Sabtu, 30 Mac 2013

Eclair Keju

Selamat berhujung minggu.Semoga sentiasa sihat dan ceria.Kali ni Rahel hantar gambar n resepi yang tertangguh sahaja.Eclair Keju ni Rahel dah ubah suai daripada resepi chocolate éclair Kak Fida.Pada sesiapa yang nakkan éclair yang rasa keju bolehlah cuba cara yang ni pulak..memang best...



Éclair Keju


Bahan Puff:
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan air
1/4 cawan mentega (1/4 buku)
1 sudu kecil gula halus
1/2 cawan tepung gandum-diayak
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
25g keju cheddar-parut

*keju parut untuk tabur

Cara-cara:
1.Masak susu,air,mentega dan gaul hingga mendidih.
2.Kecilkan api dapur dan masukkan tepung gandum dan kacau hingga adunan sebati.Matikan api
   dan terus kacau adunan lagi hingga 1-2 minit.Biarkan adunan suam.
3.Masukkan esen dan telur satu persatu sambil dikacau adunan hingga lembut.
4Tambahkan parutan keju cheddar.Kacau sebati.
5.Masukkan adunan ke dalam piping bag dan guntingkan hujungnya sebesar 1/2 inc.Picit keluar
   adunan memanjang 1 1/4 inc dan berjarak di atas dulang pembakar.Tabur keju parut di atasnya.
6.Bakar pada suhu 170'C selama 25-30 minit atau hingga keemasa mengikut kepanasan oven
   masing-masing.Angkat puff dan sejukkan di atas redai.
7.Isi puff dengan inti cream keju.

Inti Cream Cheese
Sumber:Rahel

250g cream cheese
60g gula kastor
200g non-dairy whipping cream-dipukul hingga kental/soft peak

Cara-cara:
1.Cream cheese dan gula dipukul hingga licin.
2.Tambahkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil dikaup balik hingga sebati.
3.Masukkan dalam bag piping.Paipkan ke dalam puff.Siap.


Selamat menikmati.

Rabu, 27 Mac 2013

Cheddar Cheese Cake

Selamat bersiaran kembali dan salam sejahtera.Apa khabar kawan-kawan skalian?
 

Di Tawau skarang cuaca tak menentu,skejap panas terik skejap hujan...mahu keluar jalan-jalan pun jadi malas..lebih baik duduk rumah diam-diam perabis kek...badan pun sihat hehehe...sebenarnya lama sudah teringin merasa itu cheddar cheese cake tapi baru kali ni terlaksana...ikut mood jugak...kalau rajin dapat la makan..kalau mood malas datang apa pun tak ada.
 
Cheedar Cheese Cake ni lebih kurang macam snow cheese cake n blueberry cheese cake...semua diselimutkan dengan cheddar cheese.Oh ya,resepi ni sebetulnya dibakar dalam cup tapi kali ni Rahel buat dalam Loyang 8" pulak...senang juga buatnya...lebih nampak kemas gitu...tapi terpulang pada selera masing-masing la kan dan untuk creamnya pulak Rahel ganti dengan 400g cream cheese,120g gula kaster,dipukul hingga licin,kemudian masuk dalam bag piping,paipkan ke atas lapisan kek,kemudian tabor parutan cheddar cheese.Untuk cinnamon powder pula memang Rahel tak letak..terpulanglah kalau anda nak letak atau pun tidak.Resepi Rahel letak sesuai dalam buku resepi,so sendiri terjemahlah yea....
 


Cheddar Cheese Cake

Sumber:Fabulous Cake Business (by Alex Goh)

Ingredients

Cake:
A.3 nos egg
    150g sugar
B.1/2 tsp Vanilla
C.150g Plain Flour----yg ni I guna super-fine flour
    3/4 tsp Baking Powder
D.150g Melted butter
E.50g Shredded Cheddar Cheese

Topping:
250g butter cream
150g shredded cheddar cheese
some cinnamon powder---yg ni sy tak letak pun

Method:

1.Whip A with wire whisk at medium speed until ligh and fluffy.Add B and mix well.

