Isnin, 10 Disember 2012

Durian Cream Puff

Selamat petang kepada semua yang setia berkunjung ke dapur RB.Semoga semuanya sihat selalu.Walau pun musim crepe belum habis..tapi hati ini teringin jugak menikmati sesuatu yang lebih sesuatu...cerrr macam Syahrini pulak ni becakap...hehehe..oh ya,resepi puff jugak diambil dari dapur NCC...kata peserta mingguan rainbow di NCC resepi kulit puff ni diambik dari blog orang puteh.Tapi ndak kesah la dari mana datangnya resepi tu..yang penting dia punya kejadian memang tidak menghampakan..puas hati banget..pastu gue kasi itu isi durian sikit dalam adunan cream...perghhh...mantop...cuba laaaa...

Durian Cream Puff

Bahan kulit puff:
1/2 cawan mentega
1 cawan air
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung serbaguna
4 biji telur

Cara membuat kulit puff:
1.Panaskan oven 200'C.
2.Masak air bersama mentega hingga mendidih.Matikan api.
3.Masukkan tepung,kacau rata.Nyalakan api,masak sampai kalis/tidak melekat .
4.Selagi hangat (jangan panas2 atau terlalu sejuk),masukkan telur satu persatu,kacau rata.
5.Masukkan adunan ke dalam bag piping yang telah diletak nozel star dihujungnya.
   Paipkan bentuk bulat ke atas dulang.
6.Bakar selama 30 minit pada suhu 200'C.
7.Setelah masak,keluarkan dari oven,biarkan sejuk.Potong sikit kulit puff,kemudian paipkan
   inti cream cheese durian.

Pesan:Jangan buka oven selama membakar puff,kerana boleh menyebabkan puff mendap.
          

Bahan Cream by Rahel Blogspot:
250g cream cheese
100g gula aising-diayak
100g isi durian-dihaluskan
100g non-dairy whipping cream-dipukul hingga kental

Cara membuat cream:
1.Putar cream cheese bersama gula aising sehingga licin.
2.Tambahkan isi durian,putar lagi sehingga sebati.
3.Masukkan whipping cream tadi,kaup balik hingga bercampur rata.
4.Masukkan adunan cream ke dalam bag piping.

Selamat mencuba.

Ahad, 2 Disember 2012

Ayam Goreng Sambal Udang Kering

Menu hari ini ayam goreng sambal udang kering.Selalunya kita buat sambal udang kering saja kan? ataupun sayur masak sambal udang,jadi apakata korang cuba pula menu yang satu ini.Sedap sangat.





Ayam Goreng Sambal Udang Kering
Sumber:Rahel

Bahan:
2 ketul paha ayam-dibersihkan-potong sesuai selera
2 biji limau kasturi
3 sudu makan udang kering-direndam dengan air panas,kemudian toskan*
1 genggam cili api*
10 biji bawang merah*
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

1.Satukan ayam bersama jus limau dan sedikit garam.Ketepikan selama 30 minit.Goreng ayam dalam minyak panas dengan api sedang hingga masak.Angkat & toskan.

2.Kisarkan bahan bertanda*.Tumis hingga pecah minyak.Tambahkan cili merah,gula,pati ayam & garam.

3.Masukkan ayam.Kacau hingga mesra.Angkat.Sedia untuk dihidang.


Selamat menikmati Ayam Goreng Bersambal Udang Kering.

Khamis, 29 November 2012

Spring Onion Sardine Patties

Salam sejahtera...semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria.Baru hari ini Rahel sempat bersiaran..line internet kat sini pun sangat slow..jadi tak dapat bersiaran lama-lama..kalau keadaan sudah kembali pulih baru Rahel jalan-jalan ke dapur teman-teman.Hari ni Rahel letak entry yang tertangguh lagi..harap teman2 tak jemu yea...menu yang simple aje...tapi memang sedap laaa....

