Isnin, 30 April 2012

Mufin Keledek Ungu

Selamat petang dan selamat bersiaran kembali.Apa khabar semuanya? Sihat k?


Petang ni daku sempat jua membuat Mufin Keledek Ungu..tapi taklah ungu mufin ni..saja gue tak letak pewarna ungu..nak tengok rupa dia,so kalau nak warna mufin yang terang korang tambah sendiri la dengan pewarna ungu yer..


Haa...nampak tak yang di atas ni? Kalender bulan April time buat Mufin Keledek Ungu..hehehe..macam takde kerja lain sudah..so buatlah sesuatu yang sedap mata memandang..


Mufin Keledek Ungu
Sumber:Rahel

Bahan:
100g keledek ungu-dikukus dan lenyek kasar
150g tepung berserbuk penaik
10g susu tepung
120g gula kastor
2 biji telur B
60ml minyak masak
1/2 sudu teh esen vanila

Cara:
1.Pukul telur dan gula hingga sebati.
2.Tambahkan minyak dan esen vanila,gaul rata.
3.Masukkan susu tepung,tepung berserbuk penaik dan keledek.Kaup balikkan hingga rata,
   jangan terlebih kacau.
4.Sudukan ke dalam cawan kertas hingga 3/4 penuh.
5.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 25-30 minit pada suhu 170'C.


Di atas adalah gambar Keledek Ungu yang belum diproses menjadi mufin..sedap keledek ni direbus kemudian dimakan begitu saja sambil minum teh o panas/kopi o panas..perghhh...mengenyangkan..hehe..


Sesiapa yang datang intai-intai Mufin Keledek tu memang tak rugi sebab Rahel dah sediakan ole-ole..satu orang ambik satu kalender okey..bawak balek Kalender bulan May ni,jika suka..kalau tak suka tak apa..letak jer kat sini..

Selamat menikmati Mufin Keledek Ungu.

Selasa, 24 April 2012

Briyani Ayam

Salam😊



Semalam Rahel memilih untuk masak briyani ayam sebab ianya dimasak dengan nasi skali,senang kerja dan ini kali ke dua Rahel masak briyani ayam menggunakan resepi yang sama.Hasilnya memang enak sekali,macam makan di restoran India pulak,tapi betul ni..tak tipu tau..briyani ayamnya sebijik macam yang slalu Rahel makan kat restoran India..nasinya lembut dan moist...wangi pulak tu.Memang berbaloi dicuba.




BRIYANI AYAM
Sumber:Buku Resepi Rasa Malaysia

Bahan-bahan:
3 sudu besar minyak sapi
2 batang,9 cm setiap satu Kulit Kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bawang besar,dikupas dan dihiris
1 ekor,kira-kira 1.5kg Ayam,dipotong enam
1 sudu sedang serbuk kunyit
1/2 cawan yogurt
4 biji tomato,dibelah empat
4 tangkai cili hijau,dibiarkan sebji-sebiji
1 sudu besar garam
3 tangkai daun kari
875ml santan,diperah daripada 1/2 biji kelapa parut dg air secukupnya
1 sudu besar badam yang dikisar
1 sudu besar gajus yang dikisar
480g beras basmati,dibasuh dan dituskan
3 helai daun pandan,disimpul

Bahan-bahan dikisar:
1.25cm halia,dikupas
3 ulas bawang putih,dikupas
8 ulas bawang merah,dikupas
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh lada hitam biji

Cara:

1.Panaskan kuali dengan minyak sapi & goreng rempah ratus selama 1 minit dan bawang besar sehingga perang.

2.Masukkan pula ayam dan goreng betul-betul,kemudian bubuh kunyit serbuk dan bahan-bahan yang dikisar.

3.Tambah yogut,tomato,cili hijau,garam dan daun kari & renihkan selama beberapa minit.

4.Tuang separuh daripada santan dan masukkan badam & gajus.Kacau.Didihkan & tuangkan baki santan.

5.Masukkan beras yang dituskan,ayam & baki santan ke dalam periuk atau periuk elektrik untuk memasaknya.Apabila setengah masak,bubuh daun pandan dan kacau rata.

6.Hidangkan panas dengan sekeping ayam.



Selamat mencuba.

Isnin, 23 April 2012

Bolu Kukus Pulut Hitam

Selamat petang semua...apa khabarnya? Petang-petang ni sesuai sangatlah kalau ada hidangan kuih-muih kegemaran kan..sambil lepak depan lappy sambil kunyah-kunyah Bolu kukus Pulut Hitam...dan minumnya teh o aje.


Rahel memang suka buat Apam ni,senang jer bahan-bahannya dan penyediannya mudah sangat.Kalau search di google memang macam-macam resepi apam yang kita jumpai,tinggal pilih je mana yang berkenan di hati kan.
 