2.Fold in sifted C and mix with rubber spatula  until well blended.

3.Add D and mix until well combined.Add E and mix until well incorporated.

4.Line the 3 x 1.25-inch cupcake mould with paper cup.Deposit the batter onto the moulds.Makes 16 pieces.(saya bakar dalam Loyang 8'')

5.Bake at 180'C in the middle rack of the oven for 20-25 minutes.(saya bakar 40 minit Remove the cakes from the moulds immediately when baked and side to cool.

6.Spread some butter cream on top of the cupcake and put the shredded cheddar cheese on top.Sprinkle some cinnamon powder over the cheddar cheese.

*Rahel potong kek kepada 3 bahagian,kemudian lepa tiap lapisan dengan cream and last skali tabor parutan cheddar cheese di atas kek.


BUTTER CREAM:
350g butter
150g cream shortening
160g Icing sugar
1 tsp Vanilla

Method:

1.Beat butter with flat beater at medium speed until smooth.Add cream shortening and beat until well blended.Add Icing sugar and beat until well combined.Stop to scrap the sides and botton of bowl frequently.

2.Change the flat beater and use wire whisk and whip until light and fluffy.Stop to scrap the sides and botton of bowl frequently.

Remarks:

a.Cream shortening helps to stabilize the butter cream and give a higher volume.

b.If can't obtain cream shortening,you can use shortening instead but the butter cream will not give you volume that cream shortening does.

c.Butter cream can be made by using all butter without cream shortening but it has to be prepared in a cold environment (air-conditioned) because the hot weather will cause the butter cream to become soft easily and unstable

d.Butter cream can be flavoured and cloured as desired.





Selasa, 26 Mac 2013

Apam Polkadot

Selamat bertemu kembali...dan apa khabar teman-teman skalian? sihatkah?
 
 
Ini kali mo tayang Apam Polkadot sahaja..sebab kebelakangan ni Rahel macam nda' yakin diri mo bikin ni apam yang cerewet...dulu-dulu memang cun sangat buat apam tapi sejak akhir2 ini macam merajuk pulak apam ni..siap buat perangai lagi...adakah kerana Rahel sudah beralih arah kepada pembuatan kek? ececece...sampai lupa trik! nasib baek la ada kawan-kawan blogger masakan n rakan2 facebook yang sudi memberi tunjuk ajar hingga ini kali memang berhenti sudah tu apam buat perangai...dengar cakap sudah...gebu banget.
 
Oh ya,resepinya macam dulu juga,cuma ada yang Rahel ubah suai sikit..kalau ikutkan resepi yg dulu bahan2 tu kita kena satukan n skali pukul hingga pekat kan..tapi yang ni Rahel pukul gula kastor,telur,ovalet terlebih dulu,kemudian masukkan tepung n susu segar.Rahel lebih selesa guna cara ni..tapi terpulang la pada teman2 kalau nak mencuba skali harung..tapi sendiri mo ingat la...takut jadinya banyak karenah...ada yang senyum...ada yang malu-malu kucing...ada yang ayuuuu...
   
 
Apam Polkadot
Sumber:Rossya
 
Bahan-bahan:
3 biji telur sejuk
220g gula halus
275g softasilk (Rahel guna tepung gandum)}
3 sudu teh baking powder                             }-->>diayak
1 sudu teh ovalet
140g santan (Rahel guna susu segar)
 
Filling n Pewarna pink,purple
 
Cara membuat:
1.Telur,gula halus,ovalet dipukul hingga kembang lebih kurang 7-10 minit.

2.Tambahkan tepung secara bertahap berselang-seli dengan susu segar sambil dikaup balik hingga bercampur rata.