Spring Onion Sardine Patties
Sumber:Yumyum (Agnes Chang)

Bahan A:
250g kentang (saya guna keledek oren)
1/2 sudu teh garam
1 biji bawang besar,dipotong dadu
1 tin kecil sardine-toskan
1 biji cili merah,dicincang
1 sudu teh serbuk lada hitam

5 sudu besar tepung gandum
bread crumbs secukupnya
1 biji telur-dipukul

1 cawan minyak untuk menggoreng

Cara membuat:
1.Masak kentang hingga empuk.Angkat dan toskan.Lecek hingga halus.
2.Satukan bahan A dalam mangkuk,gaul hingga sebati.
3.Sapu sedikit minyak pada telapak tangan.Bahagikan adunan kepada 15 bebola.Leperkan.
   Golekkan dalam tepung gandum,kemudian celup ke dalam telur kemudian golekkan lagi
   dalam bread crumbs.Buat sampai habis.
4.Panaskan minyak dalam kuali.Goreng patties dalam minyak sederhana panas hingga kekuningan.
   Angkat dan toskan.Hidang ketika masih panas.


Selamat menjamu selera.

Isnin, 19 November 2012

Banana Chocolate Cake

Salam manis dan selamat bersiaran kembali...apa khabar semua? Hari ni tuan tanah punya kepala banyak berat wo...selsema melanda..mata pun berair...tapi gagahkan jugak letak entry yang tertangguh.Kek Coklat pisang ni dibuat pada 5,november 2012 sempena ulang tahun perkahwinan kami yang dah cukup tiga tahun.Terima kasih banyak kepada teman2 yang wish dan mendoakan kebahagian kami walau hanya di fb...saya sangat menghargainya...
Baeklah,skarang kita cerita pasal kek coklat pisang ni,memang sedap banget.Kebanyakan kek coklat pisang menggunakan kek span coklat kan..tapi yang ni lain pulak..ianya menggunakan kek sifon pisang..memang lain dari yang lain...ada rasa tersendiri.Kalau cakap pasal Banana Chocolate Cake secara langsung fikiran akan tertuju kepada Banana Chocolate Cake yang ada di restoran secret resepi kan?
Bah..jomlah kenali bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat Banana Chiffon Cake....jeng jeng jeng..

Banana Chiffon Cake
Sumber:Bicara Kek (Wendy Kor)

Bahan A:
150g tepung berprotin tinggi
5g serbuk penaik
15g serbuk koko
30g serbuk kacang hazel
100g gula kastor
3g garam

Bahan B:
70ml minyak masak
4 biji kuning telur
120ml susu segar U.H.T
100g puri pisang
1/2 sudu teh pes pisang

Bahan C:
4 biji putih telur
80g gula kastor
1/4 sudu teh krim tartar

Cara-cara:
1.Campur semua bahan (A) ke dalam mangkuk dan gaul sekata secara kering.

2.Tambahkan bahan (B) dan kacau sehingga sebati.Ketepikan dahulu.

3.Pukul putih telur untuk satu minit,tambahkan gula dan krim tartar perlahan-lahan,pukul sehingga naik dan kembang.

4.Masukkan bancuhan putih telur ke dalam campuran kek dan kacau hingga sebati.Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9".Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 35 minit.

HIASAN/PENYELESAIAN

Bahan Ganache:
250g krim putar susu
250g coklat masakan
1 sudu besar sirap kencana
20g mentega

Inti Kek:
200g pisang segar
200g krim segar bukan susu (yg ni saya guna 350g)
20g serbuk koko

1.Potong kek kepada 3 lapisan.

2.Pukul krim segar bukan susu dan serbuk koko sehingga kembang menjadi aising.Potong pisang
   kecil2 dan campurkan dengan aising.Sapukan inti pisang di antara lapisan kek.

3.Cairkan coklat masakan,krim putar susu,sirap kencana dan mentega cara kukus untuk dibuat
   ganache.Salutkan ganache pada seluruh kek dengan rapi.Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum
   dihidangkan.

Enjoi.