Tapi kan..Bolu Pulut Hitam ni memang pertama kali gue cuba..syukurlah hasilnya memuaskan..lembut dan gebus..siap mekar lagi..dan resepi ni memang hasil intai-intai dekat blog Natural Cooking Club tadi.Kebetulan hari tu sebelum balek Sabah Rahel ada beli tepung pulut hitam di Mersing jadinya rajin cari-cari resepi yang menggunakan tepung pulut hitam..esok-esok mungkin nak terai lagi Kek Pulut Hitam atau brownies pulut hitam...semua best-best kan..tapi kena buat satu persatu.


Bolu Kukus Pulut Hitam


Bahan:
2 biji telur
200g gula pasir
1/2 sudu besar ovalet
1/4 sudu teh garam
225g tepung gandum*
50g tepung pulut hitam*
1/2 sudu teh baking powder*
225ml minuman bersoda manis

Cara:
1.Putar telur,gula pasir,garam dan ovalet hingga kaku selama 10 minit.

2.Masukkan tepung berselang seli dengan minuman bersoda sambil digaul rata.

3.Sudukan ke dalam acuan yang dilapis kertas cawan hingga 3/4 penuh.

4.Kukus selama 15 minit dengan api besar.



Kepada kawan-kawan yang gemar akan kuih-muih yang berasaskan tepung pulut hitam tu boleh la mencuba resepi ni,jangan takut..dijamin menjadik dan mekar je Bolu Kukus Pulut Hitam ni.



Nasi Hue

Selamat pagi dan salam manis slalu.Semua dah siap sarapan k? hehehe..pagi ni kita sarapan milo panas dengan kuih cincin aje..belum sempat lagi buat kuih-muih..so kalau korang hidang kuih-muih yang sedap pagi ni jangan lupa juga untuk saya ya.


Menu kali ialah Nasi Hue..tapi yang ni Rahel hidang semalam,so memang dah habis dan Rahel gandingkan dengan Kari Ayam Kering.Satu lagi nak tanya..adakah kawan-kawan yang tau asal usul Nasi Hue ni? semakin hari ada2 jer menu yang asing gue terai..harap korang tak jemu ek..itulah sebabnya gue rajin beli buku resepi boleh tengok macam-macam kuih-muih serta hidangan lauk-pauk yang lazat dan tak ketinggalan buku resepi nasi ni..memang berbaloi kita punyai..boleh masak nasi yang sedap-sedap dan dihidang untuk keluarga tercinta.


Ha yang di atas ni ialah Kari Ayam Kering,kawan-kawan pun dah nampak semalam kan..so kali ni gue nak komen je bab Nasi Hue ni..lain dari yang lain..seeedap..wangi bab ada udang kering dan rempah..kalau makan begitu saja tanpa lauk pun memang ok jugak..tapi kalau kawan2 rajin..boleh la hidang dengan aneka lauk pilihan..sedap tau..






Iyelah..kita teruskan pulak tengok-tengok resepinya yer..harap kawan-kawan suka dengan Nasi Hue ni..

Nasi Hue
Sumber:Buku Resepi Kompilasi Hidangan Nasi

Bahan-bahan:
250g beras wangi----->>>>Rahel guna beras basmati
400ml air------>>>>Rahel guna air panas
1 sudu makan udang kering-rendam dalam air panas
1 sudu makan bijan-digoreng dahulu
1 tangkai serai
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 sudu makan gula pasir
2 sudu makan minyak sayur----->>>>Rahel guna olive oil
2 sudu makan pati ayam----->>>>yang ni Rahel letak 1 sk aje
2 sudu makan sos ikan----->>>>yang ni Rahel letak 1 sdm + 1/4 sk garam
1 sudu makan serbuk lada hitam----->>>>yang ni Rahel letak 1 sk aje
sedikit daun saderi

Cara membuat:

1.Kisar udang kering,serai,bawang merah,bwg putih,cili merah dan gula pasir.

2.Panaskan minyak sayur dalam kuali.Tumis bahan yang dikisar hingga berbau.Masukkan beras dan dikacau rata.

3.Kemudian masukkan air,pati ayam,sos ikan dan lada hitam.Gaul rata dan masak hingga nasi kering.Taburkan bijan dan hidang.

Selamat menikmati Nasi Hue.

Ahad, 22 April 2012

Kari Ayam Kering

Selamat petang semua..dah siap minum petang k? Petang ni Rahel tak buat apa-apa yang berkenaan dengan kuih-muih atau pun kek,sebab kek carrot yang semalam tu pun ada lagi,jadi itu aje yang akan di hidang untuk minum petang.Hem..kali ni Rahel nak share lagi satu resepi Kari Ayam Kering yang sememangnya dicedok lagi dari buku resepi RASA MALAYSIA yang memuatkan lebih darpada 200 resepi asli jadi kebanyakan bahan-bahan menggunakan bahan yang segar dan sememangnya enak sekali.