3.Bahagi adunan kepada dua bahagian.Letak pewarna.Sudukan adunan ke dalam acuan apam yang sudah diberi cawan kertas (isi sampai 1/2 ),kemudian letak filling,kemudian sudukan lagi adunan hingga 3/4 penuh.Akhir sekali,dot2kan permukaan.

4.Kukus apam dengan api sederhana selama lebih kurang 10 minit.
 
Catatan:
*Balut tudung periuk dengan kain bersih.
*Jangan buka tudung periuk ketika apam dikukus.
 
 
Terima kasih sudi jengah dapur Rahel Blogspot



Ahad, 24 Mac 2013

Caramelized Chocolate Cream

Selamat malam dan selamat berhujung minggu bersama insan tersayang...semoga happy selalu.
 
 


Hujung minggu ni kita tak lepaskan peluang untuk menikmati sedikit pemanis mulut yang betul-betul nyaman lalu kat tekak...terasa lemak berkrim coklat ditambah pula dengan caramel di atasnya...sangat menyenangkan...sesuai disantap ketika berdating sama laling...hihihi...tapi kan kita mampu jamah satu bekas sahaja sebab ianya sangat lemak...nasib baek ada letak coklat...so rasa dia memang seimbang.






Pada yang pernah atau yang suka menikmati "crème brulee" wajip cuba pemanis mulut yang satu ni..kerana ianya lebih mewah dengan rasa crème yg dicampur dengan coklat...boleh dikata "caramelized chocolate cream" ini mengalahkan "crème brulee"...aik! sampai gitu skali? kena cuba baru tau....resepi ada di bawah sana...sila terjemahkan sendiri...ambo tak larat nak terjemahkan.
 
 


CARAMELIZED CHOCOLATE CREAM
Sumber:Food Lover Chocolate
 
Ingredients:
425ml / 1 3/4 cups heavy (double) cream
50g / 1 3/4 oz  (dark) chocolate broken into pieces
3 egg yolks
80g / 3 oz superfine (caster) sugar
 
Method:
Prep and cook time:50 min plus 4 h chilling time
 
1.Heat oven to 150'C.Grease 4 ramekins.(I guna 6 ramekins)

2.Heat the cream in a pan and bring to a boil.

3.Remove from the heat and add the chocolate,stirring until melted.Allow to cool slightly.

4.Mix together the egg yolk and half the sugar.(I letak 50g)

5.Whisk in the cream and chocolate mixture until blended.Pour into the ramekins.

6.Place ramekins in a roasting tin and half fill with hot water.Place a piece of foil loosely over the tin.Cook for 25-30 minutes until around the edges but still slightly wobbly in the center.Allow to cool.

7.Chill for at least 4 hours.

8.Heat the broiler (grill) until very hot.

9.Sprinkle 1-2 teaspoons of the remaining sugar over each ramekin so that it thinly covers the surface.Place under the hot broiler to caramelize the sugar and leave to set.
 
 
Enjoi...


Jumaat, 22 Mac 2013

Belajar Membuat Kek Ais Krim Vanila

Salam...


KEK SPAN COKLAT GEBU

Bahan:
200g tepung kek/tepung superfine
180g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40g serbuk coklat
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila


Cara:

1.Panaskan oven.Griskan acuan.Alas dasar acuan dg baking paper.

2.Pukul telur,gula,ovallet,tepung s'fine,BP sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.

3.Perlahankan mixer,masukkan susu cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan lagi memukul selama 5 minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.

4.Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 45 mint atau hingga masak.

5.Bila kek sudah masak,telangkupkan selama 5 minit.


