 2.


KACANG KARAMEL
Sumber resepi:Azlita Masam Manis 

1 cawan kacang pecan
1/2 cawan kacang hazelnut
80gm gula perang
2 sudu besar madu

Cara:
Kedua-dua kacang dipanggan terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 170'C selama 15 minit.
Masukkan gula perang ke dalam periuk
Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api sederhana
Jangan sampai gula hangus.Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin.
Kemudian masukkan kacang yang telah dipanggang tadi.
Gaul rata dengan segera.
Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper.
Biarkan ia sejuk dan mengeras.Bila kacang telah sejuk dan keras,cincang sedikit.Ketepikan.

CREAM CHEESE BUTTERSCOTCH FROSTING

Bahan2:
340g mentega tanpa garam
1 1/2 cawan gula perang
1 cawan whipping cream/heavy cream/thick cream
1/2 sudu kecil garam
580gm cream cheese-dilembutkan
1/2 cawan gula icing-diayak
1 sudu teh esen vanilla

Cara:
Mula2 kita sediakan butterscotch terlebih dahulu.
Ambil 1/3 daripada mentega dan masukkan ke dalam periuk kecil.
Panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga butter mencair.
Kemudian masukkan gula perang.Masak hingga gula melarut.
Selepas itu masukkan garam dan whipping cream.
Kacau hingga ia licin dan berkilat.
Matikan api dan biarkan butterscotch sejuk sepenuhnya.

Dalam bekas mixer pukul cream cheese dan gula dengan speed sederhana hingga ia lembut dan berkrim.

Tambahkan butter yang selebihnya tadi (butter mesti lembut) dan terus pukul hingga ia rata dan berkrim.

Terus putar hingga adunan lembut,licin dan berkrim.

Masukkan cream cheese butterscotch frosting ke dalam piping bag,ini bertujuan untuk memudahkan kita meratakan cream atas kek kita nanti.

Jika cream agak lembik simpan sekejap dalam peti ais anggaran 15 minit.

BUTTERSCOTCH SAUCE

Bahan:
2/3 cawan gula perang
6 sudu besar mentega-potong kecil
1/2 cawan corn syrup
secubit garam
1/2 cawan heavy cream/whipping cream

Cara:
Masukkan gula perang,mentega,corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api sederhana
sehingga gula melarut.Tambahkan heavy cream.Masak hingga pekat.Sejukkan.

Sekarang bolehlah kita mulakan proses melepa kek.
(untuk gambar steb by step boleh tengok dalam blog masakan kak Azlita)

PENYELESAIAN

Ambil sekeping kek daripada kek yang kita telah potong tadi.
Letakkan atas lapik kek
Kemudian letakkan butterscotch sauce
Ratakan pada keseluruhan permukaan kek kita tu tadi.
Kemudian ambil kacang karamel yang telah kita cincang2 tadi.
Taburkan atas permukaan kek kita itu.
Jangan letak banyak sangat tau,nanti susah nak potong kek pulak.
Letak sekadar rata sahaja.

Selepas itu,dengan menggunakan piping bag yg kita telah isikan cream cheese butterscotch frosting tadi
dan mulalah lingkarkan atas kek kita.Ratakan.

Ambil sekeping lagi kek,lapisan kek yg ke 2.Sapukan dg butterscotch sauce,kemudian terlangkupkan
atas krim tadi.(yg ni Rahel buat 3x sebab ada 4 lapis kek span)
Ini bermakna,lapisan kek yg kedua diletakkan butterscotch pd kedua2 belah.
Akhir sekali kita salutkan atau lepa kek kita tdi dengan lebihan cream cheese butterscotch frosting.
Simpan dalam peti ais hingga cream cheese mengeras.
Kemudian bolehlah deco kek mengikut kreativiti masing-masing.

Hiaslah kek dengan kacang karamel yg telah dicincang. (yg ni Rahel abaikan)
Tuangkan juga butterscotch sauce

*Jika butterscotch cair,panaskan semula dan tambahkan sedikit coklat masakan putih untuk memekatkannya.
Tunggu ia benar2 sejuk baru tuang atas kek.

*Kalau tak suka manis boleh kurangkan lagi sukatan gula terutamanya pada resepi cream cheese butterscotch sauce.

*Kalau nak kek nampak kemas,curah white chocolate ganache terlebih dahulu baru tuangkan
  butterscotch sauce di atasnya.



Selamat mencuba.