Tapi kan,gue mau tanya kepada geng blogger masakan atau yang pakar bab masakan kari ni terutamanya yang berasal dari negeri Selangor sebab menurut dalam buku resepi..Kari Ayam Kering ni adalah resepi asli dari negeri Selangor.Macam mana rupa Kari Ayam Kering tu? hahaha..soalan apa ini.Sebenarnya Rahel baru pertama kali masak kari ayam kering ni dan dalam buku resepi tu memang kebetulan tiada gambarnya,jadinya gue tak tau macam mana rupanya setelah dimasak.Adakah seperti yang dalam gambar di atas/di bawah ni? Sila beri tunjuk ajar yer..hehehe..


Baeklah,jangan lupa jawab pertanyaan gue tu nanti,kita teruskan pulak pada resepi Kari Ayam Kering.

KARI AYAM KERING
Sumber:Buku Resepi Rasa Malaysia (Betty Saw)

Bahan-bahan:
1 ekor,kira-kira 1 kg ayam
2 sudu teh garam
100ml minyak masak
250ml santan daripada 1 biji kelapa parut
Jus lemon dari 1 biji lemon

Bahan-bahan kisar:
10 tangkai cili merah
10 tangkai cili kering,direndam
15 ulas bawang merah,dikupas
8 ulas bawang putih,dikupas
2.5 cm kunyit,dikupas

Cara:

1.Potong ayam kecil-kecil dan perasakan dengan bahan-bahan yang dikisar dan garam.Perapkan selama 3 jam.

2.Panaskan minyak masak didalam kuali dan goreng ayam yang diperasakan sehingga perang.

3.Campurkan pati santan dan renihkan di atas api kecil sambil dikacau sekali-sekala sehingga ayam empuk dan kuah pekat.

4.Sebelum diangkat,bubuh jus lemon.

*Rahel campurkan sedikit bahan perapan dan kunyit ke dalam santan.

Jumaat, 20 April 2012

Nasi Udang Berempah

Selamat bersiaran kembali dan salam manis kepada semua.Apa khabar? dah siap dinner k? Malam ni Rahel hidangkan nasi yang enak sekali..dan macam biasa resepinya gue cedok dari buku resepi HIDANGAN NASI,sioklah punya buku resepi ni,tak payah pening-pening lagi fikir nak masak apa,semuanya sudah ada dalam buku resepi,tinggal pilih je mana yang berkenan dan menepati selera kan.


Seperti yang gue cakap kemarin,harus terai resepi nasi dalam buku tu satu persatu..alahai..mampukah?..tengok keadaan jugak la kan..hehe.Kali ni gue pilih Nasi Udang Berempah pulak...hemm memang sedap wo..sesuai dimasak kalau time nak cepat-cepat sebab nasi dan udang dimasak skali dalam periuk,korang pun tau kan..kalau masak nasi ni memang tak sampai satu jam pun..jadi kepada yang nak cepat2 siap tu memang sesuailah untuk masak nasi udang berempah ni,tak cerewet tapi sedap..


Ok lah,gue ada kerja nak buat,kita teruskan aje pada resepinya yer..jeng jeng jenggg...

Nasi Udang Berempah
Sumber:Kompilasi Hidangan Nasi

Bahan-bahan:
500g beras ponni-dibersih & toskan (Rahel guna beras basmati,jadi kurangkan air)
1.3 liter air
200ml susu cair
10 ekor udang basah-sederhana besar
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan serbuk rempah kari ikan
1 sudu teh serbuk kunyit
5g rempah kasar (kulit ky manis,bg cengkih,bg lawang & buah pelaga)
2 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Bahan-bahan (A) dikisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara membuat:

1.Panaskan minyak sapi dalam kuali.Tumiskan bahan (A) hingga garing.

2.Masukkan rempah kasar,serbuk kari ikan dan serbuk kunyit.

3.Kemudian masukkan daun kari,beras dan digaul sebati.

4.Tuangkan air,susu cair dan garam.Kacau rata,masukkan udang dan daun pandan.Kacau sekali-sekala hingga mendidih.

5.Kecilkanapi dan biarkan nasi masak hingga sempurna.

*Setiap kali Rahel masak nasi minyak tak pernah guna minyak sapi.Rahel akan gantikan minyak sapi atau minyak masak dengan olive oil.


Selamat menikmati Nasi Udang Berempah.

Pau Keledek

Selamat pagi kepada semua..dan salam ceria slalu.Semoga semua sentiasa sihat dan ceria bersama orang yang disayang.


 

Untuk sarapan pagi ni Rahel hidang Pau Keledek bersama teh o saja.Sebenarnya uda lama teringin merasa pau keledek,tapi slalu tertunda disebabkan banyak sangat resepi yang mau dicuba.Kalau jalan-jalan ke dapur kawan-kawan memang telan-telan liur je tengok masakan diorang tu...pandai betul menggoda gue.Kali ni Rahel belajar sendiri pulak buat pau keledek sebab selama ni memang tumpang resepi pau orang jer,jadi sudah tiba masanya untuk gue mencuba nasib gak.

