Selasa, 25 Jun 2013

Pineapple Rolls

Salam...

Pineapple Rolls
Sumber resepi:Chef Alan Ooi

Bahan A:
220g mentega
60g icing sugar (diayak)

Bahan B:
1/2 tsp vanilla essence
1 biji telur (makcik ambik yg kuning jer)

Bahan C:
250g tepung gandum (kalau boleh ayak sampai 3x)
60g tepung jagung
30g tepung susu

Glazing:2 kuning telur

Cara membuat:
1.Sebatikan bahan A.Tambahkan bahan B.Gaul rata.Masukkan bahan C.Uli hingga menjadi
   doh lembut.
2.Tekankan ke dalam acuan tat gulung.Letak jem nenas.Gulung kemas.Susun dalam dulang
   pembakar yang telah digris atau diletak baking paper.Sapukan kuning telur.
3.Bakar dalam oven pada suhu 165'C selama 20-25 minit (makcik bakar tat pada suhu 170'C
   selama 30 minit)

Inti Nenas
500g nenas
150g gula
2 kuntum bunga cengkih

Cara membuat:
1.Buangkulit nenas,potong kecil.Blend hingga halus.
2.Masak nenas,gula & bunga cengkih sehingga pekat.
3.Bairkan sejuk.Buat bentuk bujur.


Terima kasih banyak2 kepada semua yang sudi tempeh tat nenas gulung.Selamat menikmati.

Jumaat, 21 Jun 2013

Lemon Macaroons

Salam...
Bertemu lagi kita di petang hari ini walau pun hanya di alam maya.Hari ni kebetulan memang tiada tempahan,jadi Rahel santai aja di rumah,sambil tu Rahel buat la apa yang patut untuk mengisi  waktu.Kali ni Rahel terpanggil lagi untuk mencuba satu resepi macaroons yang menggiurkan.Terbayang-bayang akan inti cream cheese yang masam manis dan juga kulit macaroons yang semestinya wangi kerana diletak parutan kulit lemon,maka diriku cepat-cepat bertindak untuk menyelesaikan lemon macaroons itew.
 
Setelah macaroons masak,cepat2 Rahel sejukkan atas redai,pastu nda' sabar rasanya mau merasakan apakah hasilnya lemon macaroons itew...betulkah seperti yang terbayang-bayang dalam fikiran...ahh semakin nda sabar mau letak itu filling cheese...satu persatu macaroons mula diletak filling...pastu memang nda sabar sudah...sebelum hidang lemon macaroons sempat juga Rahel bancuh nescafe susu secawan...mau menikmati suasana petang dengan secawan nescafe susu + lemon macaroons...dan kita pun mula la duduk baik-baik sambil tersenyum....ahaksss...mari makan macaroons...ermmm sedapnyaaaaa,rasa cheese masam manis dan macaroons yang wangi,tapi sempat juga bulu merinding...muaaaanis banget,walaupun inti cheese tu dah kurang gula tapi masih terasa sangat manis lemon macaroons itew...len kali akan buat lagi tapi kena kurangkan gula...huh! makcik sempat makan 3 ketul jak..pastu makcik tinggalkan macaroons tu...seram!
 

 
Filling:
115g mascarpone cheese
finely grated rind of 1/2 lemon
1 tsp lemon juice
4 tbsp lemon curd
 
Cara-cara:
1.Pukul mascarpone,lemon rind,lemon juice sehingga licin.
2.Tambahkan lemon curd.Gaul rata.
 
 
LEMON MACAROONS
Sumber:LOVE FOOD
 
Bahan-bahan:
75g serbuk almond
115g icing sugar
2 biji putih telur saiz L
50g caster sugar
parutan kulit lemon dari 1/2 biji lemon
pewarna kuning lemon (makcik guna soft gel lemon yellow colour)
 