Rabu, 24 Oktober 2012

Apam Polkadot

Salam.Sekarang ini lagi trend apam yang didot-dot.Pelbagai warnapun ada.Saya lebih suka pada inti kelapa gula merah,kalau takda tu kita bubuh inti jem bluberi ataupun inti strawberi.Budak-budak pula lebih sukakan inti coklat.Sebenarnya banyak resepi apam polkadot yang kawan share dekat facebook,teringin nak try satu persatu untuk dapat resepi yang senang dan serasi dengan tekak kita.Resepi kali ini boleh tahan juga,bolehlah untuk peneman teh o or kopi o.



Apam Polkadot
Sumber 1:Majalah Rasa


Bahan:
140g tepung gandum}
1 1/2 sudu teh baking powder}-diayak sekali bersama tepung gandum
110g gula halus
75ml susu segar atau susu cair
2 biji telur
1 sudu kecil ovalet
1/2 sudu teh esen vanila

Filling @ perasa adalah mengikut citarasa masing
Pewarna pilihan

Tips Apam Polkadot Gebu dan Inti Tak Bocor

Cara:

1.Pukul telur putih sehingga kembang elok.

2.Kemudian masukkan ovalet,kuning telur dan esen vanila,pukul lagi sampai kembang.

3.Masukkan gula,pukul sampai kembang lagi.

4.Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.

5.bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.

6.Masukkan setiap warna dalam bag piping atau plastik bersih.

7.Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.

8.Letakkan filling yang digemari,untuk lebih mudah masukkan ke dalam plastik piping,kemudian picit.*picitkan ke dalam bentuk pusar

9.Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.

10.Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Selamat mencuba.



Jumaat, 19 Oktober 2012

Jem Sekaya

Pertama kali buat jem sekaya ini dan hasilnya sangat sedap.Saya suka makan sekaya dengan roti putih lagi-lagi jika buat roti bakar,memang padu betul.Dulu-dulu ingatkan susah buat sekaya ni tapi rupanya senang sahaja,so bolehlah simpan resepi ini untuk rujukan nanti.





Jem Sekaya


Bahan:
6 biji telur
3 cawan santan
450g gula pasir
2 sudu besar tepung gandum

Cara membuat:

1.Pukul telur dengan suku daripada sukatan gula (150g) hingga kembang.Masukkan santan kelapa dan tepung,kacau rata.Jadikan selebih gula pasir tadi,gula hangus.Tuangkan gula hangus ke dalam bancuhan telur dan masakkan di atas api sederhana sehingga masak.Masakkan selama lebih kurang 30-40 minit.

2.Lebihan sekaya ini boleh disimpan di dalam bekas tertutup di dalam freezer.



Sekian..

Rabu, 17 Oktober 2012

Popia Nespray

Salam manis kepada semua teman-teman yang masih setia berkunjung ke dapur Rahel.Semoga sihat dan ceria selalu bersama keluarga tersayang.


 
Tidak lama lagi Hari Raya Haji akan tiba,so mesti ada di antara teman-teman yang tercari-cari resepi kudapan untuk raya kan..
Kali ni Rahel buat Popia Nespray untuk kudapan...erm setengah balang sudah abis dikerjakan...hehehe..siapa yang rajin tu boleh la buat popia nespray di rumah yea..jom tengok bahan-bahan untuk membuat popia nespray.

 
Popia Nespray
Sumber Resepi:Rahel

Bahan-bahan:
Kulit popia secukupnya -dipotong 2" x 2"
Susu tepung Nespray secukupnya utk salut popia
Gula aising secukupnya utk salut popia
Minyak untuk menggoreng

1 sudu besar tepung gandum}
1 1/4 sudu besar air}-dibancuh

Cara:

1.Menggunakan chopstick,gulung kulit popia,lekatkan hujungnya dengan bancuhan tepung gandum.Buat sampai habis.

2.Goreng dalam minyak panas dengan api perlahan hingga keperangan.Angkat dan toskan.