Di pagi yang cerah gue mula siapkan bahan-bahan untuk membuat pau yang menggunakan keledek merah,kebetulan masih ada satu keledek merah yang tergolek sendirian..seakan-akan memanggil gue ''cepatlah buat pau keledek!'' dan yang sebetulnya gue memang tak pernah buat pau yang menggunakan keledek..time menguli doh memang tertanya-tanya dalam hati ..jadi k tak..jadi k tak...huhuhu..tapi bila siap nguli selama 5 minit memang puas hati dengan hasilnya..gue dah terbayang-bayang pau keledek yang meletopss di pagi hari.

 

Ok la,ni saya mo kasi tau korang sikit,dengar baek-baek aa..pau keledek ni lembut dan gebu jer walau pun tak mulus sangat tapi gue senang banget..akhirnya menjadi jugak Pau Keledek yang gue idamkan selama ini..harap korang sudi jugak terai yer..resepinya gue letak aje kat sini sebagai rujukan nanti..kot2 ada yang teringin merasa Pau Keledek,tapi intinya tu korang letaklah apa-apa yang korang suka...yang penting senang hati...

Pau Keledek
Sumber:Rahel

Bahan:(12 biji pau berat setiap doh 44gram )
250g tepung pau,ayak
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu kecil yis segera
150g keledek,direbus & dilecek halus
1 sudu besar shortening
3 sudu besar gula kastor
110ml air

Inti Keledek Oren:
380gram keledek oren,buang kulit,rebus/kukus hingga empuk,toskan air.
1 1/2 Sudu besar gula kastor
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
Secubit garam.

Cara membuat inti:
~Keledek dilenyek hingga hancur
~Satukan keledek,garam,serbuk kayu manis.Gaul rata.
~Timbang inti keledek 25g,bulatkan

Cara membuat doh pau:

1.Tepung pau,serbuk penaik,yis dan gula disatukan dalam mangkuk,gaul rata.

2.Tambahkan shortening dan keledek,gaul rata hingga menyerupai serbuk roti.

3.Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.Uli doh selama 5 minit.

4.Biarkan doh mengembang selama 40 minit (tutup doh),kemudian kempiskan doh.

5.Timbang 44g setiap satu.Bentuk bulat.Biarkan selama 10 minit.

6.Canai doh/leperkan doh & beri inti kesukaan.Bentuk bulat & letak di atas cawan kertas.

7.Biarkan mengembang selama 20 minit.Jerang air hingga mendidih.Kukus pau 9-10 minit.




Selamat mencuba.

Khamis, 19 April 2012

Nasi Madura

Salam manis kepada semua...dan selamat petang.


Hmm..kalau petang-petang begini memang ngam tayang nasi atau makanan yang menggiurkan,boleh juga hilangkan ngantuk..hehe..macam biasa la..kalau sudah kenyang baru ingat belog yang terbiar.Hari ni Rahel cuba lagi satu resepi dari KOMPILASI HIDANGAN NASI dan kalau boleh semua resepi nasi dalam buku tu akan diterai satu persatu..hem..kalau boleh satu hari satu resepi..hihihi..bolehkah?


Kalau sudah merasa resepi yang pertama tu sedap memang akan ada kedua kalinya dan seterusnya,lagi pun dalam buku resepi tu memang menggamit selera semua resepi nasi tu..dan harus diterai semuanya.Oh ya,nasi madura ni memang pertama kali gue makan..selama ni tak pernah dengar pun..ataukah saya yang tak tau langsung akan nasi madura ni?


Baeklah,gue cerita sikit bab nasi madura ni,rasa dia seakan-akan nasi kuning tapi yang nasi madura lebih power lagi la..kalau kita makan nasinya tu terasa sangat keenakannya..wangi pulak tu..mungkin kerana adanya penggunaan sedikit rempah dalam nasi yang membuatkannya lebih enak gitu..dan kali ni Rahel hidang bersama Ayam Masak Cili yang sememangnya lauk kesukaan gue,nasi kat pinggan pun pandai bertambah jer...sempat lupa belog seketika..adeiii..

Ok la,tak mo cakap-cakap sahaja..baek gue kasi lu orang tengok itu resepi Nasi Madura sama itu Ayam Masak Cili..nanti bolehlah korang terai yer,tapi jangan lupa sama gue tau...harus ada sound2 kalau sudah masak itu Nasi Madura..

Nasi Madura
Sumber:Kompilasi Hidangan Nasi

Bahan-bahan:
250g beras biasa}
250g beras wangi},dibersihkan & ditos   {Rahel guna beras basmati}
1 biji kelapa parut-ambil 1.1 liter santan
Garam secukup rasa

Bahan (A) dikisar:
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk kunyit
5 biji buah keras
4 ulas bawang putih
2 sm halia

Cara membuat:
1.Masukkan santan ke dalam periuk.
2.Bubuh bahan (A),garam dan dikacau rata.
3.Jerangkan dengan api sederhana dan kacau sekali-sekala sehingga mendidih.
4.Masukkan beras dan masak hingga nasi kering.


