Isnin, 13 Ogos 2012

Tat Bluberi Gulung

Salam...

Tat Bluberi Gulung
Sumber:Rahel

Bahan:
1 kg jem blueberi-buat bulat2 dan bentuk lonjong
470g tepung gandum}
30g tepung jagung}-diayak bersama
20g gula aising}
325g mentega
2 biji kuning telur gred B
1 sudu besar putih telur
1 sudu teh esen bluberi
sedikit pewarna ungu,kalau nak terang letaklah pewarna banyak2...hehe..

Egg wash:
1 biji kuning telur
chocolate rice secukupnya utk hiasan

Cara;
1.Satukan mentega,tepung yang sudah diayak,gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
2.Tambahkan telur,esen bluberi dan teruskan uli hingga doh lembut.
3.Masukkan dalam acuan tat,picit keluar dan letakkan inti blueberi.Gulung kemas.
4.Susun di atas dulang pemabakar.Sapu permukaan tat dengan kuning telur& hias dengan
   chocolate rice.Bakar pada suhu 180'C selama 25-30 minit.

*Guna jem bluberi khas untuk tat bluberi gulung.
Selamat mencuba.

Khamis, 9 Ogos 2012

Tat Nenas Gunting

Salam.
Tat Nenas Gunting
Sumber:Reen Khan

Bahan:
300g tepung gandum}
4 sudu besar tepung jagung}-diayak bersama ke dalam mangkuk.
3 sudu besar gula aising}
200g mentega
2 biji kuning telur

Cara:
1.Masukkan mentega yang telah dipotong dadu ke dalam bancuhan tepung.
2.Kalau guna unsalted butter masukkan sedikit garam.
3.Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai.
4.Kemudian masukkan telur dan satukan menjadi doh.
5.Masukkan inti,bentuk seperti bentuk nenas,gunting pada permukaannya seperti sisik ikan.
6.Atur di dalam dulang pembakar yang disapu sedikit dengan butter.
7.Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit atau sehingg acantik masaknya.

Selamat mencuba...