3.Golekkan popia dalam campuran susu nespray & gula aising.Siap.



 Selamat mencuba.

Isnin, 15 Oktober 2012

Super Moist Eggless Chocolate Cake



Ketika saya mengambil gambar kek petang tadi cuaca di Lahad Datu tiba-tiba mendung..gelap sangat..dari mula lagi memang nak tumpang cahaya kat tepi tingkap jer..dan seterusnya memang mengharapkan cahaya dari tingkap tapi erm boleh nampak dalam gambar kan...semuanya macam mendung kelabu..eh napa tiba-tiba pulak rumah di Lahad Datu?

Kek coklat moist ni memang sedap dan sesuai dengan tekak kami sekeluarga..dan yang paling Rahel suka adalah bahan-bahan untuk adunan kek coklat ni sangat mudah di dapati di dapur..bahkan cara-cara penyediaannya tersangatlah mudah..kalau yang baru belajar buat kek tu memang sesuai sangatlah mencuba resepi kek coklat moist dari Kak Dayang Jack ni...sudah pasti ramai teman-teman yang sering berkunjung ke dapur beliau..sebab dapur beliau banyak memuatkan resepi kek yang sedap-sedap.
Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Dayang Jack yang setia berkongsi resepi kek yang sedap2 di dapurnya.Untuk pengetahuan teman-teman..ini bukan yang pertama kali Rahel buat kek moist ni,tapi memang udah berkali-kali buat...rasanya kek coklat moist ni sangat sesuai untuk dijadikan kek harijadi,kek hantaran & untuk buah tangan...so silakan mencuba yea...resepinya.

Super Moist Eggles Chocolate Cupcake
Resepi:DJ

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sudu ecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (Rahel guna brand Tudor)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dr pt ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak atau myk jagung atau mentega cair
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara:

1.Panaskan oven pd suhu 160'C.Sediakan loyang kek.Griskan dengan mentega.(Rahel bakar versi cupcake).

2.Ayakkan tepung bersama bkg powder,soda bikarbonat & serbuk koko di dalam bekas besar.Masukkan tpg susu,garam dan gula perang.Kemudian kacau rata-rata.

3.Masukkan air sejuk,minyak masak,esen vanila dan coffe emulco/chocolate emulco.Kacau perlahan-lahan dg whisk.Pastikan adunan tidak berketul.

4.Akhir sekali,masukkan cuka atau jus lemon.Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

5.Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.

6.Sejukkan kek setelah masak.Boleh jugak dihiaskan dengan topping kegemaran.


Selamat mencuba.

Khamis, 11 Oktober 2012

Ais Loli Kacang Hijau

Salam manis dan selamat bersiaran kembali.Apa khabar semua? Tentu teman-teman tengah sebok menyiapkan hidangan untuk minum petang atau pun makan malam kan? Kalau jam segini memang masih terang benderang di Semenanjung...tapi kalau di Sabah lain pulak...jam segini memang udah gelap...hehe..memang kena siap2 ke dapur la jawabnya.Petang ni Rahel hidangkan ais loli kacang hijau penyejuk tekak yang sudah seharian berjalan meronda bandar Tawau...cuaca di Tawau sangat panas...menggigit woo...duh tak tahan gue.Pada yang gemar dessert yang nyaman2 boleh la mencuba ais loli kacang hijau yang simple ni..dijamin puas hati.



Ais Loli Kacang Hijau
Sumber Resepi:Rahel

Bahan-bahan:
100g kacang hijau,rendam selama 1 jam,toskan
1250ml air
2 sudu besar gula pasir
6 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam

*Bekas loli

Cara membuat:

1.Rebus kacang hijau bersama air hingga empuk.Sukat air rebusan bersama dengan kacang hijau sebanyak 500ml.

2.Tambahkan gula pasir,susu pekat manis,esen vanila & garam.Gaul sehingga gula larut.Biarkan air kacang hijau sejuk.

