Rabu, 24 Oktober 2012

Apam Polkadot

Salam.Sekarang ini lagi trend apam yang didot-dot.Pelbagai warnapun ada.Saya lebih suka pada inti kelapa gula merah,kalau takda tu kita bubuh inti jem bluberi ataupun inti strawberi.Budak-budak pula lebih sukakan inti coklat.Sebenarnya banyak resepi apam polkadot yang kawan share dekat facebook,teringin nak try satu persatu untuk dapat resepi yang senang dan serasi dengan tekak kita.Resepi kali ini boleh tahan juga,bolehlah untuk peneman teh o or kopi o.



Apam Polkadot
Sumber 1:Majalah Rasa


Bahan:
140g tepung gandum}
1 1/2 sudu teh baking powder}-diayak sekali bersama tepung gandum
110g gula halus
75ml susu segar atau susu cair
2 biji telur
1 sudu kecil ovalet
1/2 sudu teh esen vanila

Filling @ perasa adalah mengikut citarasa masing
Pewarna pilihan

Tips Apam Polkadot Gebu dan Inti Tak Bocor

Cara:

1.Pukul telur putih sehingga kembang elok.

2.Kemudian masukkan ovalet,kuning telur dan esen vanila,pukul lagi sampai kembang.

3.Masukkan gula,pukul sampai kembang lagi.

4.Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.

5.bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.

6.Masukkan setiap warna dalam bag piping atau plastik bersih.

7.Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.

8.Letakkan filling yang digemari,untuk lebih mudah masukkan ke dalam plastik piping,kemudian picit.*picitkan ke dalam bentuk pusar

9.Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.

10.Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Selamat mencuba.



Jumaat, 19 Oktober 2012

Jem Sekaya

Pertama kali buat jem sekaya ini dan hasilnya sangat sedap.Saya suka makan sekaya dengan roti putih lagi-lagi jika buat roti bakar,memang padu betul.Dulu-dulu ingatkan susah buat sekaya ni tapi rupanya senang sahaja,so bolehlah simpan resepi ini untuk rujukan nanti.





Jem Sekaya


Bahan:
6 biji telur
3 cawan santan
450g gula pasir
2 sudu besar tepung gandum

Cara membuat:

1.Pukul telur dengan suku daripada sukatan gula (150g) hingga kembang.Masukkan santan kelapa dan tepung,kacau rata.Jadikan selebih gula pasir tadi,gula hangus.Tuangkan gula hangus ke dalam bancuhan telur dan masakkan di atas api sederhana sehingga masak.Masakkan selama lebih kurang 30-40 minit.

2.Lebihan sekaya ini boleh disimpan di dalam bekas tertutup di dalam freezer.



Sekian..

Rabu, 17 Oktober 2012

Popia Nespray

Salam manis kepada semua teman-teman yang masih setia berkunjung ke dapur Rahel.Semoga sihat dan ceria selalu bersama keluarga tersayang.


 
Tidak lama lagi Hari Raya Haji akan tiba,so mesti ada di antara teman-teman yang tercari-cari resepi kudapan untuk raya kan..
Kali ni Rahel buat Popia Nespray untuk kudapan...erm setengah balang sudah abis dikerjakan...hehehe..siapa yang rajin tu boleh la buat popia nespray di rumah yea..jom tengok bahan-bahan untuk membuat popia nespray.

 
Popia Nespray
Sumber Resepi:Rahel

Bahan-bahan:
Kulit popia secukupnya -dipotong 2" x 2"
Susu tepung Nespray secukupnya utk salut popia
Gula aising secukupnya utk salut popia
Minyak untuk menggoreng

1 sudu besar tepung gandum}
1 1/4 sudu besar air}-dibancuh

Cara:

1.Menggunakan chopstick,gulung kulit popia,lekatkan hujungnya dengan bancuhan tepung gandum.Buat sampai habis.

2.Goreng dalam minyak panas dengan api perlahan hingga keperangan.Angkat dan toskan.

3.Golekkan popia dalam campuran susu nespray & gula aising.Siap.



 Selamat mencuba.

Isnin, 15 Oktober 2012

Super Moist Eggless Chocolate Cake



Ketika saya mengambil gambar kek petang tadi cuaca di Lahad Datu tiba-tiba mendung..gelap sangat..dari mula lagi memang nak tumpang cahaya kat tepi tingkap jer..dan seterusnya memang mengharapkan cahaya dari tingkap tapi erm boleh nampak dalam gambar kan...semuanya macam mendung kelabu..eh napa tiba-tiba pulak rumah di Lahad Datu?