Ayam Masak Cili
Sumber:Rahel

Bahan:
600g ayam,bersihkan dan potong
3 cawan air
5 tangkai cili merah}
25 tangkai cili padi}
5 biji bawang merah}
3 biji bawang putih},dikisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1sudu kecil lada sulah
1keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

Cara:

1.Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan kisar,serbuk kunyit & serbuk cili hingga pecah minyak.

2.Masukkan air dan asam keping.Biarkan sehingga mendidih.

3.Masukkan pula potongan ayam.Renihkan sampai kuah agak pekat selama 30 minit.

4.Kemudian perasakan dengan pati ayam,garam dan gula.Kacau sebentar sehingga sebati.Angkat.Sedia dihidang bersama nasi madura.


Selamat menikmati Nasi Madura dan Ayam Masak Cili.

Rabu, 18 April 2012

Nasi Nanas

Selamat petang semua...tentu semuanya dah siap makan kan? skarang time untuk share resepi pulak.Walau pun kepala terasa berat macam nak demam tapi masi ada selera gak nak makan nasi..segera kugapai  buku resepi Hidangan Nasi untuk mencari resepi nasi yang sodap-sodap..tetiba ternampak pulak resepi ''Nasi Nanas'' ni,setelah dibaca resepinya memang terbayang-bayang akan keenakannya dan senang ja nak buatnya,kebetulan bahan-bahannya semua ada,jadi daku segera la bke dapur.



Time masak nasi nanas ni memang ada terhidu bau cili..hihi..pedas sikit bau dia,ingatkan time makan tu nasinya terasa pedas,rupa2nya sikit pun takde rasa pedas..enak sangat nasi ni..pada Rahel ianya boleh dimakan begitu saja tanpa lauk sebab ada rasa masam2 yg halus dari nanas tambahan pulak dengan penggunaan jus nanas ketika memasak nasi..memang enak la.


Nasi Nanas
Sumber:Kompilasi Hidangan Nasi

Bahan:
1 kg beras wangi-dibersihkan (Rahel guna beras basmati)
2.2 liter air
200ml air nanas*
80g kismis
200g nanas-dikiub 2cm
Minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan A:
6 biji cili merah}
3 ulas bawang putih}
2 sm halia},dikisar
1 biji bawang besar-dihiris
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih

Cara:

1.Panaskan minyak dalam kuali.Goreng nanas hingga layu.Angkat dan ketepikan.

2.Masukkan 4 sudu makan minyak dalam periuk.Tumis bahan A hingga garing.

3.Masukkan air nanas,garam,beras dan air.Masak hingga nasi kering.

4.Akhir sekali masukkan nanas goreng,kismis dan tutupkan periuk.

5.Perlahankan api dan masak lagi selama 8-10 minit.

*Kisar 100g nanas dengan 200ml air kemudian tapis. (Rahel tak tapis)



 

 Selamat mencuba.

Onde-onde Keledek

Selamat pagi semua..dah siap sarapan ka? Awal-awal lagi gue dah siapkan onde-onde keledek untuk sarapan,kira lama gak gue tak buat kuih kesukaan gue ni..tapi kan..dalam adunan memang ada letak keledek merah..so bila dah siap masak kaler dia memang keorenan gitu..tak perlu bagi pewarna tau..tapi kan..gue tengah jeling-jeling kat blog list tepi ni..amboiii macam-macam pulak godaan korang ya,buat saya terliur saja.



Baeklah kawan-kawan,kalau ada yang inginkan onde-onde keledek ni gue letak je resepinya kat sini sebagai rujukan di masa-masa akan datang..

Onde-onde Keledek
Sumber:Rahel

Bahan:
150g ubi keledek,direbus dan dilecek
150g tepung pulut
120ml santan cair
secubit garam

gula melaka secukupnya untuk inti
200g kelapa parut putih + sedikit garam,kukus selama 10 minit.

Cara:

1.Satukan ubi keledek,tepung pulut dan garam.

2.Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh.

3.Ambil sedikit doh dan beri inti gula melaka.Bulatkan.

4.Jerang air dalam periuk hingga mendidih,masukkan onde-onde.Biarkan masak hingga onde-onde terapung.Angkat dan golekkan dalam kelapa parut.Hidang.


Selamat mencuba dan terima kasih sudi membaca coretan Rahel.

Isnin, 16 April 2012

Sate Ayam Kuah Lemak

Salam manis kepada semua yang sudi melawat dapur Rahel.Semoga semuanya dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu.Hmm..korang semua udah siap makan kan..hehe..terlewat lagi gue hantar laporan..tadi udah sarapan yang berat-berat so ingatkan tak mo makan tengah hari lagi,tapi bila belek-belek majalah Sedap ternampak pulak Sate Ayam Kuah Lemak..menarik sangat bunyinya kan..pastu tenung pic lama2.. lagi la bertambah perasaan yang lapar.