3.Isikan penuh ke dalam acuan loli.Bekukan di dalam peti sejuk beku selama 1 malam.

4.Jika hendak dihidang,keluarkan ais loli dari peti sejuk,rendam acuan hingga 3/4 ke dalam air suam dan segera angkat,kemudian keluarkan ais loli kacang hijau dari acuan.Sedia dinikmati.


Enjoi.

Selasa, 9 Oktober 2012

Coco Pops

Salam manis kepada semua yang sudi singgah selalu.Semoga sentiasa sihat dan ceria bersama orang yang dicintai..
Untuk kali ni ni Rahel cuba2 nasib buat kudapan coklat...ternyata memang enak....terasa banget cokelatnya.Kepada yang gemar makan coklat tu bolehlah mencubanya kat rumah yea...dijamin puas hati..pun halal...
Kertas Aluminium bentuk V.

Rice Bubble

Coco Pops dibiarkan hingga keras sebelum ditanggalkan kertasnya.
Coco Pops
Sumber:Kepesonaan Coklat (Wendy Kor & Clement Lim)

Bahan-bahan:
100g dark chocolate/milk chocolate,cairkan dengan cara double boil
30g cocoa pops/rice bubble

Cara:
1.Gaulkan coklat cair dan koko pop.
2.Gunakan kertas aluminium untuk membuat bentuk V.
3.Gunakan garpu untuk mengisi kertas aluminium dengan rice bubble.
4.Sejukkan sehingga keras.

Selamat menikmati Coco Pops.

Isnin, 8 Oktober 2012

Es Buah Segar

Selamat petang...
Cuaca di Tawau hari ini memang panas banget...gue memerap diri di rumah sambil selongkar rumah pak google..maka terjumpa la Es Buah Segar...yang sememangnya menyegarkan..tapi kali ni nama es buah setup kayu manis sudah berubah ke Es Buah Segar...bahan-bahan pun gue tukar sesuai dengan apa yang ada di dapur...tapi tetap nyaman...
Es Buah Segar

Bahan:
500ml air
250g gula pasir (kurangkan jika tak suka manis)
3 buah kiwi,potong dadu
1 tin buah peach (410g),potong dadu
1 buah naga,potong bulat
1 batang kulit kayu manis
air batu secukupnya

Cara:
1.Didihkan air dan kayu manis,masukkan gula pasir,masak hingga larut.
2.Masukkan buah-buahan,masak hingga layu.Angkat dan dinginkan.
3.Masukkan dalam gelas.Tambahkan air batu.Hidangkan.
Enjoi..

Jumaat, 5 Oktober 2012

Popia Goreng Inti Nasi

Selamat pagi...yuk sarapan...

Pagi ni Rahel sempat siapkan kudapan yang simple jer untuk sarapan...sedapnya...jom sarapan.


Popia Goreng Inti Nasi
Sumber Resepi:Rahel

Bahan:
22 lembar kulit popiah 5"x5"
1 putih telur

Bahan Inti (di satukan,gaul rata):
2 cawan nasi
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil serbuk rempah kari daging
1/2 sudu kecil minyak bijan
100g hirisan kubis
sedikit garam
sedikit lada sulah

Cara membuat:
1.Ambil satu lembar kulit popiah,isikan dengan campuran nasi 1 sudu makan.Lekatkan tepinya
   dengan putih telur.Buat sampai habis.
2.Goreng popia dalam minyak panas dengan api sedang sehingga keperangan.Angkat & toskan.Cicah sos cili.Sedap.


Selamat menikmati.

Rabu, 3 Oktober 2012

Karipap Bijan Inti Udang

Salam...