Kek coklat moist ni memang sedap dan sesuai dengan tekak kami sekeluarga..dan yang paling Rahel suka adalah bahan-bahan untuk adunan kek coklat ni sangat mudah di dapati di dapur..bahkan cara-cara penyediaannya tersangatlah mudah..kalau yang baru belajar buat kek tu memang sesuai sangatlah mencuba resepi kek coklat moist dari Kak Dayang Jack ni...sudah pasti ramai teman-teman yang sering berkunjung ke dapur beliau..sebab dapur beliau banyak memuatkan resepi kek yang sedap-sedap.
Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Dayang Jack yang setia berkongsi resepi kek yang sedap2 di dapurnya.Untuk pengetahuan teman-teman..ini bukan yang pertama kali Rahel buat kek moist ni,tapi memang udah berkali-kali buat...rasanya kek coklat moist ni sangat sesuai untuk dijadikan kek harijadi,kek hantaran & untuk buah tangan...so silakan mencuba yea...resepinya.

Super Moist Eggles Chocolate Cupcake
Resepi:DJ

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sudu ecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (Rahel guna brand Tudor)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dr pt ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak atau myk jagung atau mentega cair
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara:

1.Panaskan oven pd suhu 160'C.Sediakan loyang kek.Griskan dengan mentega.(Rahel bakar versi cupcake).

2.Ayakkan tepung bersama bkg powder,soda bikarbonat & serbuk koko di dalam bekas besar.Masukkan tpg susu,garam dan gula perang.Kemudian kacau rata-rata.

3.Masukkan air sejuk,minyak masak,esen vanila dan coffe emulco/chocolate emulco.Kacau perlahan-lahan dg whisk.Pastikan adunan tidak berketul.

4.Akhir sekali,masukkan cuka atau jus lemon.Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

5.Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.

6.Sejukkan kek setelah masak.Boleh jugak dihiaskan dengan topping kegemaran.


Selamat mencuba.

Khamis, 11 Oktober 2012

Ais Loli Kacang Hijau

Salam manis dan selamat bersiaran kembali.Apa khabar semua? Tentu teman-teman tengah sebok menyiapkan hidangan untuk minum petang atau pun makan malam kan? Kalau jam segini memang masih terang benderang di Semenanjung...tapi kalau di Sabah lain pulak...jam segini memang udah gelap...hehe..memang kena siap2 ke dapur la jawabnya.Petang ni Rahel hidangkan ais loli kacang hijau penyejuk tekak yang sudah seharian berjalan meronda bandar Tawau...cuaca di Tawau sangat panas...menggigit woo...duh tak tahan gue.Pada yang gemar dessert yang nyaman2 boleh la mencuba ais loli kacang hijau yang simple ni..dijamin puas hati.



Ais Loli Kacang Hijau
Sumber Resepi:Rahel

Bahan-bahan:
100g kacang hijau,rendam selama 1 jam,toskan
1250ml air
2 sudu besar gula pasir
6 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam

*Bekas loli

Cara membuat:

1.Rebus kacang hijau bersama air hingga empuk.Sukat air rebusan bersama dengan kacang hijau sebanyak 500ml.

2.Tambahkan gula pasir,susu pekat manis,esen vanila & garam.Gaul sehingga gula larut.Biarkan air kacang hijau sejuk.

3.Isikan penuh ke dalam acuan loli.Bekukan di dalam peti sejuk beku selama 1 malam.

4.Jika hendak dihidang,keluarkan ais loli dari peti sejuk,rendam acuan hingga 3/4 ke dalam air suam dan segera angkat,kemudian keluarkan ais loli kacang hijau dari acuan.Sedia dinikmati.


Enjoi.

Selasa, 9 Oktober 2012

Coco Pops

Salam manis kepada semua yang sudi singgah selalu.Semoga sentiasa sihat dan ceria bersama orang yang dicintai..
Untuk kali ni ni Rahel cuba2 nasib buat kudapan coklat...ternyata memang enak....terasa banget cokelatnya.Kepada yang gemar makan coklat tu bolehlah mencubanya kat rumah yea...dijamin puas hati..pun halal...
Kertas Aluminium bentuk V.