Bahan-bahan:
1 1/2 liter ais krim vanila
kek span coklat
450g non-dairy whipping cream-diputar hingga kental (soft peak)
chocolate rice-untuk topping
chocolate syrup-untuk topping (boleh guna syrup Hershey atau pun syrup Hoko,Van Houten)

Cara Penyediaan Kek Ais Krim Vanila:

1.Adunan kek span coklat dibahagi kepada dua.Satu adunan di bakar dalam Loyang bulat 9" & satu adunan dibakar dalam loyang 10 1/2" x 7 1/2 " (lihat gambar di bawah)
 

2.Setelah kek span masak,keluarkan dari oven kemudian biarkan ia sejuk sepenuhnya (lihat gambar di bawah).Setelah itu kek 9" dibahagi kepada dua bahagian yang nipis untuk diguna sebagai dasar dan penutup.Kek span yang empat persegi dipotong memanjang mengikut tinggi loyang.
   

3.Guna loose tin 9".Letakkan satu lapisan kek span coklat di dasar loyang,kemudian letak juga potongan kek yang panjang di tepi loyang,letak dengan kemas agar ais krim tak mudah meleleh.(lihat gambar di bawah yang berbentuk perigi)


4.Setelah itu,ambil ais krim vanilla dan sudukan ke dalam bekas tadi.Buat kemas-kemas yea.(lihat pada gambar di bawah).Pastikan ais krim yang kita guna tu tak cair sangat agar kek ais krim kita nantinya tidak keras macam batu.


5.Bila semua ais krim sudah diisi penuh ke dalam bekas.Ambil satu lapisan kek lagi dan tutuplah adunan ais krim itu (lihat pada gambar di bawah).


6.Kek kita sudah hampir siap.Tutup kemas yea (lihat gambar di bawah).Kemudian simpan kek ais krim dalam peti sejuk bahagian beku selama 5 jam atau semalaman.


7.Bila kek ais krim dah betul-betul beku.Keluarkan dari peti sejuk.Tanggalkan loyang.Sapu seluruh permukaan dan tepi kek dengan whipping cream.Kemaskan.Tabur chocolate rice di atasnya,kemudian paipkan syrup coklat sesuai kreativiti masing2.Kemudian,kembalikan kek ais krim vanilla ke dalam peti sejuk bahagian beku yea.Biarkan kek betul-betul beku selama 1 malam baru siap dihidang..kalau tak hiding tunggulah pembeli datang dan angkut balik rumahnya.


Terima kasih sudi membaca.

Khamis, 21 Mac 2013

Cekodok Pisang

Selamat pagi.Apa khabar teman-teman? Udah siap sarapankah?
Pagi ni siap buat cekodok pisang lagi sebab mahu habiskan stok pisang..semalam sudah pekena goreng pisang berkeju...pagi ni masih dari adunan pisang jugak..cekodok yang simple yang tersangat mudah penyediaannya..semestinya ramai yang pakar buat cekodok kan? cekodok sangat enak dinikmati time sarapan atau pun minum petang..memang semuanya kena...ditambah pula dengan teh o atau kopi o panas...welleeee...nyaman bah! jom la siapkan cekodok pisang...jeng jeng jengg...
Cekodok Pisang
Sumber:Rahel
Bahan-bahan:
170g pisang tanpa kulit-dilecek halus
1 1/2 cawan tepung superfine
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar susu tepung}
1/4 cawan air                   }-dibancuh
4 sudu besar gula kastor
1 sudu besar minyak masak
1 biji telur gred A
Cara membuat:
1.Ayak tepung bersama soda bikarbonat.
2.Pukul telur bersama gula kastor hingga gula larut guna hand whisk.Tambahkan tepung.
3.Tuang bancuhan susu perlahan sambil digaul rata.
4.Akhir sekali masukkan minyak masak.Gaul rata.
5.Perap adunan selama 30 minit.Panaskan minyak secukupnya.
6.Ambil sedikit adunan dan punjutkan ke dalam minyak panas.Goreng sampai perang.Angkatdan toskan.Siap.
*Jika tak mahir punjutkan aduanan gunakan sudu makan atau sudu kecil.
Selamat menjamu selera.