Karipap Bijan Inti Udang
Sumber:Sedap

Bahan:
250g tepung gandum
1 sudu makan bijan hitam
1 sudu makan susu tepung
1/2 sudu teh garam
70g marjerin
60ml air sejuk
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:
1/4 labu bawang besar,cincang halus
3 ulas bawang putih,kisar halus
200g udang tanpa kulit,cincang halus
6 ketul bebola ikan,potong dadu kecil
1 biji cili merah besar,cincang halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh sos ikan
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh gula pasir
35g suhun,rendam dan dipotong-potong
25ml air
1 sudu makan minyak masak untuk menumis

Cara membuatnya:

1.Inti;tumis bawang putih,bawang besar dan cili merah sehingga terbit aroma.

2.Masukkan udang.Tumis sehingga berubah warna.Masukkan bebola ikan.Kacau rata.

3.Masukkan sos tiram,sos ikan,serbuk lada sulah dan gula pasir.Kacau rata.Masukkan air dan suhun.Kacau rata.Masak sehingga menyerap.Ketepikan.

4.Kulit;campur tepung gandum,bijan hitam,susu tepung dan garam.Masukkan marjerin.Kacau sehingga berbutir.Masukkan air.Kacau sehingga rata.Uli dan biarkan selama 15 minit dalam peti sejuk.

5.Canai nipis adunan menggunakan canaian mi (i canai guna pencanai biasa),mulai daripada ketebalan no.1 (paling tebal) sehingga ketebalan no.7.Lakukan beberapa kali pada setiap nombor sehingga adunan licin sambil ditabur tepung gandum.

6.Potong-potong bulat berdiameter 10cm.Masukkan inti.Lekatkan dengan air.Tekan sehingga
   melekat.Pilin.

7.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga masak.

Selamat menikmati Karipap Bijan Inti Udang.

Ahad, 30 September 2012

Kraker Kapit Pisang

Selamat berhujung minggu dan selamat petang kepada semua kawan-kawan yang sudi singgah selalu.Semoga sentiasa sihat dan ceria.Pagi tadi sempat jugak menyediakan satu hidangan yang memang menepati selera..maklum la..ini pertama kalinya Rahel buat biskut kraker yang bergoreng...memang tak pernah terfikir pun selama ni.Resepi pun dah lama tersimpan..mula-mula tengok memang terus tertarik,tapi bila sering keluar rumah..sering la jugak menikmati cemilan kat kedai jer...atau pun beli cemilan kat gerai2 makan...

Pada yang tertanya.tanya bagaimakah rasa Kraker Kapit Pisang ni..silahkan mencuba di rumah..memang sedap tau..sesuai untuk sarapan dan jugak minum petang...terasa wangi inti pisang tu sebab ada letak serbuk kayu manis...silahkan tinjau-tinjau bahan-bahan yag perlu ada untuk membuat kraker kapit pisang..


Kraker Kapit Pisang
Sumber Resepi:Sedap

Bahan-bahan:
28 keping biskut kraker
Minyak untuk menggoreng

Bahan inti:
2 sudu makan marjerin
2 ulas (250g) pisang tanduk,dipotong dadu---->i guna pisang emas
3 sudu makan gula merah---->i guna brown sugar
1 sudu teh serbuk kayu manis
4 sudu teh bijan---->yang ni i tak letak pun
4 sudu makan tepung gandum dan 4 sudu makan air,larutkan utk memekatkan

Bahan Pencelup (kacau rata):
100g tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1 biji telur
150ml air
1 sudu makan gula tepung
1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya:
1.Untuk intinya,panaskan marjerin.Masukkan pisang,gula merah,serbuk kayu manis dan bijan.
   Kacau rata sehingga pisang layu.
2.Masukkan larutan tepung gandum dan masak sehingga pekat.
3.Sapukan di atas biskut kraker.Tutup dengan biskut kraker yang lain pula.
4.Celupkan ke dalam bahan pencelup.
5.Goreng sehingga masak dalam minyak yang penuh.

Selamat menjamu selera.

Sabtu, 29 September 2012

Pisang Bakar Rangup

Salam semua.Hari ini saya terlebih rajin sikit so saya buatlah pisang bakar  versy orang putih konon.Sedap sangat sebab crunchy pastu boleh cicah saus coklat lagi.Berbaloi untuk anda cuba.