Cara-cara:
1.Masukkan serbuk almond,icing sugar ke dalam food processor.Proses selama 10 saat.
   Ayakkan bahan ini.Ketepikan.
2.Dalam mangkuk yang bersih,putar putih telur sehingga berbuih halus.Tambahkan gula
   kaster sedikit demi sedikit (3x) sambil diputar sehingga sebati setiap kali menambah
   gula.Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga stif peak.
3.Tambahkan parutan kulit lemon.Putar rata (jangan terlebih putar tau).
4.Tambahkan campuran serbuk almond + icing sugar sedikit demi sedikit (3x) sambil
   dikaup balik hingga sekata.(kaup satu arah aje).Tambahkan pewarna.Kaup balik hingga
   rata.
5.Setelah itu,ambil sedikit adunan guna spatula,sengetkan spatula,jika adunan jatuh seperti
   ribbon maknanya adunan dah ok.Masukkan adunan dalam piping bag yang diletak nozel
   no 10 atau nozel biasa.Picit adunan ke atas dulang yang dilapik non stick baking paper/
   mac silpat.Hentakkan/ketuk2 dulang untuk bagi adunan rata dan buang gelembung udara.
6.Biarkan adunan kering,jika disentuh dengan jari adunan tak melekat pada jari maknanya
   dah boleh dibakar.
7.Panaskan oven pada suhu  150'C.Bakar macaroons di dalam oven selama 12-15 minit.
   (tergantung oven masing2).
8.Setelah masak.Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum letak inti.
 
Nota:
Anda boleh memilih salah satu resepi inti yang akan anda guna.
 
 
Inti Cream Cheese
Sumber:Rahel
 
Bahan-bahan:
125g cream cheese
15g icing sugar
40g non-dairy whipping cream yg telah diputar gebu
1 sudu kecil jus lemon
parutan kulit lemon dari 1/2 biji lemon
 
Cara-cara:
1.Cream cheese dan icing sugar dipukul hingga lembut.
2.Tambahkan parutan kulit lemon,jus lemon.Putar lagi hingga sebati.
3.Tambahkan whipping cream.Kacau rata.Siap.
 
 
Selamat mencuba.


Rabu, 19 Jun 2013

Tat Nenas Gebu

Salam...


Tat Nenas Gebu
Sumber:Kak Anymz

Bahan-bahan pastri:
4 oz butter-115gram
4 oz minyak sapi-115gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum-450gram
sedikit garam
air sejuk

Cara:
Pecahkan telur di dalam bekas adunan.
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit
Saya tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di
dalam peti ais.
Guna acuan tat.Tekan adunan dan bentukkan tat mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit.

Untuk inti anda boleh gunakan seperti biasa,samada yang buat sendiri atau yang segera
yang sedia ada di kedai-kedai jualan bakery.

Resepi inti dari Kak Anymz

10 biji nenas-disagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning

Cara
Kacau nenas dan gula
Bila hamper kering masukkan pewarna kuning
Kacau hingga kering dengan api perlahan.


Terima kasih Kak Anymz kerana bermurah hati share resepi tat nenas gebu yang enak sekali.
Selamat mencuba.

Jumaat, 7 Jun 2013

Kek Lapis Keju Coklat Cadbury

Selamat petang...
 


Macam musim kek lapis la pulak minggu ni kan?...hehehe sana sini kawan-kawan tayang kek lapis...cantik dan kemas aje lapisannya...tapi yang makcik buat nampak tak kemas la...huhu..mula-mula tu memang makcik lupa tekan itu kek...haiyaaa...dah masak setengah adunan baru terperasan...takpe lah..makcik juga yang makan kan2x.Kali ni makcik try pulak resepi dari dapur Kak Ros...resepi asal kek lapis keju sahaja tapi makcik yang pandai2 letak coklat Cadbury.Mula-mula ingatkan mahu try resepi Kek Lapis Coklat Cadbury dari dapur Kak Dayang Jack,tapi bila makcik tengok balik resepi...alamak..makcik takde serbuk santan la pula...itu yang makcik terpaksa selongkar dapur makcik2 semua...akhirnya jumpa kek lapis keju ni di dapur Ros.Makcik terus berkenan...oleh kerana nak juga ada coklatnya maka makcik letak la kepingan coklat Cadbury...sedap wooo...sendiri mau cuba baru tau aaa.Kak Ros,halalkan resepinya ya...ijinkan makcik share pulak di sini.