Ahad, 17 Mac 2013

Japanese Cotton Roll Cake

Salam manis dan selamat bersiaran di waktu malam...memang tengah malam sudah ni..semoga mimpi yang indah.





Kali ni Rahel share lagi gambar Japanese Cotton Roll yang sememangnya gebu dan lembut macam cotton...patut la namanya kek cotton..kalau makan pun ndak perasa sudah habis berapa slice...hehehe..kepada teman2 yang sudah berjaya buat japanese cotton roll Rahel ucapkan tahniah dan kepada yg belum sempat mencuba tu sabar2lah ya.

Note:
Untuk inti pulak Rahel letak fres cream dan strawberry fruit filling.


Japanese Cotton Roll
Resepi:Alex Goh

Bahan Kek:
A:80g susu segar
    80g mentega

B:85g plain flour

C:5 biji kuning telur

D:5 biji putih telur
    110g gula
    1/4 sudu teh Cream of tartar

Cara membuat:

1.Alas acuan 16x10x1-inch dengan baking paper

2.Panaskan bahan A sehingga cair (jangan mendidih).Tambahkan bahan B dan gaul rata.Tambahkan bahan C dan gaul hingga bercampur rata.

3.Pukul putih telur dengan kecepatan tinggi sehingga berbuih.Tambahkan cream of tartar,gula dan putar pada kelajuan sedang sehingga soft peak.

4.Ambil 1/3 meringue,masukkan ke dalam cara no 2 dan kaup balik dengan spatula hingga rata.Tuangkan adunan kuning telur ini ke dalam baki adunan putih telur tadi.Kaup balik hingga rata.Tuangkan adunan ke dalam acuan.

5.Bakar pada suhu 170'C di rak tengah selama 20 minit.Setelah masak segera tanggalkan kek dari acuan dan biarkan sejuk sepenuhnya.

6.Sapukan krim dipermukaan kek diikuti dengan potongan buah strawberry.Gulung kek dengan kemas.

Selamat menikmati.

Khamis, 7 Mac 2013

Chicken Floss Bun

Salam...


PANDUAN MEMBUAT ROTI 

Membuat roti tidaklah susah jika kita tahu teknik dan kaedah asanya.Bahan asasnya.Bahan asas yang digunakan adalah yis (yis segera lebih mudah),tepung roti,tepung serbaguna,serbuk penaik,bread improver,bread softener dan lain-lain bahan tambahan.Roti komersil lebih menggunakan tepung roti berbanding tepung serbaguna.Tepung roti mengandungi kandungan protin tinggi sehingga 14% dan ini akan menghasilkan roti yang lebih kenyal dan elastik.Sering kita tertanya-tanya mengapa roti yang dibeli di bakeri lebih lembut berbanding dengan roti yang dibuat di rumah.Pada pendapat saya perbezaan peralatan seperti mixer dan oven,kawalan mutu yang ketat dan teknik pembuatan mewujudkan perbezaan tersebut.Jika kita mahu mencapai standard seperti mereka,kenalah mengikuti kursus membuat roti di peringkat profesional.

Bagaimanapun,kita sebagai home-baker masih boleh menghasilkan roti-roti yang enak stail home-made dengan peralatan yang seadanya.Jika tiada mesin besar,bole uli dengan tangan atau guna food processor.Oven setakad oven Europa tu bolehlah.Yang penting kita tahu dan faham perkara-perkara asas tentang pembuatan roti ini.

PROSES MEMBUAT ROTI

1.Mencampurkan bahan-bahan

Sediakan bahan-bahan yang diperlukan di atas meja.Mencampurkan bahan boleh dilakukan secara manual (pakai tangan) ,food processor atau mixer.Satukan bahan-bahan kering seperti yis,tepung,gula,garam,serbuk penaik,bread improver dan bread softener.Gaul rata adunan tersebut.Kemudian baru masukkan majerin/mentega dan bahan-bahan cecair seperti telur,susu dan air.Gaul hingga menjadi doh yang kasar.Kemudian pindahkan ke dalam dulang untuk diuli.Jika guna mesin tidak perlu dipindahkan.