Kali ni Rahel hidang sate ayam dengan nasi impit,tapi memang sedap la sate ayam kali ni,cicah dengan kuah kacang lemak pun dah cukup menyelerakan.tambahan pulak dengan penggunaan isi peha ayam,lembut sangat satenya,cara penyediannya pun tak la cerewet..suka sangat.


Ok la,kepada yang gemar makan satay ayam tu,bolehlah mencuba resepi ni ya bahan-bahannya sangat mudah didapati dan cara penyediannya pun sonang banget.

Sate Ayam Kuah Lemak
Sumber:Majalah Sedap

Bahan:
300g peha ayam,ambil isinya,buang kulitnya dan potong-potong
3 sudu makan kicap manis
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh air perahan limau nipis
2 sudu makan minyak masak

Bahan Kuah Santan:
200g kacang tanah,goreng & kisar halus
575ml santan
3 helai daun limau,buang tulangnya
2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan Kisar:
3 biji cili kering
2 ulas bawang putih

Cara:
1.Lumur ayam dengan kicap manis,garam,serbuk lada sulah,air perahan limau nipis dan minyak masak.Perapkan selama 30 minit.

2.Cucuk ayam dengan lidi pencucuk sate.

3.Bakar sambil disapu baki rempah sehingga masak.

4.Kuah Santan;tumis bahan kisar dan daun limau sehingga terbit aroma.Masukkan kacang tanah dan kacau rata.Masukkan santan,kicap manis,sos tiram dan garam.Masak sehingga mendidih.

5.Hidangkan sate bersama kuah santan.


Selamat menikmati Sate Ayam Kuah Lemak. 

Jumaat, 13 April 2012

Kek Coklat Mayonis

Selamat petang kepada semua yang singgah ke dapur Rahel petang ni,semoga semuanya sihat dan ceria selalu.Setelah banyak hari gue tak buat kek akhirnya buat lagi untuk santapan petang dan kali ni kita try pulak Kek Coklat Mayonis,mula-mula tengok tajuk kat google memang tak dapat nak bayangkan akan kejadiannya,tapi yang membuat gue tertawan ialah keknya nampak sangat moist dan kemas je texsture dia..dan hari ni gue dah rasa akan keenakan kek mayonis ni,sesuai sangat la dengan tekak saya.



Untuk kali ni,Rahel buat hiasan kek yang simple je,mula-mula ingatkan nak letak chocolate ganache,tapi tak jadi la..tapi kan..keknya tetap enak skali..macam tak mahu berhenti makan,so apa kata anda cuba pula resepi yang sedap ni.

Kek Coklat Mayonis
Sumber:Zaliana

Bahan Untuk Kek:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan mayonis
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas
3/4 cawan minyak masak
1/2 sudu teh butter oil
1/2 cawan kepingan badam hiris

Cara:
1.Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Ayak.Ketepikan.

2.Campurkan mayonis,gula,butter oil dan susu pekat di dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga sebati.

3.Kemudian masukkan campuran tepung secara sedikit demi sedikit,berselang -seli dengan air panas.Pukul hingga semua bahan sebati.

4.Kemudian masukkan minyak masak & kacau.Akhir sekali masukkan kepingan badam,kacau rata.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg bagian tepinya telah digris dengan mentega dan dasarnya diletakkan baking paper.Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan.Setkan suhu oven masing-masing (yang ni Rahel bakar selama 90 minit pd suhu 170'C,loyang 9'').

Untuk Topping:(gandakan)
130g coklat masakan
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan campuran susu cair dan air
2 sudu besar mentega
beberapa biji badam yg telah dibakar sebagai hiasan

Cara:

1.Cairkan coklat masakan dan butter di dalam periuk.Tambahkan campuran susu cair dan air.Gunakan api perlahan,kacau selalu.Tutup api bila coklat cair sempurna.Terus tuang ke atas kek.

*(Rahel tak letak topping coklat pada kek)


Ok la tu...mula-mula gue letak dulu resepi cream  untuk deco kek coklat mayonis sebab yang sebenarnya dalam resepi asal tak menggunakan cream cheese tapi guna chocolate ganache,so terpulanglah pada kawan-kawan nak guna yang mana..ikut selera la kan..tapi perlu jugak Rahel letak resepi cream ni sebagai rujukan Rahel nantinya...

Cream Cheese Icing:
Resepi:Rahel

Bahan:
250g cream cheese
50g gula aising,ayak
1 sudu makan susu tepung
1/2 sudu teh esen vanila

Cara:
1.Pukul cream cheese hingga rata.Tambahkan gula aising dan susu tepung,teruskan putar
   hingga berkrim.
2.Tambahkan esen vanila.Putar rata.
3.Salut pada seluruh permukaan kek.

*Ketepikan sedikit cream cheese dan beri pasta strawberry untuk hiasan di atas kek. 


Selamat mencuba.