Pisang Bakar Rangup
Sumber Resepi:Rahel

Bahan:
12 buah pisang emas-buang kulit
3 sudu makan penuh marjerin/mentega
3 sudu makan penuh tepung gandum
1 sudu makan penuh gula pasir
1 sudu teh serbuk kayu manis
100g corn flakes-diramas kasar
sedikit coklat cair

Cara:
1.Panaskan oven 180'C.
2.Panaskan marjerin hingga cair.Tutup api.Masukkan gula pasir,kacau sebentar.Masukkan.pula tepung gandum,kacau rata.
3.Taburkan serbuk kayu manis di atas pisang.Celupkan pisang ke dalam bancuhan tepung.Kemudian golekkan pisang dalam corn flakes.Susun pisang dalam dulang yang telah disapu marjerin/mentega.
4.Bakar pisang selama 30 minit.Hidang panas-panas bersama coklat cair.

*pisang emas boleh digantikan dengan pisang yang lain.


 



Selamat menikmati pisang bakar...

Jumaat, 28 September 2012

Pink Ombre Cake

Salam semua.



Pertama kali nampak terus jatuh cinta...ahakss!! sebenarnya kan...Rahel pantang nampak benda-benda yang cantik dan menarik...lagi-lagi kalau melibatkan kek...resah...teruja..dan macam-macam benda bermain di kepala otak...haaa...mula la tu berangan-angan.


Cakap pasal Pink Ombre Cake yang tak seberapa ombre ni...erm masih banyak yang perlu diperbaiki..tengok la tu...senget sana..senget sini...walau pun Rahel memilih untuk menggunakan corak yang simple tapi memang tak cun...kena praktis banyak-banyak...tak boleh dibiarkan...

Kalau teman-teman nak tahu dari mana sumber inspirasinya..teman2 bole jengah ke blog Glorious Treats ,tapi kena hati2 ya...nanti pengsan...banyak sangat kek dan resepi dia yang menarik...pastu teman2 boleh jalan-jalan ke sini...jangan lupa bawak minyak kapak..nanti nak pengsan..sapu jer...hehehe..lepas tu sambung terus ke blog Polka Dot ...cuci mata...dan banyak lagi corak ombre yang sememangnya menawan...search jer kak rumah pak google..berderet-deret gambar ombre cake keluar..



Ok la tu,panjang pulak cerita kali ni...dan untuk pengetahuan teman-teman yang teringin mencuba Pink Ombre Cake ni..resepinya memang mudah...Rahel tidak menggunakan resepi dari beberapa blog yang Rahel sebut di atas tadi..itu hanya panduan kepada Rahel,jika tak tahu nak bentuk corak-corak icing atau cream pada permukaan kek.Jika ada waktu...sila jalan-jalan ke sini untuk melihat resepi Kek Span Vanila sebab kek yang Rahel buat ni guna kek span,kena doublekan adunan kek tu dan untuk krimnya pulak Rahel guna non-dairy whipping cream...pandai2lah agak ya...sebab non-dairy cream tu tak perlu campur apa2..tinggal putar hingga gebu...kemudian bahagi kepada beberapa bahagian n letak la pewarna pink...tapi jangan lupa alihkan sedikit krim untuk melepa lapisan kek dan tepi kek..dalam lapisan kek tu pulak Rahel lepa dengan strawberry fruit filling,sedapnya.


Kek Span Vanila


Bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A

130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

40g air
 60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.

2.Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.

3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.

4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.

5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.

6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.


Selamat mencuba.

Thai Style Fried Fish

Salam...