Rice Bubble

Coco Pops dibiarkan hingga keras sebelum ditanggalkan kertasnya.
Coco Pops
Sumber:Kepesonaan Coklat (Wendy Kor & Clement Lim)

Bahan-bahan:
100g dark chocolate/milk chocolate,cairkan dengan cara double boil
30g cocoa pops/rice bubble

Cara:
1.Gaulkan coklat cair dan koko pop.
2.Gunakan kertas aluminium untuk membuat bentuk V.
3.Gunakan garpu untuk mengisi kertas aluminium dengan rice bubble.
4.Sejukkan sehingga keras.

Selamat menikmati Coco Pops.

Isnin, 8 Oktober 2012

Es Buah Segar

Selamat petang...
Cuaca di Tawau hari ini memang panas banget...gue memerap diri di rumah sambil selongkar rumah pak google..maka terjumpa la Es Buah Segar...yang sememangnya menyegarkan..tapi kali ni nama es buah setup kayu manis sudah berubah ke Es Buah Segar...bahan-bahan pun gue tukar sesuai dengan apa yang ada di dapur...tapi tetap nyaman...
Es Buah Segar

Bahan:
500ml air
250g gula pasir (kurangkan jika tak suka manis)
3 buah kiwi,potong dadu
1 tin buah peach (410g),potong dadu
1 buah naga,potong bulat
1 batang kulit kayu manis
air batu secukupnya

Cara:
1.Didihkan air dan kayu manis,masukkan gula pasir,masak hingga larut.
2.Masukkan buah-buahan,masak hingga layu.Angkat dan dinginkan.
3.Masukkan dalam gelas.Tambahkan air batu.Hidangkan.
Enjoi..

Jumaat, 5 Oktober 2012

Popia Goreng Inti Nasi

Selamat pagi...yuk sarapan...

Pagi ni Rahel sempat siapkan kudapan yang simple jer untuk sarapan...sedapnya...jom sarapan.


Popia Goreng Inti Nasi
Sumber Resepi:Rahel

Bahan:
22 lembar kulit popiah 5"x5"
1 putih telur

Bahan Inti (di satukan,gaul rata):
2 cawan nasi
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil serbuk rempah kari daging
1/2 sudu kecil minyak bijan
100g hirisan kubis
sedikit garam
sedikit lada sulah

Cara membuat:
1.Ambil satu lembar kulit popiah,isikan dengan campuran nasi 1 sudu makan.Lekatkan tepinya
   dengan putih telur.Buat sampai habis.
2.Goreng popia dalam minyak panas dengan api sedang sehingga keperangan.Angkat & toskan.Cicah sos cili.Sedap.


Selamat menikmati.

Rabu, 3 Oktober 2012

Karipap Bijan Inti Udang

Salam...


Karipap Bijan Inti Udang
Sumber:Sedap

Bahan:
250g tepung gandum
1 sudu makan bijan hitam
1 sudu makan susu tepung
1/2 sudu teh garam
70g marjerin
60ml air sejuk
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:
1/4 labu bawang besar,cincang halus
3 ulas bawang putih,kisar halus
200g udang tanpa kulit,cincang halus
6 ketul bebola ikan,potong dadu kecil
1 biji cili merah besar,cincang halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh sos ikan
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh gula pasir
35g suhun,rendam dan dipotong-potong
25ml air
1 sudu makan minyak masak untuk menumis

Cara membuatnya:

1.Inti;tumis bawang putih,bawang besar dan cili merah sehingga terbit aroma.

2.Masukkan udang.Tumis sehingga berubah warna.Masukkan bebola ikan.Kacau rata.

3.Masukkan sos tiram,sos ikan,serbuk lada sulah dan gula pasir.Kacau rata.Masukkan air dan suhun.Kacau rata.Masak sehingga menyerap.Ketepikan.

4.Kulit;campur tepung gandum,bijan hitam,susu tepung dan garam.Masukkan marjerin.Kacau sehingga berbutir.Masukkan air.Kacau sehingga rata.Uli dan biarkan selama 15 minit dalam peti sejuk.

5.Canai nipis adunan menggunakan canaian mi (i canai guna pencanai biasa),mulai daripada ketebalan no.1 (paling tebal) sehingga ketebalan no.7.Lakukan beberapa kali pada setiap nombor sehingga adunan licin sambil ditabur tepung gandum.

6.Potong-potong bulat berdiameter 10cm.Masukkan inti.Lekatkan dengan air.Tekan sehingga
   melekat.Pilin.

7.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga masak.

Selamat menikmati Karipap Bijan Inti Udang.