Khamis, 12 April 2012

Kuih Bom

Selamat pagi semua,semoga sihat dan ceria selalu bersama orang yang dicintai.Pagi ni daku merajinkan diri buat kuih bom yang sememangnya kuih kesukaan gue..dari kecik hingga kini tetap suka kuih bom yang tak meletop ni,biasa Rahel suka kasi inti kelapa manis tapi kali ni Rahel kasi inti kacang tanah ja. 

Waktu kecik dulu Rahel suka perabis jer inti kelapanya,kalau pegi pasar tamu dan terjumpa kuih bom ni mesti beli..tapi sebelum beli kena tanya dulu penjualnya..dalam inti apa? kalau penjual kata inti kacang dan yang sewaktu dengannya memang gue tak suka..beli jugak la..tapi makan kulitnya aja..huhuhu..dan untuk kali ni saja gue try kasi inti kacang tanah..sedap la..tapi tak suka inti yang terlalu manis.





Untuk resepi kali ni Rahel buat kulit dia ikut cara Rahel sendiri,sangat simple dan mudah menyediakannya,dijamin tak meletop dalam kuali time kena goreng..tapi harus hati-hati jugak..mana la tau kan.Ok lah tu,ini aje resepinya..silahkan dicuba yer..jeng jeng jenggg..

KUIH BOM


Resepi by:Rahel Blogspot

Bahan²:(16pcs)
200g tepung pulut
20g tepung ubikayu
1/4 st garam
20g gula kaster
175ml air

100g bijan

Inti:
175g kacang tanah,sangai
50g gula kaster
2 st minyak jagung

~kulit 26gram
~inti 8 gram


Cara:
1.Campur tepung pulut dan tepung ubikayu,garam dan gula.Tuangkan air ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.

2.Ambil sedikit doh,bulatkan dan beri inti kacang tanah.Bulatkan kembali.Celup ke dalam air kemudian golekkan dalam bijan hingga menutupi seluruh permukaannya.

3.Panaskan minyak,goreng kuih bom dengan api perlahan hingga keperangan.Angkat.



 

Terima kasih sudi singgah.

Selasa, 10 April 2012

Pau Pulut Hitam

Selamat pagi dan salam manis kepada semua..semoga sihat dan ceria selalu.Hmmm...semua dah siap sarapan k? Pagi ni ambo hidang pau pulut hitam lak untuk sarapan dan digandingkan dengan teh O panas jer..emm enak banget.Dari saman bujang hinggalah dah berkahwin resepi ni tetap disimpan elok-elok kat almari buku..hehe..sebenarnya kan..mula-mula tengok gambar dalam buku resepi terus berkenan sangat dengan bentuk & kaler pau ni,tapi masa tu tak berani lagi mencubanya,terbayang-bayang akan kejadiannya yang tak secantik dalam gambar kat buku resepi tu..

Tapi kan..pau pulut hitam ni macam popular sangat kat Indonesia,diorang kat sana panggil ''Bakpao Ketan Hitam'' dan sememangnya gue ternampak gak resepi ni kat Sajian Sedap Indonesia..tapi kat Malaysia pulak kita nampak dalam Majalah Sedap dan Rahel memang suka koleksi majalah Sedap,harga yang berpatutan,resepinya banyak yang menarik serta gambarnya yang cantek..yang sentiasa membuatkan gue terpanggil untuk mencubanya..dan memang banyak resepi dari majalah Sedap yang Rahel dah try dan semuanya menjadik..walaupun tak semuanya sempat Rahel post kat blog masakan ni.. 





Di pagi selasa yang cerah gue bulatkan semangat melanjutkan cita-cita gue untuk  menakluki ''Pau Pulut Hitam'',time menguli adunan gue tak sabar sangat nak tengok hasilnya walaupun ada terselit sikit perasaan yang was-was..takut paunya kejung sebab teringat akan adanya putih telur...huhuhu..tapi sangkaan gue meleset ketika menguli adunan selama 15 minit..aduhai cantek banget dohnya..elastik gitu..lepas doh mengembang 30 minit..waw..bersemangat nengoknya..setelah dikukus 8 minit dan lihat kejadiannya yang amat mulus dan gebu..lagilah tak sabar nak rasa..


Ok la tu,pagi-pagi sudah membebel banyak..gue langsung aja kasi lu orang itu resepinya,biar korang merasa gak pau pulut hitam nanti..tapi kan..dalam resepi asal menggunakan inti kacang hijau dan yang ni gue kasi inti kacang hitam..itu aja yang ada kan..hehe..terserah lu orang mau letak inti apa..yang penting gue rasa enak juga guna inti kacang hitam..

Pau Pulut Hitam
Sumber:Majalah Sedap

Bahan:
225g tepung pau
50g tepung pulut hitam
1 1/2 sudu teh yis segera
15g tepung susu
50g gula kastor
1 putih telur
115ml air sejuk dari peti sejuk
20g shortening

Bahan Inti:
Inti Kacang Hitam secukupnya

Cara:

1.Campur tepung pau,tepung pulut hitam,yis,tepung susu dan gula kastor.Gaul rata Tambahkan putih telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati. Tambahkan shortening.Uli sehingga elastik (gue uli selama 15 minit tau).Diamkan selama 30 minit (tutup doh).