2.Menguli

Adunan beryis seperti pau,donat atau roti hendaklah diuli hingga menghasilkan glutin yang memberi kekenyalan pada roti.Menguli akan menjadikan doh lembut,licin,kenyal dan mengaktifkan yis yang menyebabkan roti kembang.Menguli boleh dilakukan dengan tangan,atau guna mesin.Jika diuli dengan tangan mengambil masa 15-20 minit.Jika guna mesin,masanya lebih singkat.Doh yang cukup diuli boleh ditarik nipis seperti roti canai.Jika doh tidak cukup diuli,roti akan jadi keras dan liat.

3.Mengembang Kali Pertama (proving)

Jika di bakeri,mereka mempunyai oven khas untuk mengembangkan doh,tetapi jika di rumah,letakkan saja di tempat yang agak hangat seperti di bilik yang bertutup atau mana saja yang bersesuaian.Bulatkan doh yang telah diuli tadi,masukkan dalam bekas besar (besen).Tutup dengan plastik supaya tidak kering.Biarkan doh naik 2-3 kali ganda dari saiz asal lebih kurang 45 minit.

4.Membuang gelembung angin

Yis yang hidup mengeluarkankarbon dioksida atau angin dan ini menyebabkan doh mengembang.Jadi angin ini perlu dikeluarkan dengan cara menumbuk doh ini satu kali sehingga kempis.Uli semula doh itu ke bentuk asalnya.Di peringkat ini doh menjadi lebih lembut dan bolehlah dibentuk mengikut citarasa anda.

5.Mengembang kali kedua (2nd proving)

Setelah doh dibentuk,susunkan atas dulang pembakar dan biarkan ia naik dua kali ganda dari saiz asal selama lebih kurang 20 minit.

6.Gris

Doh yang telah kembang itu boleh digriskan dengan campuran susu dan telur ataupun dengan mentega cair.Anda boleh hiaskan dengan keju parut,bijan atau apa saja yang sesuai.

7.Membakar

Roti yang telah digriskan tadi bolehlah dibakar dalam suhu yang agak panas iaitu 200 darjah celcius selama 20 minit atau bergantung kepada jenis roti.Roti yang cukup masak akan kecut sedikit dan ringan.

8.Menyimpan

Supaya roti anda kekal lembut untuk beberapa hari,setelah roti sejuk bungkus dengan plastik atau simpan bekas kedap udara.Jika terdedah,ia akan cepat kering.

Sumber:Noraini Zakaria

Chicken Floss Bun
Sumber:Buku Resepi

Bahan A:
350g tepung berprotein tinggi
25g tepung susu
2.5g pelembut roti

Bahan B:
50g gula kaster
1/2 st garam
30g telur
200g air sejuk
6g ragi segera (sy guna 1 1/2 sudu teh)
Bahan C:
30g mentega (saya guna majerin)

Chicken floss secukupnya untuk topping
1/4 cawan susu pekat manis

*sedikit butter
*sedikit telur cair (1 biji telur + sedikit air)

Cara-cara:

1.Bancuhkan B kemudian campurkan A.

2.Ketika doh hampir dibentukkan,campurkan mentega,pukul hingga menjadi doh yang lembut (elastik).

3.Tutup dan biarkan 30 minit.Tumbuk doh.Bulatkan kembali.

4.Bahagi doh kepada 50g setiap satu.Bulatkan.

5.Biarkan kembang selama 20-30 minit.Sapu dengan telur cair.

6.Bakar bun dalam oven pada suhu 170'C selama 20-25 minit.

7.Setelah masak,keluarkan dari oven dan terus oles dengan butter.

8.Biarkan bun sejuk,kemudian oles dengan susu pekat manis.Tabur chicken floss di atasnya.


Selamat mencuba.