Selasa, 17 Januari 2012

Gulungan Pisang Keju

Salam pagi semua dan apa khabarnya pagi ini?  Harap korang sihat k?  Pagi ini Rahel dapat juga buat sedikit hidangan untuk peneman minum panas.Kebetulan ada lagi pisang berangan so kita buatlah Gulungan Pisang Keju.Simple sahaja cara penyediaannya.






Gulungan pisang keju ni memang senang je nak buat,bahan-bahannya pun simple ja..alah.. macam kalu kita buat risole sausage tu..senang kan? kalau makan time panas2 lagi la best tau..tambahan pulak dengan secangkir indocafe mix.perghh..mantap banget.Oklah,jom kita tengok pulak resepinya.

Gulungan Pisang Keju
Resepi:Rahel

Bahan:
6 keping roti
3 buah pisang raja,dibelah dua
2 sudu makan marjerin
50g keju cheddar,disagat halus
100g serbuk roti
1 biji putih telur

minyak untuk menggoreng

Cara:

1.Panaskan marjerin dalam non-stick pan.Kemudian goreng pisang hingga kekuningan.Angkat dan toskan.

2.Canai roti hingga nips.Ambil sekeping pisang,letak di atas roti,tabur sedikit keju parut,kemudian gulung kemas dan lekatkan tepinya dengan putih telur.

3.Sapu seluruh permukaan gulungan roti dengan putih telur,kemudian golekkan dalam serbuk roti.Buat seperti ini hingga habis.

4.Goreng gulungan pisang dalam minyak panas sehingga keperangan.Angkat & toskan.Sedia dihidang.



Selamat menikmati gulungan pisang keju.

24 ulasan:

  1. tengahari2 ni tengok dlam roti ada pisang, ada cheese...alahai terlapar la pulak...jemput makankan utk ucu rahel...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan risau Kak Ucu,memang Rahel dah mkn pun..

      Padam
  2. Rahelllll.... nak cuba resepi ni... cantik!

    BalasPadam
  3. Rahel... minta dong buat cemilan sore ini.enak bgt nih.gampang pula buat nya. mau buat juga ahh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melly,mau kasi tapi gimana yah? jauh banget..

      Padam
  4. idea yg kreatif!! tapi pisang dah lembik.elok dibuat cekodok je kat dapur tu. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks Kak Izah,buat ler cekodok pisang byk2,boleh la Rahel tumpang mkn sikit..

      Padam
  5. As'salam wahhh menarik resepi ni mmg bekenan leh le buat utk sarapan esok....ank2 akk mmg suka resepi yg lain dari yg lain....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sheila,silahkan mencuba ek..jangan lupa sebut nama Rahel 3x kali sebelum makan..hihihi..

      Padam
  6. Keriatif2...good2 idea...masuk list dulu...mesti sedap sesekali masak cam gini kan Rahel...tak nak ke bagi akak rasa..he he..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tima kasih Kak Cek...pasni buat nyk2 ek..Rahel nak tumpang rasa pulak air tangan Kak Cek..hehe..

      Padam
  7. Rahel ni mmg nak kena cubit2 tau...
    kalau bab nak menggemukkan badan org memang cukup suka dia ...menyampah.
    Nak kena buat ni..kat dapur ada pisang jiran bagi..cuma nak kena cari cheedar je yang mals. Klu guna mozarella boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wallaaa..Kak Kama,jangan main cubit2an..main masak2 bole la...hehe..agaknya lain pulak kejadiannya klu guna mozzarella kak..

      Padam
  8. Wallla...mewah tu bekfes dia...rasa cm kt otel jek...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chah,
      hem takde la sampai mcm kat otel...biasa je ni..

      Padam
  9. As'salam Rahel


    Mantop deh! tapi kena beli pisang raja dulu. yang ada pisang berangan tinggal 4 biji..hehehe. selalunya anak2 k.ct ni digulung dengan sosej jerlajulah akan. Tapi kalau nak buat macam ni kena mintak pendapat dulu kalau semua kata nak, baru k.ct nak cuba buat :)

    Tapi bagilah k.ct rasa sikit, nak sangat rasa rahel punya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam Kak Ct,
      boleh aje guna pisang berangan-angan tu...hehe.

      Padam
  10. Rahel..sedapnya..acik memang suka sangat makan pisang raja...sedap dan manis..tapi jarang dapat beli..tak selalu orang jual.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Acik Erna,guna je mana2 pisang..pun bole jugak...ni kebetulan je yg ada stok pisang raja..

      Padam
  11. Assalamualaikum rahel..
    cantek2 betul la.. senang je cara nak wat ni ye.. tapi tak pernah terfikir pun nak wat.. huhu.. skrg baru tau ini pun kita leh wat utk minum petang atau sarapan.. simple je.. senang di sediakan.. kemas je nampak rahel wat ni.. cantek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam Jassnani,
      memang simple tapi sedap...konfirm menepati selera...hehe..silahkan dicuba ya..

      Padam