2.Kempiskan adunan.Timbang masing-masing 30g.Bulatkan.Diamkan selama 10 minit. Canai nipis.Beri inti.Bentuk bulat.

3.Alas dengan kertas minyak atau cawan kertas.Diamkan lagi selama 30 minit.

4.Kukus selama 8 minit.


Selamat menikmati Pau Pulut Hitam

Ahad, 8 April 2012

Donat Badam

Selamat bersiaran dan selamat bertemu kembali di alam maya..semoga geng masak-masak semua sihat dan ceria selalu.Kali ni Rahel punya dapur agak sepi sikit,masih terasa penatnya kemas-kemas barang untuk balek ke Sabah..aduhaiii..perasaan malas-malas pun ada gak ni..tapi kerana takut blog ditumbuhi lalang maka kuatkan sikit semangat untuk mendonat lagi..ini jer yang termampu gue buat untuk santapan petang...



Oh ya,resepinya gue cedok dari buku resepi Donut.Dalam resepi tak cakap Donat Badam,tapi gue jer yang kasi itu nama..biar glamour sikit..hehehe..apa2 pun memang sedap donat badam ni,lembut dan gebu,puas hati dengan hasilnya.Kawan-kawan pun boleh try gak..skejap gue kasi itu resepi aaa...

Donat Badam
Sumber:Buku Resepi

Bahan:
A).400g tepung roti
     100g tepung kek
     10g yis segera

B).80g gula kastor
     10g garam
     20g tepung susu

C).50g telur
     250g air sejuk

D).100g mentega

Hiasan:
coklat masakan putih,dipotong kecil
badam keping secukupnya,disangai atau dibakar sekejap dalam ketuhar

Cara:
1.Campurkan A,masukkan B dan C.Pukul pada kelajuan sederhana selama 5 minit.Tambah-
   kan D dan teruskan memukul selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan anjal.

2.Biarkan doh di atas permukaan yg telah ditaburkan tepung,& tutup dengan kertas plastik.
   Biarkan doh mengembang selama 30-40 minit sehingga menjadi dua kali ganda daripada
   saiz asal.

3.Canaikan doh pada ketebalan 1-1.5cm.Rehatkan selama 10 minit.Terap doh dengan meng-
   gunakan penerap donat dan letakkan dalam dulang yg telah ditaburkan tepung.Ketepikan
   selama 30 minit untuk doh mengembang dengan secukupnya.

4.Panaskan minyak secukupnya.Goreng donat dengan api sedang hingga keperangan.Angkat.
5.Cairkan coklat dengan cara double boil pada suhu rendah,celup bahagian atas donat ke
   dalam coklat cair dan hiaskan dengan kepingan badam.


Enjoiii...

Rabu, 4 April 2012

1 Tahun RAHEL Masak Apa?


Salam manis dan selamat bersiaran kembali..begitu cepat masa berlalu..skejap jer rasanya kan..sedar-sedar dapur RAHEL Masak Apa? dah berumur 1 tahun...banyak sangat resepi-resepi menarik dan menggiurkan yang nak dikongsikan kat sini dan dalam setahun ni memang tak cukup masa dan ruang..banyak sangat yang Rahel tertinggal..buku resepi pun sudah berlambak dalam simpanan..dalam setahun ni ada berapa resepi jer yang sempat dicedok dari koleksi buku resepi...siapa nak tolong gue buat semua tu...huhuhu..



Iyelah...sebagai manusia memang tak luput dari kekurangan kan..dan dalam ruang ni gue mohon maaf sekiranya dalam 1 tahun berbelog ni ada perkara yang kurang menyenangkan di hati kengkawan semua..ampun..ampun...tanpa kengkawan sepi la belog masakan gue ni..tima kasih juga kepada semua yang sudi melawat dapur Rahel.Terima kasih kepada yang sudi follow dapur Rahel.Terima kasih kepada rakan blogger masakan yang singgah selalu memberi komen-komen yang membuat gue terangsang..cerrr..terangsang sudah ni lepas makan kuih dadar.Terima kasih kepada rakan blogger masakan yang sudi bertukar-tukar link dengan dapur Rahel...ambo sangat senang.Terima kasih kepada rakan-rakan blogger masakan yang tak lokek ilmu...banyak sangat yang ambo belajar sepanjang berbelog ni..cayang kamu semua...



Sepanjang 1 tahun dapur Rahel beroperasi memang banyak yang melawat,tapi Rahel tak dapat lawat kembali semuanya sebab ada yang tak tinggalkan jejak,kalau yang tinggalkan jejak tu memang senang la gue tinjau-tinjau dapurnya..jadi len kali kena tinggal jejak tau..senang gue terjah...hehehe.



Bah..ok la tu..banyak cakap sudah ni...jemput makan kuih dadar gulung...