 
 
KEK LAPIS KEJU COKLAT CADBURY
Sumber:Ros
 
Bahan-bahan:(saiz Loyang 7")
200g butter
125g cream cheese
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
140g gula kastor
1 sdb ovalet
125g tepung gandum}-------------saya guna tepung hong kong
1 sdt baking powder }-diayak
50g air ais
 
Coklat Cadbury secukupnya
 
Cara-cara:

1.Pukul butter sehingga kembang.Masukkan cream cheese dan pukul sehingga sebati.

2.Dalam mangkuk berasingan,pukul telur,gula & ovalet sehingga kembang.Masukkan tepung,air ais secara berselang-seli sehingga sebati.Masukkan adunan butter & cheese sehingga sebati.

3.Ratakan 4 sudu makan ke dalam tin yang dilapik kertas dan digris.

4.Bakar dengan api gril sehingga permukaannya perang.Tekan supaya rata & lapiskan dengan adunan seterusnya.Bakar selapis-selapis hingga habis.
 
Nota:

*Untuk adunan pertama kena bakar guna api atas dan bawah selama 8-10 minit.Tekan bagi rata.Kemudian tuang lagi adunan seterusnya.Bakar guna api atas pada suhu 170'C selama 8-10 minit.

*Buat 2 atau 3 lapis kemudian,tuang lagi adunan seterusnya,susun kepingan coklat Cadbury.Kemudian bakar lagi selama 8-10 minit guna api atas.

*Untuk yang terakhir sekali,tutup tin dengan aluminium foil,kemudian bakar lagi guna api atas dan bawah selama lebih kurang 10 minit.

*Setelah masak,biarkan sejuk.Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.
 
 
Selamat mencuba.


Khamis, 6 Jun 2013

Nastar Kacang Cokelat

Salam...
 
Selamat malam kepada semua pengunjung dapur Rahel pada malam ini.Mungkin ada yang sedang dibuai mimpi pada waktu ini.Selamat bermimpi ar.Malam ni tiada kerja lain mo dibuat jadi kan sayang kalau buang-buang masa jak baru ada entry yang tertangguh tapi nda' di tayang2 jugak.Nah,ini kali tayang kuih nastar pulak...kalau di Malaysia cakap kuih tat.Selalunya kita buat tat nanas,blueberi,strawberi,epal,mango,durian,kelapa kan..tapi nda pernah terfikir akan kehadiran tat kacang...ermm..agak-agaknya kita boleh bayangkan kalau time makan tu seakan-akan kuih makmur la kan?..kan kuih makmur diberi inti kacang...tak gitu? tapi tat kacang ni memang sedap wo..gebu dan lembut...tak percaya?...cuba dulu baru tau.....................
 
Nastar Kacang Cokelat
Sumber:Sajian Sedap
 
Bahan Inti:
100g kacang tanah kupas,sangai
50g gula pasir
 
Bahan kulit:
250g marjerin
50g gula icing
1/2 sdt cokelat pasta
1 kuning telur
315g tepung superfine (makcik letak 340g)
20g tepung jagung
20g susu tepung
 
Egg wash:
2 kuning telur
1 sdt susu cair
 
Cara membuat:
1.Inti,panas-panas blender kacang Tanah dan gula pasir sampai lembut dan boleh dibentuk.
   Timbang masing-masing adunan 1 gram.Bentuk bulat.Ketepikan.
2.Kulit,pukul marjerin dan gula icing selama 1 minit.Tambahkan cokelat pasta dan kuning
   telur.Pukul rata.
3.Masukkan tepung superfine,tpg jagung dan susu tepung sambil diayak dan digaul rata.
4.Ambil 5 gram adunan kulit.Leperkan.Letak inti.Bentuk bulat.Letakkan di Loyang yang
  di oles marjerin.Sapu dengan egg wash.
5.Bakar di dalam oven pada suhu 150'C selama 30 minit api atas dan bawah.
 
Nota:
*Rahel hias nastar dengan coklat rice.
 
 
Selamat mencuba.


Rabu, 5 Jun 2013

Lidah Kucing Keju

Salam.
 
Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia dapur Rahel,semoga sihat dan ceria selalu.Pagi ni Rahel sempat jua buat kuih lidah kucing yang enak sekali...Rahel letak susu tepung n parutan keju cheddar...dan ternyata...tak mahu berhenti krup krap krup krap di pagi hari...hehehe.Sebenarnya sudah lama beli acuan lidah kucing ni tapi membuat kuihnya tu asik terbantut aje...ni semua sebab makcik hangat-hangat kuku aje.Kuih Lidah kucing ni sebenarnya dah lama famous di Indonesia kan...tapi kita di sini jarang yang buat kan?...mungkin sebab acuan dia yang memang jarang jugak dijual,cuma baru2 ni aje Rahel perasan yang acuan lidah kucing ni dah mula banyak dijual di sini,tapi harga satu biji Loyang tu pun memang boleh tahan jugak..tapi kalau uda minat tu memang pejam2 mata la time beli kan3x...hehe.Oh ya,tak lupa juga Rahel ucapkan banyak2 terima kasih pada Melly yang sudi berkongsi resepi kuih lidah kucing ni,ijinkan gue share pulak dalam blog kesayangan gue ni.Bah jom la intai-intai resepi Lidah Kucing Keju....
 
Loyang lidah kucing



Lidah Kucing Keju
Sumber:Melly

Bahan-bahan:
250g mentega
100g putih telur
140g gula halus
1/2 sudu teh emplex

225g tepung gandum                                   }
60g tepung jagung                                       }
15g susu tepung-->makcik yang tambah ni}-->diayak
1/4 sudu teh baking powder                         }

20g keju cheddar,diparut halus-->makcik yang tambah ni

Cara membuat:

1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang,lalu masukkan emplex,keju dan pukul lagi.

2.Masukkan putih telur,terus pukul hingga bercampur rata.

3.Masukkan campuran tepung gandum.Putar perlahan selama 1 minit hingga rata.

4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letaklah pewarna kesukaan anda.

5.Isikan ke dalam piping bag guna nozel 7.Picitkan ke Loyang lidah kucing yg telah digris dengan mentega.

6.Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 20 minit.

Note:

*gris Loyang dengan mentega untuk pertama sahaja,seterusnya tak perlu dioles lagi.

*kalau tidak punya Loyang lidah kucing boleh guna Loyang biasa yang dilapik dengan baking paper,jarakkan adunan kerana adunan akan melebar ketika dibakar.


Enjoi...


Selasa, 4 Jun 2013

Brownie Cookies

Salam.


Selamat tengah hari...eh waktu makan tengah hari la pulak kan...hehe.Sebenarnya makcik masih rasa kenyang lagi sebab pagi tadi awal2 udah sarapan Brownie Cookies.Ni kali pertama makcik buat cookies orang putih ni..sedap sangat..and tak boleh berhenti.Bagi yang gemar makan kek coklat,brownies coklat and aneka cookies coklat mesti sukakan brownie cookies ni...kaya dengan rasa coklat..kalau tambah dengan kekacang lagi la bertambah sedapnya...tapi makcik tak letak kekacang sebab makcik malas mahu bakar kekacang...makcik nak siapkan cepat brownie cookies and makcik nak cepat makan...itu yang paling penting...ermm ada juga yang makcik palit dengan nutella...sedap woo...jom la terai buat brownie cookies.




Brownie Cokies


Ingredients:
2 2/3 cups bittersweet chocolate,chopped--(makcik letak 450g)
4 tablespoons unsalted butter,at room temperature--(makcik letak 55g)
4 eggs
1 1/3 cups granulated sugar--(makcik letak 245g)
1/2 cups flour--(makcik letak 345g tepung gandum)
1 teaspoons vanilla extract
1/2 teaspoon baking powder
1 cup semisweet or bittersweet chocolate chips--(makcik letak 130g)
Directions:

1.Preheat the oven to 180'C.Line two large baking sheets with parchment paperof a silicone baking mat.

2.Put tha chocolate and butter in a heatproof bowl and set it over a saucepan of barely simmering water,stirring occasionally,until completely melted and smooth.

3.In the meantime,stir together the eggs,vanila dan sugar in a medium bowl.Set a side.

4.In small bowl,sift together the flour and baking powder.

5.Scoop 1 1/2 tablespoons of dough (a medium cookie scoop's worth) onto prepared bakingsheets.Bake for 10-12 minutes or until they are firm on the outside.Like brownies,do not overbake! Leave to cool completely on the baking sheets.


Enjoi....