Thai Style Fried Fish
Sumber Resepi:Q N E Hawker's Fair/Chef Alan Kok

Bahan:
1 ekor ikan tilapia merah (600g)---->saya guna ikan garoupa merah
3 cawan minyak untuk menggoreng

Bahan A:
1 biji bawang besar-dihirishalus
1 sudu besar hirisan cili merah
1/2 sudu besar hirisan daun limau purut
1 sudu besar hirisan serai

Sauce (gaul sebati)
3 sudu besar sos ikan
3 sudu besar jus limau
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil cili padi cincang
100ml air panas

Cara:
1.Panaskan minyak.Goreng ikan sehingga keperangan.Angkat dan letak dalam pinggan.
2.Bahan A di gaul rata,kemudian letak di atas ikan goreng tadi.
3.Kemudian tuangkan bahan sauce di atasnya.Hidang.

Selamat menjamu selera.

Rabu, 26 September 2012

Krepe Coklat Keju Rangup

Selamat petang...singgah skejap minum petang.

Krepe Coklat ni serasi bersama ice cream...

Krepe Coklat Keju Rangup
Sumber:Sedap

Bahan:
150g tepung gandum
15g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu makan gula kaster
1 biji telur gred A
250ml susu cair
25ml krim pekat
1/2 sudu teh pes coklat

Bahan Taburan:
100g keju cheddar parut
1 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu makan susu pekat manis coklat

Cara:

1.Ayak tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik.Masukkan garam dan gula pasir.Kacau rata.Ketepikan.

2.Campurkan telur,susu cair,krim pekat dan pes coklat.Kacau rata.Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung gandum sambil dikacau sehingga rata.

3.Panaskan acuan apam balik berdiameter 20cm dan diameter atas 22cm.

4.Tuangkan adunan ke dalam acuan apam balik nipis-nipis.

5.Sapukan nipis susu pekat manis coklat.Taburkan keju parut dan gula pasir di salah satu bahagian tepinya.Lipat dua dan lipat lagi bentuk tiga segi.

*Untuk bahan taburan saya gantikan gula pasir & susu pekat dengan strawberry fruit filling.

Puas makan krepe coklat....ada minuman bersoda + ice cream keladi...mantap...

Selamat menikmati Krepe Coklat Keju Rangup.

Isnin, 24 September 2012

Puding Roti Bakar

Selamat bersua kembali walau pun hanya di alam maya...semoga kawan-kawan semua sihat dan ceria serta bahagia bersama keluarga tercinta..
Kali ni apa pula menu untuk minum petang? Semua dah siap minum petang ka? kalau ada yang belum minum petang mungkin sempat lagi buat hidangan yang simple macam puding roti bakar ni...nampak enak kan?


Cakap pasal puding roti ni memang Rahel suka makan tapi jarang buat..kena ada orang yang belikan roti paun dulu...n my darling la yang rajin beli roti itu.Kali ni Rahel buat puding roti yang bakar pastu letak parutan keju cheddar dan blueberry fruit filling...ternyata enak loh...yuk bikin yuk



Puding Roti Bakar
Sumber Resepi:Rahel Blogspot 

Bahan-bahan:
5 keping roti sandwich(140g)-dipotong dadu kurleb 1 cm
400ml susu segar
3 biji telur L
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan kismis-dicincang halus
4 susu besar gula pasir

Topping:
30g keju cheddar-parut
50g blueberry fruit filling

Cara memasak:

1.Susu segar,telur,esen vanila dan gula pasir disatukan dalam mangkuk.Kemudian kacau hingga gula larut.Ketepikan.

2.Satukan pula roti yang telah didadu tadi bersama kismis cincang.Gaul rata.

3.Siapkan 8 biji ramekin saiz 2.5'',sapu permukaan ramekin dengan butter.Kemudian isi
kan dengan bahan no.2 (isi penuh/rata).Kemudian tuangkan 4 1/2 sudu besar bancuhan susu ke dalam setiap adunan roti.Biarkan selama 10-15 agar roti dapat menyerap bancuhan susu tadi.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C selama 15minit.

4.Taburkan keju parut di atas roti dan paipkan juga blueberry filling di atasnya.

5.Bakar puding roti selama 30 minit.Hidangkan panas-panas atau pun dinginkan dalam peti  sejuk sebelum dihidang.


Terima kasih.